Bermusuhan diantara mereka berdua merupakan hal biasa.
Tetapi adakah perasaan cinta juga turut serta ??
Bunga matahari / Sunflower yang membawa maksud 'kebahagiaan'.
Dirinya merasa bahagia apabila bersama yang tercinta.
Season 1 & 2 : complete.
"Eo?apa ni?" Tegur Haerin yang baru tiba ditempat duduknya itu. Bekalan makanan dibawah mejanya itu diambil. Sticky note yang tertampal itu dicabutkan.
"Hey makan tau, jangan tak makan ❤️
From: Channie ✨"
"Comel" Ujar Haerin perlahan. Sticky note tersebut terus disimpan kedalam begnya. Senyumannya masih tidak hilang dibibirnya.
Kenapa eh haechan ni lain macam? Tibe je. Dia bukannya tidak bersyukur ke apa tapi terkejut juga bila Haechan itu baik dengannya.
Loceng sekolah sudah berbunyi. Murid murid sudah pun masuk ke kelas masing masing dan sesi pembelajaran pun sudah bermula.
"Haechan sila Jawab soalan saya" Panggil Mr.Lee iaitu guru sejarah.
"Ye soalan apa?" Soal Haechan. Buku diatas mejanya dipegang. "Waktu zaman kegelapan, apa yang telah berlaku?" Soal mr.lee
Soalan aku karut sial.
"Ohh waktu zaman kegelapan ia berlaku apabila Haerin dengan saya tidak bersama. Jadi kegelapan telah berlaku pda zam-
Ppak!
"Kau jangan mengarut boleh tak?" Soal Haerin. Tangannya yang sudah membaling pemadam itu dikibas kibaskan.
Pipinya sudah naik merah. Bongok betul mamat tu. Nak gurau pun agak agaklah.
"Aduh sakit! Eh apa betullah apa yang aku cakap ni" Balas Haechan. Dahinya itu diusap. Sakit sangat kut.
"Bagus Haerin. Terima kasih kerana membantu saya. Sudahlah Haechan, kamu ni tak habis habis syok sendiri. Haerin bukannya suka kamu pun" Ujar Mr.Lee dengan gurauan.
Habis kecoh satu kelas dengan gelak tawa. Haechan pula sudah memuncungkan bibirnya apabila satu kelas sudah mentertawakan dirinya.
"Mana Ssaem tau Haerin tak suka saya? Eii pepandai je Ssaem ni."
"Kalau macam tu, Haerin awak suka Haechan ke?" Soal Mr.lee
"Suka....
"Wuuuuuu!! Otak diaaa!? HAERIN SUKA HAECHAN SIAAA!!!" Habis Kecoh satu kelas apabila mendengar jawapan singkat Haerin.
Sebagai kawan kelas....." sambung Haerin. Habis terdiam semua. Ha tulah sapa suruh tak dengar sampai habis.
Haechan pun terdiam.
"Takpelah Ssaem. Kalau dia tak suka saya takpe. Saya tahu end up dia dengan saya juga." Balas Haechan. Terus dia duduk balik ditempatnya.
"Habis ahh Haerin, Haechan nak dekat kau je" usik rakan kelas mereka dua.
"Baik kau diam sebelum aku baling meja dekat kau pula" warning Haerin. Pipinya sudah berasa panas.
Adoooo time kelas sejarah ah ajak gurau. Grip memasing tau ah.
"Ingat tau Haerin. Diri awak tu dah sold out by Haechan. Jangan pilih sesiapa atotototo tak sabar nak makan nasi minyak...HAECHAN pat ah KAWEN! Aku nak nasi minyak ni woi!" Sakat lagi seorang rakan sekelas mereka.
"Kau nak bila? Esok? Boleh esok aku kawin dengan Haerin. Jom Haerin sayang kita ke syurga" Kata Haechan beserta gurauan.
Pale otak kau ah. Haerin dia sudah panas bontot ditempatnya. Ada juga kena kick it dengan dia satgi.
"Wuuuuuuuuuuu bau nasi minyak dah ni...
PENGANTIN BARUU OOOO PENGANTIN BARUU!! DUDUK BERSANDING HAECHAN TAK TAHU MALU!! EWAHHHH" nyanyi Jay. Haerin dia rasa macam nak tampar je muka Jay ni. Mulut dengan rupa tak sama. Hensem tapi mulut macam makcik bawang.
"Aku tukang silat dia woi! Pat pat kau nak silat kuda ke tikus"