Haechan yang sedang memegang kedua tiket wayang itu hanya memandang kawasan sekeliling itu. Tiket yang dibeli itu dipandang. Keluhan dilepaskan.
Dia sudah membeli dua tiket tapi...Jihyun pula tidak dapat hadir. Takkan dia nak buang pula? Membazir pula.
"Eh? Haechan?" Tegur seseorang dari arah tepi. Lantas dia memandang kearah Orang yang menegurnya itu.
"Haerin?" Soal Haechan. Iya, haerin yang menegur dirinya itu. Haerin hanya senyum kekok. "Buat apa dekat sini? Sensorang" Soal Haerin.
Haechan dia menyorokkan tiket wayang dibelakangnya. Tidak mahu Haerin nampak. Malulah dia kalau beli dua tiket tapi dia sorang je yang masuk tengok.
"Errr takde pape, tunggu member" Jawab Haechan tipu. Haerin hanya menganggukkan kepalanya. "Kau?" Soal Haechan pula.
"Ohh ingatkan nak tengok wayang dengan kawan tapi dia tak dapat datang. So aku ingat nak jenjalan kejap " Jawab Haerin. Haechan pula menganggukkan kepalanya.
Dengan kesempatan yang ada dia pun mengajak Haerin untuk menonton wayang bersama.
"Jom tengok wayang sesama? Aku dah beli dua tiket nak buang tapi takut membazir" Ujar Haechan. Tiket ditangannya itu ditayang.
Haerin hanya senyum tanda dia bersetuju. Baru sahaja mereka mahu bergerak masuk tiba tiba ada orang memanggil nama Haechan.
"Haechannie!!" Panggil orang itu. Tidak jadi terus Haerin dan Haechan mahu bergerak masuk.
"Eo?"
"Eh Jihyun? Bukan ke awak kata awak tak dapat keluar?" Soal Haechan. Dirinya bingung apabila melihat Jihyun didepan matanya.
"Mianhae, saya ingat tak sempat tadi tapi itulah saya suruh driver saya hantar terus kesini. Kajja tengok movie" Jawab Jihyun dengan Senyuman.
Haechan dia terus memandang kearah Haerin disebelahnya itu.
Aigoooooooooo.
"Sorry Haerin, tapi aku tengok dengan Jihyun eh?" Tegur Haechan. Haerin pula tidak tahu mahu memberikan riaksi apa.
Perlahan lahan dia menganggukkan kepalanya. Hatinya hancur. Begitu sahaja Haechan menolaknya?
Lupa dia bukannya sesiapa pun mahu terasa. Tidak apalah dia boleh sahaja jalan sorang sorang.
💔💔💔
Dengan langkah yang berat, haerin meminta pergi. Beserta hatinya yang hancur.
Nappeun namja Haechan ni.
----------------
Kekarutan melanda.
YOU ARE READING
[C] 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚 𝑺𝒖𝒏𝒇𝒍𝒐𝒘𝒆𝒓 | 해찬 [Haechan]
FanfictionBermusuhan diantara mereka berdua merupakan hal biasa. Tetapi adakah perasaan cinta juga turut serta ?? Bunga matahari / Sunflower yang membawa maksud 'kebahagiaan'. Dirinya merasa bahagia apabila bersama yang tercinta. Season 1 & 2 : complete.