Air mineral yang diberi oleh ketua pasukan rumah biru tadi diteguk laju oleh Haerin. Nafas laju dihembus. Penat baru lepas berlari.
Dia ambil bahagian dalam larian 4x200. Sudah tentu penat. Semuanya habis dibackup oleh dirinya.
"Hey, penat?" Tegur seorang dari arah tepi. Kerusi kosong diduduki olehnya. Senyuman manis dihadiahkan.
Haerin hanya membalas dengan anggukan beserta senyuman. " Macam mana archery kau? Okey tak?" Soal Haerin.
Haechan disebelahnya itu menganggukkan kepalanya. Tapi segera bibirnya itu dicebikkan.
"Kenapa?" Soal Haerin. Dahinya berkerut melihat reaksi Haechan.
"Tak bestlah sebab waktu aku lawan nanti..time tu juga kau tengah lawan. Aku baru nak tengok kau lawan" Jawab Haechan. Muka tidak puas hatinya dipasang.
"Hek eleh, rileklah. Nanti aku lawan untuk lompat tinggi kau datanglah tengok" pujuk Haerin.
"Hmm iyelah. Kau ni tak penat ke? Asyik training je..risau pula aku " balas Haechan. Wajah Haerin dipandang.
Nampak penat sangat. Dari pagi sampai sekarang asyik berlatih je. Takut pula dia kalau cedera pape ke nanti.
"Lahh macam tak biasa, dulu pun aku gini juga. Sudahlah kau pergi sambung training kau. Lupa ke kita musuh?" Halau Haerin.
Haechan menjeling kearah Haerin. Geram apabila dirinya dihalau oleh Haerin. Orang baru nak kisah pasal dia tapi dihalau pula.
"Arraseeooo balik nanti tunggu aku okey?" Balas Haechan beserta senyuman. Kepala Haerin digosok olehnya sebelum dia melangkah pergi.
Haerin hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"Tung ahhh ada pakweee" sampuk Jay yang baru tiba disitu. Tempat Haechan tadi diambil olehnya. Tubuh Haerin disiku.
"Kau kenapa bengap?" Balas Haerin. Tubuh Jay ditolak.
"Apa dia buat tadi? Gosok pale eh? Atotototo" sakat Jay. Kepala Haerin digosok oleh Jay juga.
"Babi kau ni"
"Ark-SAKIT LAHANAT!!!"
------------
Kembar ikan kerapu otw- its merapu.....
YOU ARE READING
[C] 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚 𝑺𝒖𝒏𝒇𝒍𝒐𝒘𝒆𝒓 | 해찬 [Haechan]
FanfictionBermusuhan diantara mereka berdua merupakan hal biasa. Tetapi adakah perasaan cinta juga turut serta ?? Bunga matahari / Sunflower yang membawa maksud 'kebahagiaan'. Dirinya merasa bahagia apabila bersama yang tercinta. Season 1 & 2 : complete.