Bab 15
"Kalau tak lebih-lebih,itu apa?Sikit -sikit?"
Sebulan berlalu terlalu pantas.Dalam masa sebulan sepanjang ketiadaan lelaki itu,banyak perkara yang berlaku.Itulah orang kata,hidup perlu diteruskan.Dan sebulan tersebut merupakan bulan yang sungguh huru-hara dalam hidup Zara Harnina Yazmin.Ingin sahaja dia lari daripada realiti.Namun kenyataannya,dia terpaksa memberanikan diri menghadapi semuanya kerana tiada orang lain bernama Zara Harnina Yazmin selain dirinya.Kalau ada klon ke tak apa juga kan?
Seperti yang dijanjikan,perjanjian mulut antara Zara dan Ameer sudah termaktub.Sebulan.Itulah perjanjian yang termeterai antara mereka berdua sebelum Zara boleh menggunakan lelaki itu untuk berlakon di hadapan papanya pula.Kadang-kala timbul juga perasaan kesal kerana berjanji mulut tanpa hitam putih tetapi perkara ini benar-benar sudah di saat-saat akhir.Tambahan pula,lelaki itu yang ingin terbang ke Amerika Syarikat.Pelik juga Zara lelaki itu pergi ke Amerika selama sebulan untuk tujuan pekerjaan.Kerja apa pula yang memerlukan lelaki itu selama sebulan di sana.Banyak juga duit lelaki itu untuk berada di luar negara dalam jangka masa yang panjang.Pada malam perbincangan mereka yang lepas,lelaki itu hanya mengatakan dia pergi ke sana atas urusan mesyuarat.Mesyuarat apa sampai sebulan?Mungkin dia pekerja kerajaan yang penting,bisik hati kecilnya.Tapi memang Zara ni bengap.Dahlah memang tak kenal Ameer Reza,sesuka hati dia aje nak cakap orang tu kerja apa.Suka pandang orang rendah tau dia ni!
Oleh itu,sementara menunggu lelaki itu pulang,Zara meneruskan kehidupannya seperti biasa.Menguruskan Kuasa Arkitek terutamanya Menara Kuasa disamping mengelak daripada orang tuanya yang melancarkan perang dunia ke atas dirinya.Kalau dahulu mamanya sahaja,namun sejak insiden dia makan malam di Casa De Yazu hari tu,papanya turut serta berganding bahu mencipta masalah dengan dirinya.Malah lebih hebat lagi.Zara menerima panggilan telefon daripada papa dan mamanya secara berasingan hampir setiap hari.Mesti sekali daripada seorang setiap hari.Mana Zara tak jadi gila.Mamanya memang tak habis-habis nak mengorek pasal Ameer Reza namun tidak dilayan Zara.Namun yang paling menyakitkan hati apabila setiap perbualan mereka,pasti diselitkan nama Raiqal yang semamgnya membuatkan Zara meluat.Mamanya sibuk mencadangkan supaya menerima Raiqal supaya semua masalah dapat diselesaikan dengan kadar segera.Mamanya siap menawarkan untuk membantu Zara menyelesaikan masalah antara dirinya dan papanya jika Raiqal menjadi pilihan hati Zara.Zara hampir menjerit setiap kali berbual dengan mamanya di talian.Itulah sebabnya dia semakin ligat mengelak.Namun Puan Sri tetap Puan Sri.Sekarang ni bukan setakat dia menjadi mangsa,Kak Risya juga turut terlibat.Tak dapat di talian terus ke pejabatnya setelah gagal menghubunginya di telefon,telefon bimbit Risya pula di dailnya.Sekarang bukan setakat Zara,dengan Risya juga turut menerima impaknya apabila rata-rata kerja yang diarahkan disertai dengan kesalahan yang remeh.Nampak sangat konsentrasi wanita itu terganggu.Mana tidaknya,hampir lima sepuluh kali juga Puan Sri mendail nombor setiausahanya itu kalau tidak diangkat.Nak tak nak juga kerana kesiankan Risya punya pasal,Zara terpaksalah menjawab dengan separuh kerelaan hati.
Berlainan pula dengan gaya papanya.Dengan papanya,suka tak suka dia harus menjawab.Papa lain dengan mama walaupun tujuan mereka sama.Papa lebih kepada mengingatkannya tentang tempoh sebulan yang dijanjikan untuk membawa Ameer Reza bertemu dengannya.Dirinya juga tidak terlepas daripada menerima kata-kata amaran supaya menjaga nama baik keluarga dan jangan berkelakuan tidak senonoh.Sekali sekala,dirinya tidak terlepas daripada menerima ceramah percuma menyebabkan dia tersangkut berbual dengan papanya sampai sejam.Kadang-kadang Zara pelik juga.Sejak bila papanya berminat dengan hal peribadinya?Siap memberi ceramah percuma lagi.Nak kata papanya berubah,tidak nampak pula.Masih tegas macam dulu.Masih mementingkan perniagaan daripada segalanya.Cuma akhir-akhir ni,Zara perasan perihal dirinya lebih menarik perhatian papanya.
Tidak cukup dengan dua orang tuanya,ditambah pula dengan Yusra yang sibuk mencarinya di mana sahaja demi memujuknya untuk menjadi model untuk rekaanya di pertunjukan fesyen yang bakal berlangsung tidak sampai seminggu lagi.Hinggakan Zara berjogging di kawasan perumahannya pun,kakaknya sanggup turut sama bersenam dengannya pada awal pagi seawal tujuh pagi untuk memujuknya.Tidak cukup dengan itu,sibuk pula mengajak Zara membeli-belah bersama sampaikan sanggup untuk membeli barangan berjenama untuk Zara semata-mata untuk memujuk Zara untuk turut serta sebagai model utamanya.Sejujurnya,Zara memang tidak mahu langsung terlibat dalam kerja-kerja rasmi kakaknya itu.Dia tidak berminat,lagi-lagi dalam keadaan dirinya yang berada dalam keadaan tertekan dengan tindakan orang tuanya.Namun,kerana kesilapannya menerima satu pemberian kakak yang diidamkan sejak dahulu menyebabkan dia terperangkap dalam perangkap yang sengaja dicipta. Pakej mengubah suai rekaan dalaman rumahnya daripada moden kotemporari menjadi English style house menyebabkan nak tak nak dia terpaksa akur dengan kehendak kakaknya.Yusra memang tahu Zara memang sukakan rekaan dalaman rumah bertemakan rumah Inggeris.Namun,Zara tidak berpeluang untuk melakukan tema tersebut di dalam rumahnya sendiri kerana kekurangan bajet.Namun,Yusra dengan mudah menjanjikan itu kepadanya hanya kerana Yusra mempunyai rakan dari bidang berkenaan yang mampu memberikan harga yang lebih murah.Zara pada mulanya menolak walaupun tawaran tersebut memang terlalu sukar ditolak namun apabila Yusra dengan selambanya sudah membawa rakannya ke rumahnya di Paysage,nak tak nak Zara hanya mampu akur .Yusra sanggup berhabis duit hingga enam digit untuk mendapatkan dirinya untuk projek pertunjukan fesyennya yang akan datang ini.Adik mana yang tidak sayang kakaknya lebih-lebih lagi apabila hasrat hati sudah diturutkan.Walaupun kakaknya terpaksa membeli dirinya dengan harga yang mahal.Iyalah,orang nak belanja kan.Terima ajelah.Kini,rumahnya sudah siap hampir sembilan puluh peratus.Lagi dua hari siaplah sepenuhnya.Walaupun terkilan kerana rumahnya dipergunakan sebagai asset untuk kakaknya meraih dirinya namun hati kecilnya tidak dapat menidakkan perasaan terujanya apabila rumahnya diberikan nafas baru yang memang menjadi idamannya.Zara tahu bukan sedikit duit Yusra yang dihabiskan untuk menghias semula rekaan dalaman rumahnya.Dia ingin bersimpati tetapi perasaan gembiranya mengatasi segalanya.Teruk betullah minah ni!
YOU ARE READING
Lelaki itu...
RomanceLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...