26

773 124 3
                                    

"Haechan? Kau buat apa dekat sini?" Soal Haerin. Dirinya sudah bersandar dikepala katil.

"Teman kau lah. Takkan aku nak biarkan kau keseorangan" Jawab Haechan. Makanan Hospital yang baru dihantar tadi dibuka.

"Nah makan..boleh makan tak? Ke nak aku suap?" Soal Haechan. Meja hospital yang beroda itu ditolak dekat dengan Haerin.

"Boleh je.." jawab Haerin. Tangan kirinya yang tidak patah itu mengambil sudu.

"Eh mehlah aku suap. Tak elok makan pakai tangan kiri, amalan adik beradik kau" Balas Haechan. Berkerut terus dahi Haerin.

Amalan adik beradik dia? Sapa? Abang dia ke?

"Amalan abang aku ke?" Soal Haerin. Haechan hanya tersenyum sahaja. Adooo bele ah Haerin ni.

"Seton, adik beradik kau an " Ujar Haechan. Terus sahaja dia menyuapkan Makanan didalam mulut Haerin.

Kang kalau tak suap. Haerin tu banyak cakap pula.

"Tawar siottt" Adu Haerin. Mukanya sudah berkerut. Lupa, makanan hospital kan jarang nak sedap sedap.

"Kau pikir ini restoran ke nak sedap sedap? Demand betul. Makan jelah" Paksa Haechan. Awek sapa ah ni suka demand sangat.

"Aku taulah!" Balas Haerin. Jelingan tajam dihadiahkan buat Haechan.

Habis sahaja menjamah makanan hospital. Dia duduk berehat. Rasa tidak bebas pula apabila sakit ini. Mahu bergerak pun payah.

"Lutut kau macam mana? Okey?" Tanya Haechan. Kerusi kosong disebelah katil milik Haerin duduk.

Haerin hanya menganggukkan sahaja kepalanya.

"Sikitlah. Tapi dah nak okey dah " Jawab Haerin. Ipad milik abangnya itu diambil.

Nasib ada ipad. Taklah bosan dia dihospital ini. Mahu ajak berborak dengan Haechan, tapi tiada topik pula.

"'Macam mana kau boleh terjatuh?" Tanya Haechan. Maklumlah dia tiada di trek larian semalam.

"Aku pening, so aku termasuk trek orang lain. Astu dia terlanggar aku then terhempap. Ha jadilah macam yang kau tengok ni " cerita Haerin. Haechan hanya menanggukkan sahaja kepalanya.

"Tulah kau, degil lagi. Patutnya kau berehat sehari sebelum hari sukan. Ini tidak. Mahu berlatih je. Mana tak penat" Tegur Haechan.

Haerin hanya mencebikkan sahaja bibirnya. Iyelah semua salah dia. :'(.

[C] 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚 𝑺𝒖𝒏𝒇𝒍𝒐𝒘𝒆𝒓 | 해찬 [Haechan]Where stories live. Discover now