Haechan yang sedang mengambil anak panah didalam bekas itu segera memasukkan kedalam bekas miliknya yang telah diikat dipinggang.
Kini sudah tiba masa gilirannya. Jantungnya berdengup laju. Entah mengapa tiba tiba, jantungnya itu tidak berhenti berdengup laju.
Sedangkan tiap tiap tahun dia masuk acara yang sama je.
"Haechan hwaitinggg!!" Laung pasukan rumah Kuning. Haechan hanya mampu menanggukkan sahaja kepala.
"Baiklah sudah tiba masanya giliran Ace sekolah kita..Lee Haechan daripada Pasukan Rumah kuningg" Ujar Emcee tersebut. Juri juri sudah bersiap sedia.
Anak panah diambil dan diletakkan dibusur. Mata kirinya dipejam sebelah. Tali busur ditarik baru sahaja dia mahu melepaskan tarikannya.
Rakannya sudah memanggil namanya.
"HAECHAN!! HAERIN MASUK HOSPITAL !?" Jerit Chenle dari arah bertentangan.
Maklumlah suara beliau kuat. Satu sekolah boleh dengar rasanya.
Haechan yang tadi Fokus terus memandang kearah Chenle. Disebabkan risau dengan keadaan Haerin. Laju sahaja dirinya meninggalkan Trek Archery.
Panggilan daripada guru guru tidak dikesahkan. Otaknya sekarang hanya memikirkan tentang Haerin.
"Kajja! Jaemin dah ambil kereta" Ajak Chenle. Haechan hanya mengikuti langkah Chenle.
-----
Hari sudah lewat malam. Haechan dia masih duduk diluar wad Haerin. Orang ajak balik tidak mahu. Risau punya pasal dengan keadaan Haerin.
Doktor beritahu yang keadaan Haerin sudah stabil hanya cedera sahaja.
Patah tangan dan luka luka akibat berlanggaran dan terhempap bersama ahli rumah Merah.
Agaknya Ahli rumah merah tersebut gergasi kut. Sampai boleh patah tangan Haerin tu. entah kita husnudzon.
"Hey tak mahu balik ke ?" Tegur Abang Haerin.
Kim Dongyoung. Ataupun dipanggil Doyoung. Bangku kosong disebelah Haechan diduduk.
Haechan hanya menggelengkan sahaja kepalanya.
"Haerin dia memang. Suka sangat degil, hyung dah suruh berehat tapi mahu juga berlatih. Tak tahu lah kenapa dia tu jenis suka tidak mahu mengalah " Ujar Doyoung. Air tin yang dibeli tadi diberikan kepada Haechan.
"Hmm..dia memang senang sakit ke hyung?" Soal Haechan. Penutup tin dibuka. Air diteguk olehnya.
"Tak selalu. Tapi mungkin tadi..antibodi dia lemah. Jadi dia mahu jatuh pengsan tapi berlanggaran dengan teammate lain, jadi macam tulah " Balas Doyoung.
"Haechan..hyung balik dulu eh. Esok ada meeting pula. Lagipun esok korang cuti kan? Jagakan Haerin untuk hyung eh" Sambung doyoung.
Haechan hanya menganggukkan sahaja kepalanya. Terus dia menundukkan dirinya separuh sebelum Doyoung melangkah pergi.
----
Mengarut nyah..tade ide.
YOU ARE READING
[C] 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚 𝑺𝒖𝒏𝒇𝒍𝒐𝒘𝒆𝒓 | 해찬 [Haechan]
FanficBermusuhan diantara mereka berdua merupakan hal biasa. Tetapi adakah perasaan cinta juga turut serta ?? Bunga matahari / Sunflower yang membawa maksud 'kebahagiaan'. Dirinya merasa bahagia apabila bersama yang tercinta. Season 1 & 2 : complete.