Bab 3
'Lets say I am here just because I miss you'
***
Zara menghidangkan nasi beriyani yang dibelikan di kedai berdekatan Menara Kuasa sejam yang lalu dalam perjalanan pulang.Dia menghidangkan makanan itu lambat-lambat menandakan dia malas mahu turut serta dalam majlis tidak rasmi mamanya malam ini.Tangannya laju sahaja mencapai sebiji epal yang memang ada di atas meja untuk dikunyah.Memang dia sukakan epal terutamanya jus epal.Namun dalam keadaan dia sedang menghadapi masalah genting ini,lambat-lambat sahaja dikunyahnya epalnya itu.Otaknya ligat berfikir itu dan ini demi merancang pelbagai strategi.Dia memandang sekilas imej dirinya yang hanya bertuala menutupi dada hingga separuh pehanya menandakan dia baru sahaja selesai membersihkan diri.Memikirkan kunjungan mamanya membuat moodnya untuk mengenakan pakaian juga terbantut."Hish,mama ni kalau tak menyusahkan hidup aku dengan idea-idea dia yang tak berapa nak bernas tu,tak sah la,"bebel Zara sambil meletak kasar sudu makan di atas meja.Mata Zara melirik pada jam gergasi kayu yang berdiri tersergam indah di ruang tamu rumahnya yang sedang menunjukkan pukul 7 malam.Dia pulang awal semata-mata kerana menuruti kehendak Puan Sri Zuliani yang memang tak sabar-sabar nak memperkenalkan calon mak mentuanya.
Namun,yang lebih penting lagi tujuan utamanya pulang awal ke rumah ialah untuk menunggu ketibaan pelakon tambahan yang diimport khas daripada rakan baiknya,Diana.Tiba-tiba teringat perbualannya dengan Diana dalam telefon petang tadi.Majlis malam ini diceritakan secara terperinci kepada Diana dengan harapan Diana dapat membantu insan malang sepertinya.Ceh,over lah si Zara ni.
"What?Sewa lelaki?Escort guy?"
"Yelah.Habis kau nak macam mana lagi?Ini aje jalan yang ada.Kau upah somebody.Tak kisahlah friends ke whatsoever menyamar jadi boyfriend kau.Then,suruh dia datang berlakon depan mama kau malam ni.Kalau lakonan kau menjadi,settle masalah.Mesti mama kau percaya budak tu boyfriend kau and tak sibuk-sibuk urusan kau lagi.Kalau tak menjadi pun,kau kena make sure jadi juga sebab inikan melibatkan masa depan kau.Kau nak ke kahwin dengan pilihan mak kau yang kau tak kenal tu?"bebel Diana yang merupakan kawan baik Zara sejak daripada zaman sekolah menengah lagi.Mereka melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat bersama walaupun dalam bidang yang berlainan.Namun,itu tidak bermaksud mereka terputus hubungan.Dan kini,walaupun Zara di Kuala Lumpur dan Diana di Johor Bahru namun dengan teknologi sedia ada,mereka sentiasa best friend forever!Mana tidaknya kalau dah tiap-tiap minggu asyik bergayut dengan satu sama lain.
"Masalahnya mana aku nak cekau somebody tu?Kau cakap macam aku ni banyak sangat body-body tu?",Zara berkata kata sambil tangannya tergawang-gawang di udara menandakan dia sedang serius berurusan dengan Diana bagaikan gadis berkulit sawo matang itu sedang berada di hadapannya.
Senyap dari dalam talian.Namun kesenyapan itu cuma untuk beberapa saat sahaja sebelum Diana kembali menyoal Zara, "Kau nak jenis lelaki macam mana?Aku try gunakan sparepart-sparepart aku yang ada di KL.Mana tahu ada yang boleh tolong?"
Sejak zaman Universiti lagi,Diana memang terkenal dengan sikap ramai kawan terutamanya kawan lelaki.Sikap Zara yang lebih gemar menyendiri dan Diana yang peramah membuatkan mereka berdua ternyata dua manusia daripada alam yang berbeza.Namun,takdir hidup tetap menemukan mereka sebagai rakan baik yang boleh berkongsi masa suka dan duka.
"Kau ingat aku baru kenal kau?Kau jangan nak bagi idea merepek Dian.Aku tahu kau ada banyak spare-part.Tapi aku perlukan cepat tahu tak sebelum pukul 8 malam ni,"Zara sedikit ragu-ragu.Dia kenal rakannya itu kadang-kala otak genius mengalahkan dirinya.Tapi adakala serabut sangat sampai idea yang diberikan terlalu tak masuk akal.
"Yelah,aku seriuslah ni nak tolong kau.Tu aku tanya kau nak yang jenis macam mana?Handsome ke jongang ke?Rambut alfro ke?Botak ke?,"balas Diana bersahaja tapi menunjukkan kesungguhan untuk menolong Zara.
YOU ARE READING
Lelaki itu...
RomanceLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...