S2-5

456 115 27
                                    

Langsir yang terbuka itu ditarik tutup oleh Haerin , baharu sahaja dia ingin menutup. Matanya terpandang kearah satu bunga yang terletak elok diatas meja itu.

"Sunflower? Siapa yang bagi" tanya Haerin. Terus dia mengambil bunga tersebut. Surat yang terletak dibawah bunga itu diambil dan dibuka.

"Smile pretty :)

- LHC "

Tanpa disuruh dirinya turut tersenyum. LHC? siapa?

"Donghyun ke belikan? Tapi tak nampak pula dia bawa tadi " ujar Haerin pada dirinya. Selesai mengambil bunga dan surat tersebut terus dia menutup kembali langsir tersebut.

Haechan yang berada dihadapan Haerin tadi hanya tersenyum sahaja melihat reaksi Haerin.

Ingin sahaja dirinya memeluk sang isteri itu tapi apakah daya, dia tidak mampu. Dia cuma berpeluang untuk muncul dihadapan anaknya sahaja bukan isterinya.

"Haerin ah, bogoshipeo" ujar Haechan.

"Haechan-ah nado bogoshipeo" sambung Haerin .

Air mata yang ditahan mula meluncur keluar. Perasaanya hiba apabila dirinya hanya mampu melihat dan tidak dapat menyentuh.

Andai kata dirinya boleh dilahirkan semula, dia tetap akan mencari Haerin. Perasaan Rindu untuk bersama dengan isterinya itu hanya mampu dapat ditahan sahaja.

Mengapa dunia ini sangat kejam?
Dia hanya mahu berbahagia bersama keluarga kecilnya sahaja.

"Haerin-ah..haechan tunggu sayang dekat syurga okey? Kita bahagia disana ye sayang. Haechan orang pertama yang akan tunggu sayang didepan pintu pagar syurga nanti....

Annyeong Haerin" bisik Haechan perlahan. Terus dia melangkah pergi daripada tempatnya tadi.

Sedih apabila dirinya betul betul dihadapan Haerin tetapi tidak dapat dilihat.




NEXT CHAPTER-

40VIEWS 25VOTES 15COMMENTS.

[C] 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒚 𝑺𝒖𝒏𝒇𝒍𝒐𝒘𝒆𝒓 | 해찬 [Haechan]Where stories live. Discover now