"Donghyun-ah!"
Panggil seorang budak perempuan kecil itu. Tangannya yang pendek itu dilambaikan kearah Donghyun. Mukanya ceria, senyuman lebar ditunjukkan.
"Siapa tu Donghyun? Kawan baru kamu ye?" Tanya Haerin. Setahu dia Donghyun ni susah nak ada kawan. Dan dirinya juga pendiam.
"Entah, dia selalu kacau hyun" jawab Donghyun malas. Begnya dipakai, kaki pendeknya itu turun daripada kereta ibunya.
"Dia mahu berkawan dengan kamulah itu. Jadi berkawanlah dengan dia okey?" Pinta Haerin beserta senyuman. Tubuhnya yang berdiri tadi direndahkan sama tinggi dengan anak lelakinya itu.
"Macam papa kamu waktu kecil dahulu" Ujar Haerin, rambut kemas Donghyun dikemaskan buat kali terakhir.
Dia teringat lagi dahulu dia yang berada disituasi Donghyun dan Haechan disituasi budak perempuan itu.
Tapi kini terbalik pula... Donghyun yang berada ditempatnya dahulu dan budak perempuan itu pula berada ditempat mendiang suaminya itu.
"Rindunya saya dengan usikan awak dahulu Haechan " bisik hati Haerin. Senyuman manis masih dipasangkan pada anaknya itu.
"Belajar rajin rajin okey sayang?"
"Baik Mama " tubuh Haerin dipeluk kemas oleh Donghyun. Selesai mengucapkan selamat tinggal, Donghyun dia bergerak masuk kedalam tadikanya.
"Donghyunn~ kita masuk sama sama jom!"
"Nooooo! Pergi sana shuh! Shuh! " halau Donghyun dengan dahinya berkerut.
"Taknokkk~" balas budak perempuan tersebut.
"Haemin, Donghyun. Cepat masuk jangan bergaduh ye" tegur Jeno yang baru tiba dipintu hadapan Tadika tersebut.
"Uncleeeeee tengok Haemin ni! Kacau Hyun lagi" ngadu Donghyun. Kaki kecilnya dihentakkan diatas lantai.
Haemin sudah memuncungkan bibirnya.
"Haemin nak berkawan je hm" balas Haemin dengan suara perlahannya.
Jeno dia tersenyum melihat telatah dua kanak kanak kecil dihadapannta itu. Terus dia membongkokkan tubuhnya sama paras dengan mereka berdua.
"Hyun, Haemin..jangan banyak bergaduh sangat, takut nanti terjodoh pula kamu berdua ni" kata Jeno beserta tawa kecil .
"Dah dah, cepat masuk " sambung Jeno. Terus dia menolong Haemin dan donghyun membuka jaket yang tersarung pada tubuh kecil mereka berdua tersebut.
Selesai sahaja meletakkan beg dan membuka jaket. Terus mereka masuk kedalam tadika tersebut.
"Haerin-ah, Donghyun macam awak. Haemin macam saya. Rindu saya pada zaman kita dahulu"
YOU ARE READING
[C] 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚 𝑺𝒖𝒏𝒇𝒍𝒐𝒘𝒆𝒓 | 해찬 [Haechan]
FanfictionBermusuhan diantara mereka berdua merupakan hal biasa. Tetapi adakah perasaan cinta juga turut serta ?? Bunga matahari / Sunflower yang membawa maksud 'kebahagiaan'. Dirinya merasa bahagia apabila bersama yang tercinta. Season 1 & 2 : complete.