ENDING

901 129 30
                                        

"Mama buat apa tu?" Tegur seorang budak lelaki kecil yang berumur 4tahun itu. Mainan ultramannya itu dibawanya sekali pergi ke arah Mamanya.

"Erm? Takde pape pun sayang. Mama saja baca buku mama dahulu " senyum Haerin. Kepala anaknya itu diusap lembut.

"Mama rindukan papa ke?" Soal Donghyun. Haerin hanya tersenyum sahaja kearah anak lelakinya itu. Tahu tahu sahaja yang dia rindukan suaminya.

"Mama taknak melawat papa?" Soal anak kecil itu lagi. Haerin lantas mencubit pipi tembam Donghyun.

"Eii banyaknya soal dia ni, mesti ikut papa kan?" Balas Haerin. Lantas tubuh kecil itu didukung dan diletakkan diatas ribanya.

"Donghyun? Kamu sayang papa?" Soal Haerin secara tiba tiba. Donghyun yang berada diatas ribanya itu menganggukkan kepalanya.

"Walaupun kamu tak pernah jumpa papa?" Soal Haerin lagi.

"Mestilah! Tanpa papa mesti Donghyun tak ada, tapi kan mama cakap. Tuhan lagi sayangkan papa sebab tu tuhan ambil papa kan?" Ujar Donghyun. Haerin mampu tersenyum sahaja.

Pandai sahaja anak kecilnya itu bercakap. Tidak padan dengan umurnya. Ikut mendiang suaminya lah itu.

"Mama Donghyun nak naik atas sekejap, nak ambil bukuu" Pinta Donghyun. Haerin pula terus menurunkan Donghyun kebawah.

Terkedek kedek budak lelaki itu berlari naik ke atas.

"Haechan...anak kita sihat. Perangai dia pun lebih kurang sama dengan awak. Terima kasih sebab hadirkan Donghyun dalam diri saya. Terubat rindu saya pada awak selepas tengok Donghyun " bisik hati Haerin. Air mata yang ditahan itu sudah jatuh menyembah lantai.

Sudah masuk 4tahun dia hidup sebagai ibu tunggal. Haechan suaminya sudah pergi meninggalkan dirinya dan semua orang kerana terlibat dalam satu kemalangan sewaktu ingin pulang ke seoul.

Tapi tidak apalah, tuhan lebih sayangkan suaminya. Jadi dia berserah sahaja. Yang penting, Haechan Junior masih berada bersama dia untuk menemaninya sewaktu dilanda sunyi.

"Haechan-ah..gumawo, saranghaeee "

Buku Diary lama yang berada ditangannya itu ditutup dan dipeluk erat. Dia merindui pada waktu dahulu. Dimana bermula kisah dia dan suaminya itu bermula.

Mereka bermula sewaktu Haechan mengambil dan menuduh Haerin mencuri air milonya.

TAMAT-

Haii Buku ini sudah sampai kepenghujungnya. Terima kasih kepada semua pembaca dan penyokong kepada cerita ini.

Lebih atau kurang, saya minta maaf ye. Maaf jika buku jni tidaklah best seperti buku buku author yang lain.

Saya cuma manusia biasa, yang mempunya kekurangan pada diri. Ada kesalahan bahasa atau typo. Harap dimaafkan.

Dengan ini FANFICTION DIARY AKAN MENUTUP TIRAI!!

ANNYEONG! JUMPA DIBUKU LAIN PULA!!

JANGAN LUPA BUKU BARU YANG BARU SAHAJA DIPUBLISH OLEH SAYA!

[FAIRY]

Watak: JAEMIN

BUBYEE!!

[C] 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚 𝑺𝒖𝒏𝒇𝒍𝒐𝒘𝒆𝒓 | 해찬 [Haechan]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang