S2-3

484 126 45
                                        

Buaian yang kosong itu diduduki oleh Donghyun. Kakinya yang pendek itu berusaha untuk menolak dirinya yang berada diatas buaian.

Hari sudah petang tapi hanya dirinya seorang sahaja yang masih belum balik ke rumah.

Masih menunggu kehadiran Mamanya yang sibuk bekerja dioffice.

"Hai " tegur seorang lelaki dewasa. Buaian yang disebelah itu duduki olehnya.

Donghyun dia memandang kearah lelaki dewasa itu. Dahinya berkerut.

"Nugu? Saya ke?"

Lelaki itu menanggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Kenapa?" Tanya Donghyun.

"Tak balik lagi?" Tanya lelaki itu.

"Dah duduk sini, belum baliklah "balas Donghyun.

"Mana mama kamu?"

"Kerja" jawab Donghyun. Dia hanya menundukkan kepalanya.

"Eish! Kenapalah buaian ni tinggi sangat !! Ingat orang tua ke yang main" rungut Donghyun. Geram pula dia bila kakinya tidak sampai ke tanah untuk membuat ayunan buaiannya.

Lelaki itu hanya tersenyum sahaja melihat gelagat Donghyun itu. Terus dia menolong Donghyun membuat ayunan.

"Nak laju ke perlahan?" Tanya lelaki itu.

"Middle"

"Okey" lelaki itu hanya ikutkan sahaja.

"Siapa nama adik?"

"Kenapa nak tahu? Saya tak kenal Pakcik pun" jawab Donghyun.

"Kalau macam tu nama pakcik sun-"

- Pin! PIN!-

" okeylah pakcik, saya balik dulu. Mama saya dah sampai" ujar Donghyun. Terus dia berlari kecil menuju ke kereta milik Haerin.

Lelaki itu dia hanya tersenyum sahaja melihat telatah Anaknya itu.













"Nama pakcik Sunflower a.k.a Papa kamu sayang"


KALAU NAK NEXT CHAPTER-

20VIEWS, 20 VOTES, 10 COMMENTS.


[C] 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚 𝑺𝒖𝒏𝒇𝒍𝒐𝒘𝒆𝒓 | 해찬 [Haechan]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang