Bab 8
"Kalau aku jijik,ini apa?Hah?Ini apa?"
Ameer Reza berlari pantas.Dia cuba lari selaju yang mungkin namun dirasakan langkahnya semakin lambat.Lembaga yang mengejarnya pula semakin menghampiri.Ameer Reza semakin ketakutan.Ditoleh ke belakang.Lembaga bermata merah dan berbadan hitam itu menunjukkan barisan gigi taringnya yang tajam-tajam.Ameer Reza menjerit ketakutan.Tiba-tiba dirasakan badannya terhumban jatuh ke dalam lorong yang gelap.
"Hah!"
Ameer Reza terkejut lantas membuka matanya.Dia terkebil-kebil memandang sekeliling lantas bangun daripada tidurnya.Dia memandang sekeliling.Ini biliknya.Kelihatan ganggang telefon tidak berwayar yang menjadi peneman tidurnya di sebelah kanannya.Pastinya dia terlelap ketika berbual dengan Natalie sebentar tadi.Teruk juga dia terpaksa menahan bebelan daripada Natalie,teman wanita terbarunya yang baru sahaja dikenali sebulan yang lepas.Natalie merupakan antara model baru yang baru sahaja mencipta nama dalam persada seni fesyen tanah air.Gadis itu sedang sibuk dengan kemunculan KL Fashion Week yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Disebalik kesibukan gadis itu,sempat pula dia menelefon.Dan nasibnya kurang baik apabila Zara pula yang mengangkat panggilan tersebut.Natalie ataupun mana-mana perempuan sekalipun hanya menerima nombor telefon rumahnya sahaja.Baginya,nombor telefon personalnya hanya untuk urusan kerja dan keluarga serta sahabat handai sahaja.Itulah sebab mengapa Natalie menghubungi rumahnya.Lagipun tak ke ribut kalau semua teman-teman wanitanya menghubunginya melalui telefon bimbit dan ketika waktu yang tidak sesuai seperti waktu pejabat?
Penat juga dia hendak menerangkan kepada buah hatinya itu akan perihal sebenar tentang mengapa Zara yang mengangkat telefon.Ameer Reza memujuk dengan berkata yang mengangkat tadi itu sepupunya yang kebetulan menziarahi rumahnya.Pada mulanya susah juga hendak menyakinkan Natalie namun setelah dipujuk rayu dengan ucapan manis,cair juga perempuan itu.Itupun setelah dua jam dia bergayut dengan Natalie di atas talian.
Tiba-tiba,hidungnya tercium bau sesuatu.Sesungguhnya deria pancaindera milik lelaki bernama Ameer Reza ini memang tajam sejak kecil lagi.Bak kata emaknya,itu kelebihannya sejak kecil.Dia boleh membau,mendengar,merasa makanan dan melihat dengan tajam,tepat dan pantas.Dan sekarang dia sedang membau orang memasak lauk asam pedas.Melompat terus dia dari katil.Siapa pula yang memasak malam-malam buta ini.Terus matanya dihalakan ke arah jam locengnya yang terletak atas meja kecil di sisi kiri katil.Pukul 2 pagi tepat.Takkan manusia pula?Ke jin?Bunian?
Berdiri tegak bulu romanya apabila teringatkan bunian.Dan menambahkan ngerinya apabila terdengar bunyi sudu jatuh ke lantai yang betul-betul datang daripada arah dapurnya yang hanya jarak 10m daripada biliknya.Tidak boleh jadi ini.Takkan bunian pinjam dapur aku pula?Ishh..seram.Dekat alam dia tak ada dapur sendiri ke?Dapur gas kehabisan stok ke?Kenapa tak call Petronas?Ligat minda Ameer Reza membuat pelbagai prasangka yang semuanya buruk belaka.Cubalah fikir ada bidadari ke orang gaji baru ke?Taklah seram sangat.
Berbekalkan rasa ingin tahu yang tinggi,Ameer Reza mengatur kaki melangkah perlahan-lahan keluar daripada biliknya.Dia berjalan setapak demi setapak dan sesenyap yang mungkin.Cadangannya dia cuma mahu meninjau dari sebalik dinding dan jika betul hantu,memang dia biarkan sahaja bermaharajalela dalam dapurnya.Dia bukan kaki penakut hantu.Namun jika bukan hantu?Cepat-cepat Ameer Reza mencapai sebatang kayu hoki yang memang tersedia di seblik pintu biliknya sebagai alat mempertahankan diri.Kalau hantu,tiada apa perlu ditakutkan.Tetapi kalau manusia,ha itu masalah.Sebab kalau manusia atau pencuri,dia boleh ada pistol,pisau mahupun parang.Jadi peluang dirinya untuk mengalami kecederaan teruk memang agak tinggi.Oleh itu,kayu hoki itu satu kemestian.Dia tidak mahu mati katak di tangan perompak.
Kelihatan lampu dapurnya terpasang terang-benderang namun lampu ruang tamunya gelap pula.Ameer Reza berdiri di sebalik dinding dengan kepalanya dijengahkan sedikit ke dalam kawasan dapur.Kelihatan seorang perempuan berpakaian pejabat berwarna krim sedang merasa makanan yang dimasak daripada periuk menggunakan sudu.Kelihatan kepala gadis itu mengangguk-anggukkan kepala tanda berpuas hati dengan rasa yang terhasil daripada masakan itu.Ameer Reza tidak dapat melihat wajah gadis itu memandangkan gadis itu sedang berdiri menghadap dapur dan membelakangkan Ameer Reza.
YOU ARE READING
Lelaki itu...
RomanceLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...