Tangannya yang luka itu hanya ditenung oleh dirinya. Sudah terbiasa dengan keadaan dirinya sekarang.
Hinaan demi hinaan yang didapati itu hanya dibiarkan sahaja.
"Berdosa sangat ke kalau tiada ayah ?"tanya dirinya.
"Hey , are you okey ?" Tanya seorang lelaki , tempat kosong disebelah Donghyun diambil.
"Kenapa pakcik selalu ada dekat sini ?pakcik nak culik saya ke ? " tanya Donghyun.
"Hahaha, mana adalah. Buat apa pula pakcik nak culik kamu ? Kan pakcik dah cakap. Pakcik ni guardian kamu " ujar Haechan. Senyuman manis itu mula terpasang dibibirnya.
Donghyun dia memandang kearah Haechan. Seperti kenal tapi tidak tahu siapa.
"Kenapa dengan muka kamu ? Luka luka ni " tanya Haechan risau. Terkejut pula dia apabila melihat luka kecil yang ada diwajah anak lelakinya itu.
"Jatuh" pendek balasan Donghyun. Malas lah dia mahu beritahu kepada orang lain.
"Dorang buli awak lagi ?" Tanya Haechan.
"Apa maksud pakcik " tanya Donghyun pula.
Soalan dibalas dengan soalan. Jawapan ? Entahlah.
"Mereka buli awak lagi ? Kawan kawan awak yang lain " tanya Haechan lagi.
"Mereka bukan kawan saya " balas Donghyun. Betullah mereka itu bukan kawannya. Lagipun dirinya juga sendiri tidak mempunyai kawan.
Yang dia ada cuma Jeno Ahjussi itu sahaja disekolahnya.
"Gwenchana, lepasni pakcik protect kamu okey ?" Balas Haechan. Rambut Donghyun diusap olehnya.
Donghyun hanya mendiamkan diri , entah mengapa dalam diam dia berasa selesa apabila diusap oleh Haechan. Terasa rindu pada mendiang ayahnya itu terubat.
"Pakcik buat apa dekat sini ?takkan main taman ?" Tanya Donghyun setelah 5minit keadaan sunyi.
"Jalan jalan , bosan rasanya duduk rumah" jawab Haechan. Langit dipandang, entah mengapa dirinya berasa bahagia sekarang kerana dapat berbual dengan anaknya sendiri.
"Tak kerja ke ? Penganggur ek? Memang jenis suka susahkan kerajaan eh " tanya Donghyun.
Haechan dia sudah tergelak. Adoi budak ni kalau ye pun janganlah soalan menusuk kehati sangat.
"Pakcik Work from Home lah , bukannya penganggur sayang oii " balas Haechan. Pipi tembam milik donghyun dicubit perlahan.
"Ouh , ingatkan sejenis manusia yang tahu makan duit kerajaan je "balas Donghyun. Kaki kecilnya digoyang goyangkan sewaktu duduk diatas kerusi tersebut.
"Hahaha ada ada je dia ni, mama kamu mana?jemput awak lambat lagi ?" Tanya Haechan.
Donghyun dia menggelengkan kepala.
"Habistu?" Tanya Haechan.
"Saya balik sendiri, mama ada kerja." Balas donghyun.
"Ohh..kalau macam tu nak pakcik temankan kamu balik? Kamu sensorang ni bahaya" ujar Haechan.
"Boleh percaya ke pakcik ni?" Tanya Donghyun. Haechan disebelahnya dipandang atas bawah.
"Iye boleh, pakcik tak jahat lagilah nak merompak apa semua tu" kata Haechan. Donghyun dia hanya bersetuju sahaja.
"Kajja!" Sahut Haechan. Tangan kecil milik Donghyun dipegang olehnya. Terasa tenang apabila dirinya itu dapat bersama anak lelakinya.
"Sebelum balik , belanja saya aiskrim dulu pakcik !"
"Ha iye iye, boleh boleh" jawab Haechan. Terus dirinya melangkah pergi bersama Donghyun .
Next chapter.
35VIEWS, 25VOTES, 20COMMENT.
YOU ARE READING
[C] 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚 𝑺𝒖𝒏𝒇𝒍𝒐𝒘𝒆𝒓 | 해찬 [Haechan]
FanfictionBermusuhan diantara mereka berdua merupakan hal biasa. Tetapi adakah perasaan cinta juga turut serta ?? Bunga matahari / Sunflower yang membawa maksud 'kebahagiaan'. Dirinya merasa bahagia apabila bersama yang tercinta. Season 1 & 2 : complete.