Bermusuhan diantara mereka berdua merupakan hal biasa.
Tetapi adakah perasaan cinta juga turut serta ??
Bunga matahari / Sunflower yang membawa maksud 'kebahagiaan'.
Dirinya merasa bahagia apabila bersama yang tercinta.
Season 1 & 2 : complete.
" GO HAERIN!! GO HAERIN!! HAERIN! HAERIN!!" Jerit cheerleders rumah Biru. Suasana dipadang Sekolah habis riuh rendah.
Hari sukan Sudah bermula. Kini aktiviti pertama dijalankan. Larian 500meter.
"Echan kau taknak tengok awek kau lawan?" Soal Mark. Bahu kanan Haechan ditepuk olehnya. Haechan yang sedang siap sedia untuk latihan buat kali terakhir hanya memandang kearah track larian.
"Haechan..cepat giliran kamu pula untuk latihan terakhir, pastikan rumah sukan kita menang tau! Macam sebelum sebelum ni" arah Cikgu rumah sukan.
"Baik cikgu" balas Haechan.
"Takpelah mark. Aku kena training ni. Nanti aku tengok Haerin okie. Kau nak tengok pergilah tengok" Jawab Haechan. Busur miliknya diambil. Segera dia mengorak langkah ke tempatnya.
Mark hanya menganggukkan sahaja kepalanya.
"Haerin! Haerin!" Sorak Pasukan rumah biru.
Haerin pula hanya fokus kepada perlawanannya itu. Kepalanya yang sedikit berpusing itu tidak diambil tahu.
Tubuhnya yang letih itu pun tidak ingin diambil tahu.
"Baiklahh!! Sedia semuaaa! "
Murid murid yang ambil bahagian hanya menganggukkan kepala sahaja. Tanda sudah bersedia.
"Haechan? Kau taknak tengok awek kau ke?" Tegur Jaemin. Selaku rakan kumpulannya. Haechan hanya fokus kepada Latihannya sahaja.
"Nanti aku tengoklah dia. Sibuk pula korang ni" Balas Haechan. Dirinya masih fokus berlatih. Tidak mahu menghampakan perasaan Guru rumah sukannya itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Jaemin pula hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Iyalah..tidak mahu dia bertanya lebih lebih. Nanti susah pula rakannya itu mahu fokus.