-KRINGGGG!!-
Loceng sekolah berbunyi, mereka yang sedang belajar tadi sudah mula mengemas barang masing masing.
Donghyun dia orang pertama yang sudah siap mengemas. 10minit terakhir lagi dirinya sudah mengemas.
Katanya tidak mahu lambat lambat.
"Hyun" panggil Jeno. Tubuhnya direndahkan sama paras dengan Donghyun.
"Ye uncle?" Sahut Donghyun. Matanya memandang kearah wajah Jeno.
"Nak pergi makan kek tak ?" Tanya Jeno. Donghyun dia laju sahaja menanggukkan kepalanya.
"Kajja, uncle dah kasitau mama kamu" ujar Jeno. Kasut Convers milik Donghyun diambil dan disarungkan pada kaki kecil Donghyun.
"Uncleeee!! Dah? Jom kita makan kek!" Tegur Haemin dengan wajah gembiranya.
Donghyun mengerutkan dahinya.
"Dia pun ada sekali?" Tanya Donghyun. Jeno menganggukkan kepalanya.
"Harini uncle kena hantar Haemin balik juga. Jadi kita pergi makan kek sekali " jawab Jeno.
"Mana bolehhh, uncle hyun punya jeee" adu Donghyun. Lengan Jeno ditarik tarik, tertawa terus Jeno .
"Iyee Uncle, Hyun punya..dah jom nanti lambat kek habis kang" ujar Jeno. Tangan Haemin dan Donghyun dipegang oleh Jeno.
Pintu cafe ditolak oleh Jeno. Kedua dua belah tangannya penuh dengan dukungan Donghyun dan Haemin.
Pandangan orang lain dihiraukan .
"Jeno!" Panggil seseorang. Jeno dia memandang kearah kanannya. Jaemin, dia melambaikan tangannya sambil tersenyum.
"Papaaaa!!" Panggil Haemin. Laju sahaja dia turun daripada dukungan Jeno dan berlari kearah Jaemin.
"Hyun? Taknak turun?" Tanya Jeno.
"Taknak, Hyun takde papa" balas Donghyun. Leher Jeno dipeluk olehnya. Jeno dia hanya senyum sahaja.
"Arraseo aegi" balas Jeno. Terus dia melangkah kearah Jaemin.
"Lama tak jumpa. Busy betul eh kau" ujar Jeno. Kerusi kosong itu diduduk olehnya. Donghyun dirinya masih berada didukungan Jeno.
Sekali sekala bermanja. Lagipun daripada baby lagi Jeno selalu datang melawat dirinya.
"Ehem rapat nampak dengan anak aku"
YOU ARE READING
[C] 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚 𝑺𝒖𝒏𝒇𝒍𝒐𝒘𝒆𝒓 | 해찬 [Haechan]
FanfictionBermusuhan diantara mereka berdua merupakan hal biasa. Tetapi adakah perasaan cinta juga turut serta ?? Bunga matahari / Sunflower yang membawa maksud 'kebahagiaan'. Dirinya merasa bahagia apabila bersama yang tercinta. Season 1 & 2 : complete.