2SEPTEMBER2023
Haechan,
Dear diary,
Aku janji ini yang last. Aku baru perasan. Maklumlah kertas dia melekat tadi heuhue. Okeylah. Aku nak tulis kata kata akhir buat buku diary ini.
Dear diary, Hampir sudah 7tahun aku mengenali Haerin. Tapi aku tahu kau yang pertama kenal Haerin dari aku. Tapi tidak mengapa, sebab kau sudah menemani dia ketika waktu dia gembira, marah dan sedih. Terima kasih kerana selalu mendengar cerita Haerin ketika aku tiada.
Haerin, hai sayang..apa khabar? Rindu tak dekat buku ni hehehehe. Maaf saya selalu lupa nak pulangkan semula kepada awak. Tapi tak apalah. Saya suka simpan buku awak ini. Bolehlah saya baca waktu awak tiada disisi saya kalau saya pergi outstation. Sayang, terima kasih :), terima kasih kerana bersama saya sewaktu saya susah dan senang. Sewaktu saya jatuh dan bangun. Dan sewaktu saya sedih dan gembira. Apa yang awak buat dekat saya, memang tidak dapat dibalas. Dan terima kasih juga kerana terima saya untuk pimpin tangan awak ke syurga. Percayalah saya bersyukur sangat sangat waktu awak terima lamaran saya. Tapi tak lama itu, saya mula rasa berdebar. Berdebar kerana saya akan pegang tanggungjawab sebagai suami. Waktu saya risau dan takut untuk jaga awak buat pertama kali dalam seumur hidup. Awak tak pernah penat untuk bagi saya semangat. Saya jujur memang berat untuk pegang tanggungjawab sebagai suami, tapi saya tak putus asa untuk bahagia kan awak sayang. Dan tak lama itu, awak bagitahu saya..awak mengandungkan anak pertama kita. Awak nak tahu apa perasaan saya? Sumpah saya cakap. Saya happy gila gila. Terima kasih lagi sekali kerana pinjamkan rahim awak untuk anak kita sayang. Jasa awak memang tiada siapa dapat balas. Penat dan lelah awak sewaktu awak mengandung. Waktu awak sakit sebab antibody awak lemah. Tapi awak tetap kuat demi saya dan donghyun sampai ke hari ini. Saya minta maaf sebab tiada disisi awak sewaktu awak menangis dan meraung untuk melahirkan donghyun tadi. Tapi jangan risau, lepas je awak keluar hospital. Saya pula yang jagakan awak dan donghyun ye ! Eii tak sabarnyaaa!! Hehehe. Sayang, saya harap cinta kita sampai akhir nafas kita tau >3. Andai kata salah seorang daripada kita pergi dahulu. Percayalah yang saya tetap cintakan awak. Tanpa awak saya bukan siapa siapa sayang.
Dan akhir sekali,
Donghyun anak papa, hai sayang. Terima kasih sebab hadir dalam hidup mama dengan papa. Papa sayang donghyun sangat sangat. Walaupun kita masih belum berjumpa tapi papa tahu kamu comel dan hensem macam papa dan mama hehehe. Tolong jagakan mama buat papa tau? Tunggu papa datang. Papa masih dalam perjalanan. Driver lambat pula bawa kereta ni . Donghyun, Papa doakan semoga awak jadi anak yang baik ye sayang. Jadi anak yang mendengar kata. Jagakan mama untuk papa. Nanti kami berdua dah tua awak sahajalah yang akan jagakan kami. Kalau ada adik adik yang lain..bantu mereka untuk kami berdua ye. Papa sayang kamu sangat sangat. Ingat, jangan pernah sakitkan hati mama. Sayang mama macam mana mama sayang kamu waktu dia mengandungkan kamu.
Apa apa pun..Papa Love you guys two >3.
PAPA ON THE WAYY NIII!! HEHEHEHEHE.
Done-
Haechan hensem,
----
Maaf saya nak habiskan fanfic ni secepat yang mungkin.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚 𝑺𝒖𝒏𝒇𝒍𝒐𝒘𝒆𝒓 | 해찬 [Haechan]
FanficBermusuhan diantara mereka berdua merupakan hal biasa. Tetapi adakah perasaan cinta juga turut serta ?? Bunga matahari / Sunflower yang membawa maksud 'kebahagiaan'. Dirinya merasa bahagia apabila bersama yang tercinta. Season 1 & 2 : complete.
![[C] 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚 𝑺𝒖𝒏𝒇𝒍𝒐𝒘𝒆𝒓 | 해찬 [Haechan]](https://img.wattpad.com/cover/242111762-64-k84755.jpg)