39 'Sebab dia nyawa aku'

28.6K 933 312
                                    

                            BAB 39
             “Sebab dia nyawa aku”

Bismillahirrahmannirrahim.
Zara melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan sedikit perasaan gementar. Cuak. Memang dia tengah cuak. Mana tak cuaknya.  Dia bakal membentangkan proposal projek terbaru di hadapan barisan lembaga pengarah Alam Bina. Dia yang membantu Alam Bina sejak Ameer Reza cuti dua bulan yang lalu atas permintaan Datuk Razman sendiri. Apabila mengenangkan perjanjian yang mengikat Alam Bina dan Kuasa Arkitek, Zara terikat. Tambahan pula, apabila seminggu yang lalu, Datuk Razman yang baru dikenalinya memberinya satu amanah besar untuk membentangkan proposal tentang Projek Emerald Town kepada lembaga pengarah Alam Bina.
Sumpah, dia terkejut. Namun, dia tak mampu menolak. Datuk Razman memberi kepercayaan penuh kepadanya dengan alasan dia telah lihat sendiri prestasi Zara menerusi projek-projek yang Zara telah uruskan sebelum ini. Tambahan pula dengan pengalaman Zara menguruskan syarikat gergasi Menara Kuasa dan Kuasa Arkitek, memang Datuk Razman tak fikir sepuluh kali untuk memberikan tanggungjawab besar kepadanya.
Bertambah-tambah biul kepala Zara. Nasib baiklah urusan Menara Kuasa dan Kuasa Arkitek memang terletak di bahu Zainal. Kalau Zainal tak balik lagi dari Tokyo, tak ada maknanya dia akan menerima tawaran Datuk Razman. Aku tak gila kuasa ok. Lagi-lagi buat apa nak menyibuk dalam syarikat orang lain bila aku ada syarikat sendiri, kan? Cari nahas aje. Buatnya kena kecam, Zara juga yang viral nanti.
Pelik juga Zara dengan Datuk Razman. Mereka bukannya rapat pun. Bertegur sapa pun tak pernah. Entah apa mimpi Datuk Razman ingin menggunakan khidmatnya. Namun kemunculan Datuk Razman di pejabatnya seminggu selepas Ameer Reza kemalangan di litar ternyata menakutkan dirinya. Namun, takutnya tidak bertempat apabila insan tua itu merendah diri memohon pertolongannya untuk menguruskan syarikatnya memandangkan Datuk Razman selaku penasihat kurang arif dengan projek-projek usahasama Alam Bina dan Kuasa Arkitek. Zara yang terkedu dengan kedatangan Datuk Razman, hanya mampu tersenyum pahit. Tak biasa sebenarnya berbual dengan lelaki budiman itu. Namun, Datuk Razman kelihatan selesa dengannya. Dan senyuman pahit Zara itu disalah ertikan sebagai tanda setuju.
Zara mengeluh. Sepatutnya masa itu dia buat muka drakula atau muka tak makan sepuluh hari. Masam. Atau muka berlagak ala-ala diva. Biar Datuk Razman tahu dia tak mahu. Bukan kerana tak mampu tapi apa pula cakap Yusra. Hati kakaknya itu perlu juga dijaga. Siapa yang jadi tunang Ameer Reza sekarang ini. Dia ke Yusra? Yusra pun mampu menguruskan syarikat tersebut. Kakaknya bukan tak ada langsung pengalaman bekerja di Menara Kuasa. Cuma tidak lama apabila dia memutuskan untuk membuka butik pengantin sendiri. Tambahan pula, bukan tiada orang lain yang boleh membantu Datuk Razman. Ramai lagi anak mahupun pegawai hebat dalam syarikat Alam Bina. Alam Bina ialah syarikat gergasi. Jauh lebih besar dari Kuasa Arkitek. Takkan setakat nak cari pengganti Ameer Reza untuk sebulan dua, tak ada yang sudikan.
“Bukan isu ada ataupun tidak pengganti anak uncle. Lebih kepada siapa yang uncle percaya dan siapa yang tidak. Uncle see something in you yang uncle tak nampak pada orang lain. Dan dengan apa yang mata tua uncle nampak, I know you will not betray Alam Bina,” yakin sungguh Datuk Razman mengutakan kata-kata tersebut. Eh, datuk ini. Nanti lingkup syarikat kau, baru kau tahu! Aku ni dahlah memang bermusuh dengan anak kau. Kalau aku nak buat tahi, sekejap aje ok?, bentak Zara di dalam hati.
Itulah kata-kata Datuk Razman lebih dua bulan yang lalu. Siap beruncle-uncle kau. Sejak bila Zara rapat dengan dia pun, entahlah. Masuk-masuk office Zara, terus tunjukkan kemesraan. Dia bagaikan dilayan sebagai seorang anak. Dan Zara hargai kebaikan lelaki itu.
Dan sebab itulah Zara berdiri di sini. Kerana tak sampai hati.
“Masak aku macam ini,” Zara menghela nafas berat. Dia memandang penampilan dirinya buat kali terakhir di dalam tandas sebelum melangkah keluar. Dia berbaju kurung biru muda hari ini. Menyerlahkan keayuannya Dia nampak tegas dan berani dengan kasut tinggi berwarna hitam. Memang dia agak berdandan hari ini. Dia juga berusaha untuk menggunakan sedikit solekan nipis di mukanya. Memang ya untuk menambahkan keyakinan diri.
Tapi lebih kepada untuk meningkatkan tahap keberaniannya. Orang ingat tugas menguruskan syarikat ialah tugas yang mudah untuk para CEO. Sebenarnya, ramai yang tersilap. Dalam bilik mesyuaratlah kadang CEO-CEO kena hentam dengan lembaga pengarah. Kadang-kadang pekerja bawahan bukan nampak. Yang dia orang nampak kediktatoran seorang CEO sahaja. Bila CEO kena maki, itu yang pekerja kena maki balik. Siapa aje orang yang bekerja yang tak kena marah kan?
Seperti dirinya yang sedang menempah maut sekarang ini. Dahlah barisan lembaga pengarah Alam Bina ini boleh tahan cerewetnya. Kebanyakkannya tidak memberi kerjasasama dan memandang kecil dirinya. Pernah juga Zara terdengar khabar angin yang mempersoalkan kredibiliti dirinya dalam menguruskan Alam Bina. Kerana apa?
Sebab dia perempuan.
Dari syarikat kecil.
Entah siapa-siapa.
Grr…
Zara memang dah masak sangat dah dengan perangai pegawai-pegawai atasannya. Dua tiga bulan ini, kalau meeting dengan lembapa pengarah, memang tak pernah indah buat Zara. Datuk Dahlan dan Datuk Rahmad. Dua nama itu suka sangat mencari pasal dengannya di dalam mesyuarat. Suka sangat memperkecilkan dirinya kerana dia perempuan. Dia dipandang rendah sentiasa. Setiap idea yang keluar dari mulutnya akan diserang balas dengan soalan merepek yang tak masuk akal. Tak cukup dengan itu, sinis sekali nada percakapan mereka. Kadang-kadang, tak cukup dengan memerlinya, siap memarahinya di hadapan lembaga pengarah yang lain. Zara sabar. Baginya, dia memang sudah biasa dengan sepak terajang dalam dunia perniagaan sebegini. Kalau dia menunjukkan yang dia lemah, maksudnya dia kalah.
Zara kadang-kadang terfikir juga. Kita ini hidup dalam abad keberapa? Masih lagi ada stereotaip terhadap perempuan sebegini rupa. Ke datuk-datuk ini tak boleh terima yang dia, seorang perempuan muda mengemudi sebuah empayar besar. Kes ego tercabarlah itu.
‘Lelaki dan ego berpisah tiada’, bentak Zara sendirian sambil terus melangkah. Zara sedar banyak mata yang memandangnya. Dia sendiri mengakui dari segi penampilan, dia agak menyerlah pada hari ini. Dia dress-up hari ini bukannya sebab mesyuarat di Alam Bina ini. Sebaliknya, dia dan Zainal bakal menghadiri pelancaran satu produk terbaru oleh Alam Beauty, salah satu anak syarikat di bawah Alam Group. Dia mendapat jemputan VVIP daripada Datuk Razman sendiri memandangkan dia sudah bertungkus lumus selama dua bulan ini bagi memastikan perjalanan Alam Bina Group sentiasa teratur. So, tak salahkan pergi. Dapat free treat dan baucer lagi. Untung nasib, boleh dapat mask muka free. Zara sempat mengomel sendirian sambil menyentuh kulit mukanya yang dirasakan  kering.
Zara menolak pintu kayu gergasi yang menjadi pemisah bilik mesyuarat lembaga pengarah dan bahagian pejabat Alam Bina yang lain. Ternyata hampir semua kerusi telah dipenuhkan oleh hampir kesemua lembaga pengarah. Malah Datuk Razman juga telah tiba dan duduk di kerusinya di kerusi pengerusi di bahagian hujung meja. Cuma kerusi sebelah Datuk Razman sahaja yang kosong. Rasanya Zara tahu, kerusi itu kepunyaan siapa. Cumanya, Zara yakin tuan empunya kerusi tidak akan hadir atas masalah kesihatan. Siapa lagi kalau bukan Ameer Reza, kan? Lega hatinya apabila musuh tradisinya tiada. Dengar cerita, lelaki itu masih lagi dalam proses menyembuhkan diri.
Zara melemparkan senyuman manisnya kepada para hadirin termasuklah kepada ‘pakcik-pakcik kaya’ yang jelas menunjukkan riak tak senang dengan kemunculannya. Zara malas mahu melayan. Nanti lagi dilayan kerenah mereka, lagi menjadi-jadi perangai sawan masing-masing.Lantas, dia terus sahaja bergerak ke arah bahagian hadapan bilik mesyuarat di mana di terdapat sebuah skrin layan putih untuk pancaran LCD, PC milik syarikat dan juga mikrofon.
“Assalammualaikum dan Selamat Pagi kepada Datuk Razman serta ahli-ahli lembaga pengarah yang lain. Saya Yazmin, mewakili Alam Bina pada hari ini untuk membentangkan tentang projek Emerald Town. Kalau Datuk dan Tuan dan Puan telah pun bersedia, boleh saya mulakan?,” Zara bersuara lantang  sambil memandang setiap wajah yang berada di hadapannya. Nampak sahaja dia tenang. Pada hal, dalam hati sedang berdoa, janganlah dipancung hidup-hidup. Biarlah  ketika dia melangkah keluar dari bilik mesyuarat nanti, dia masih lagi mempunyai tangan, kaki dan kepala!
Datuk Razman hanya memberikan anggukan perlahan, tanda memberi kebenaran. Zara berdehem sedikit sebelum memulakan pembentangannya. Kelihatan semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu tekun mendengar penerangannya. Tak tahulah tekun dengar penerangan ke ataupun tertarik dengan penampilannya yang berbaju kurung songket hari ini. Namun, yang pasti Datuk Dahlan awal-awal lagi dah mula nak mencipta sengketa apabila mempersoalkan tentang projek itu sebelum sempat Zara memulakan mukadimahnya. Nasib baik, Zara tidak mudah melatah. Dia dengan sopan dan beraninya memohon untuk menerangkan terlebih dahulu tentang projek tersebut sebelum sebarang persoalan diajukan kepada beliau.
Hish, susah orang tua ini!
“This project absolutely will be a major attraction to tourist and local people after Putrajaya.  With the concept of green environment, we are expecting full development of the town despite less trees are being chopped. Therefore, we…”
Kata-kata Zara terhenti apabila pintu bilik mesyuarat di tolak dan Ameer Reza melangkah masuk dengan gayanya. Berkerut mata Zara cuba menganalisa situasi yang berlaku. Ameer Reza? Aduh, dia buat apa dekat sini? Dia dah sihat ke? Elok aje tak bertongkat bagai. Kenapa Datuk Razman tak maklumkan pun pada dirinya yang Ameer Reza bakal menghadiri mesyuarat pada hari ini? What the…? Habislah, aku bukan setakat kena gulai. Kena grill, rebus, bakar, dan kukus segala bagai.
Tetiba Zara diserang darah gemuruh. Aduh!! Zara cuba mengawal riak mukanya supaya sentiasa nampak tenang. Dia tidak boleh gelabah. Datuk Dahlan dan Datuk Rahmad menunggu sahaja peluang untuk menembaknya dengan kata-kata pedas. Tapi, dengan adanya Ameer Reza dalam ini umpama ada sepuluh orang versi Datuk Rahmad dan Datuk Dahlan. Dia punya soalan lagi membunuh. Lagi dahsyat dari soalan peperiksaan di universiti. Dan inilah kali pertama Zara membentangkan satu projek di hadapan lelaki itu. Zara menelan air liur. Janganlah lelaki itu menghentamnya di dalam bilik mesyuarat itu.
Tiba-tiba Zara teringat perbualannnya dengan Amira pada hari dia tertidur di Hospital bersama Ameer Reza dua bulan yang lalu. Ketika itu, Ameer Reza sedang menjalani scan kepala di bilik rawatan dan Zara pula sedang bergegas bangun setelah terlewat untuk ke mesyuarat penting pada pagi itu. Amira yang sedang mengemas pakaian abangnya, tiba-tiba sahaja bersuara.
“ It takes two person to tango, sis. Exactly two. Kalau kakak betul-betul nakkan abang, please fight for him. From his eyes, its too obvious. He is in love with you. Jangan sia-siakan peluang yang ada kak. Peluang tak datang begolek selalu. Dan kakak dengan abang pun bukan muda lagi nak main tarik tali selalu. So, nail it fast,okay? Yes, he did fight for you. But you too. You must work hard to catch him”
Fuh. Bukan selalu kena ceramah dengan Amira. Zara cepat-cepat mematikan akal warasnya dari memikirkan perkara yang bukan-bukan. Ameer Reza bukan miliknya. Dia meneruskan sahaja pembentangannya tanpa menghiraukan pandangan mata Ameer Reza yang tajam menikamnya dari jauh. Zara sedaya upaya cuba untuk tidak memandang Ameer Reza. Cuma bila Ameer Reza duduk di sisi kanan Datuk Razman, sedikit sebanyak  matanya tertengok juga pada sang jejaka kacak yang berpakaian serba formal hari ini. Dengan baju yang hampir serona dengannya, mereka bagaikan berjanji pula. Segak. Zara bukan amphibia, yang mungkin dua alam dan sukakan spesis sendiri. Lantas apabila ada spesis berlainan yang ternyata menarik di hadapan mata, memang sedikit sebanyak dia sendiri tertarik untuk melihat tanpa sedar. Nasib baiklah aku bukan katak. Kalau tak, aku ngap kau Ameer Reza guna lidah panjang berlendir aku!Haha..
Zara mencubit tapak tangannya sedikit bagi memastikan dia seentiasa fokus dengan kerjanya. Jangan nak melalut. Now is working time. Work! Work ! Work !
Datuk Razman yang diam dari tadi mendengar, sesekali menganggukkan kepala. Jujur dia akui, Zara seorang gadis yang bijak dan hebat. Baru seminggu dia berikan gadis itu masa untuk mempersiapkan diri demi pembentangan ini. Dan ternyata Zara tidak menghampakannya. Kelihatan muka beberapa ahli lembaga pengarah yang lain yang turut tesenyum lebar. Mungkin puas hati dengan penerangan Zara yang terperinci dan mudah difahami. Yang penting, ianya berbaloi untuk pelaburan dan keuntungan mereka. Jangkaan Datuk Razman daripada mula tidak pernah silap.
Datuk Razman memerhatikan Ameer Reza yang berada di sebelahnya. Tidak berkedip mata anak lelakinya memandang ke hadapan. Pandang skrin atau pandang orang yang membentangkan projek Emerald Town tersebut? Datuk Razman menguis sedikit kaki anaknya. Langsung tiada respon. Hai, khusyuk betul. Okay, apa kata kita siku dia sikit?
“Kot ya pun, janganglah obvious sangat pandang Zara sampai tak berkedip macam itu. Abah tengok pun seram,” bisik Datuk Razman di telinga Ameer Reza membuatkan Ameer Reza tersentak. Dia hanya tersenyum kecil. Lupa seketika,orang tua yang dari tadi duduk di sebelah kanannya.
“Taklah abah. Meer pandang skrinlah. Tak kuasa pandang perempuan sewel itu, “ Ameer Reza menafikan sambil berpura-pura menelek fail di tangannya. Walhal, memang betul dari tadi matanya tidak lepas memandang Zara. Zara nampak terlalu menawan dengan baju kurung songket berwarna biru yang digayakan. Menyerlahkan keayuan dan kecantikan semula jadinya. Di tambah pula dengan hanya bertudung bawal. Zara ternyata nampak 5 tahun lebih muda dari usia sebenarnya. Bagaikan seorang yang baru menginjak alam 20-an. Rasanya soalan Datuk Razman itu tidak perlu ditanya lagi. Lelaki mana yang tidak akan pandang perempuan berdahi licin, berbaju tradisional dan mengenakan sedikit solekan sebegitu. Sebagai seorang lelaki dewasa, tak salah dia merenung Zara. Walaupun, realitinya, dia kena berpijak pada bumi yang nyata yang Zara itu suami orang.
“Orang lelaki ini. Kadang-kadang dia tak fikir sewel tak sewel. Kalau dah cantik, dia terkam aje,” usik Datuk Razman lagi membuatkan Ameer Reza hairan. Eh, abah aku ini. Semakin tua, semakin gatal pula dia. Dipandang pelik abahnya itu. Datuk Razman menunjukkan isyarat mata ke arah Encik Saiful, yang duduk lima kerusi dari Ameer Reza.
Encik  Saiful, duda anak dua ternyata terang-terangan menunjukkan minatnya terhadap Zara apabila kelihatan khusyuk mendengar dan merenung Zara dari hujung tudung hingga ke hujung kaki. Ameer Reza mengetap rahangnya, geram. Eh, duda seorang ini. Ada hati pula nak masuk line. Berubah masam muka Ameer Reza. Ish..Zara ini pun satu. Nak melawa sangat hari ini nak pergi mana? Ada majlis kenduri kahwin ke dekat pejabat ini hari ini.
“Jangan sampai disambar orang. Tepuk dada. Tanya selera, Meer,” pesan Datuk Razman lagi dalam nada berbisik sambil ketawa kecil. Kecil besar kecil besar sahaja Ameer Reza memandang bapanya itu. Cuba menganalisa maksud yang ingin disampaikan.
“Dahsyat Idea you, Cik Yazmin. Impressive. Tapi satu I nak tanya you. Development without chopping trees? How is it possible?,”soalan halilintar dari Datuk Dahlan memecah kesunyian sebaik sahaja Zara selesai pembentangan. Tak sempat Zara nak minum air dari botol air mineral yang tersedia di hadapan matanya. Tak menyempat-nyempat!
Tak cukup dengan itu, Datuk Rahmad pula menyampuk, “ The cost is really a big question here. Within RM100 million. Are you kidding me?,”
“Yes, Datuk. RM100 million only. This is eco-friendly project Datuk. And we will not seize and clear too many areas. Seperti yang saya cakap tadi, we will not cut too many trees and kita akan buat penanaman semula di sekitar 1 hektar tanah yang kita reserve,”
“You ingat kita nak buat amal kebajikan ke Cik Yazmin?,” sela Datuk Dahlan.
“No. Konsep saya sekarang ni. We develop the place but one the same time, we try to preserve the place by minimizing trees’ chopping” Zara masih cuba menahan sabar. Jelas daripada nada suaranya yang dia masih lagi bersabar. Aku dah jelaskan panjang lebar masa dalam sesi pembentangan tadi kot.Aduh, apa masalah pakcik dua orang ini? Itulah masa tadi aku membebel panjang, kau orang sibuk main handphonelah, menahan ngantuklah. Last-last, diri sendiri yang tak faham.
Datuk Rahmad tiba-tiba tergelak besar, ‘Does it makes any sense guys?,”
Jelas ketawanya cuba mengejek Zara. Zara menarik nafas dalam-dalam.Namun, tiada pula respon terhadap pertanyaan Datuk Rahmad daripada lembaga pengarah yang lain. Zara memerhatikan muka ahli lembaga pengarah yang lain. Menanti untuk sebarang peluru yang bakal dicampakkan kepadanya.
“Seems okay with me, “ Datuk Razman memecah kesunyian sambil tersenyum senang. Dia nampak berpuas hati dengan projek yang Zara usulkan. Kata-kata itu diikuti pula dengan anggukan dari beberapa orang ahli lembaga pengarah yang lain.Namun, Datuk Rahmad sekali lagi tidak berpuas hati dengan maklum balas dari Datuk Razman. Masih cuba mencipta peluang untuk mencantas proposal ini daripada berkembang.
“Seriously Razman? You tak rasa ke dia cuba nak samakan bidang architecture dengan bila construction and development. Budak ini bukan tahu apa-apa sangat!,” templak Datuk Rahmad. Jelas nada geram dan tidak puas hati di situ.
“Macam tak masuk akal projek ini,” bidas Datuk Dahlan sekali lagi.
Kesabaran Zara teruji. Dia menutup planner yang dibawanya geram dengan kasar, menghasilkan bunyi kuat yang mampu mendiamkan seluruh bilik mesyuarat. Semua mata di hadapannya kembali fokus kepada dirinya yang sedang berdiri bagaikan tunggul di hadapan.
“Datuk Dahlan dan Datuk Rahmad. Saya akui saya masih mentah dalam bidang ini. Memang saya tak mahir dalam bidang pembinaan.Tapi, ini satu projek yang baik untuk naikkan reputasi syarikat. Alam Bina dah lama tak buat projek-projek yang ada elemen Corporate Social Responsibility. So this is the best time to upgrade this company image. Lagipun, sesuai dengan saranan Perdana Menteri kita yang bagi peruntukkan untuk projek menghijaukan alam baru-baru ini. Mesti Datuk Rahmad dan Datuk Dahlan pasang cita-cita nak upgrade kerusi. Mungkin duduk di kerusi parlimen mungkin?,” Zara cuba menyelitkan elemen memujuk dalam kata-katanya. Namun, elemen menyindir tetap diselitkan lagi-lagi apabila mengetahui kedua-dua datuk tersebut mendaftar sebagai calon dalam pilihan raya yang bakal dijalankan tidak lama lagi.
Ternyata kenyataan Zara membuatkan ramai ahli lembaga pengarah tersenyum. Ada yang tersenyum senang hati kerana bersetuju. Tidak kurang juga yang tersenyum menyindir ke arah Datuk Rahmad dan Datuk Dahlan. Senyuman Ameer Reza pula senyuman lucu. Lucu melihat Datuk Rahmad dan Datuk Dahlan yang terkulat-kulat, diam apabila dikenakan oleh Zara. That’s my girl, bisik hati kecil Ameer Reza. Padan muka kau orang, orang tua kerepot. Kerek sangat lagi. Silap orang kalau Zara yang kau nak gulai-gulaikan.
Eee..menyakitkan hati orang-orang tua ini. Elok aku tanam hidup-hidup dalam kubur, Zara bermonolog sendirian di dalam hati.
“Cik Yazmin, you rasa kita takkan perlukan additional cost ke? RM100 million sounds too little to me. Sebab inikan projek mega kita tahun ini. You sure you dah calculate betul-betul? Mana tahu you tersilap kira ke,” Puan Suria mempersoalkan kos kesuluruhan projek tersebut.
Ini lagi seorang. Zara merenung kira-kira yang telah dibuat oleh dia dan pasukannya. Rasanya tiada figura yang pelik di situ. Kenapa dengan syarikat ini? Dah biasa buat projek besar sangat ke sampai bajet rendah macam ini sukar dipercayai ? Zara termangu seketika, tidak menjangkakan soalan ini. Kalau ditanya logik ke tak, dia boleh jawab. Soalan susah pun dia boleh jawab. Ini soalan simple begini.  Betul ke aku kira ini? Zara mula meragui dirinya sendiri. Seram sejuk mula dirasakan walaupun tiada perubahan suhu dalam bilik tersebut.
“ Aah, Cik Yazmin.Maybe kita boleh add on to RM200 million ke..In case anything happen. Saran seorang lelaki, Encik Badli.
Zara terdiam. Boleh ke nak tambah. Nak tambah untuk apa? Nanti audit bermasalah, aku juga kena. Ingat ini company aku agaknya.
“Errr…,” Zara kehilangan kata-kata seketika. Akal fikirannya cuba berputar, mencari jawapan yang sesuai diberikan kepada para pendengar.
“Are you doubting her decision, Puan Suria?” soal Ameer Reza yang dari tadi mendiamkan diri dan memerhatikan keadaan. Zara tersentak. Dia terlupa kehadiran Ameer Reza di sebelah Datuk Razman. Semua mata terarah ke arah Ameer Reza. Hormat. Mungkin tidak menyangka lelaki itu akan bersuara secara tiba-tiba. Ingatkan lelaki itu tidak akan bersuara langsung.
Ameer Reza bersandar di kerusinya sambil mengangkat kening kepada Puan Suria mempersoalkan pertanyaan lelaki itu.
“ Err.. tak. Saya Cuma risau dia tersalah kira.”
“Bagi saya sebab untuk dia tersalah kira? Because she is an architect? Or because she is a woman?,” soalan Ameer Reza yang berbaur sindiran ternyata membuatkan Datuk Rahmad dan Datuk Dahlan juga senyap.
Encik Badli pula  terus duduk dengan postur badan yang tegak. Serious.
“Tak. Bukan macam itu. Mana tahu tersalah…”
Ameer Reza pantas memotong, “ Cik Zara Harnina Yazmin, berapa awak dapat untuk subjek matematik dan matematik tambahan awak?,”
Eh, apa hal aku pula kena ini?
“A1”
“Did you discuss this with your team about the figure there? That RM100 million?,”
Berkerut dahi Zara apabila diajukan soalan itu. Sudah tentu dia berbincang dengan pasukannya. Lebih-lebih lagi dengan Ameer Reza sendiri. Beberapa kali dia menghubungi lelaki itu melalui Skype dan telefon bimbit walaupun rumah mereka sebelah-sebelah. Seminggu dia tidur di pejabat. Takkanlah benda macam ini, dia berani- berani buat keputusan sendiri. Dahlah bukan syarikat aku. Silap haribulan, kalau salah keputusan aku, buat kena marah aje dengan Ameer Reza sebab menjahanamkan syarikat kesayangannya.
“Absolutely.”
Ameer Reza menghalakan pandangannya semula terhadap Encik Badli, “So, mind telling me, dalam slide tu, mana figure yang you rasa salah, Encik Badli?,”
Encik Badli terdiam lantas merenung skrin layar semula. Terkulat-kulat dia dibuatnya. Semua orang turut memandang skrin. Mencari kesalahan yang mungkin ada. Ameer Reza menggelengkan kepala kecil. Bukan dia tak tahu Datuk Rahmad, Datuk Dahlan dan Encik Badli sendiri memang suka membuli di tempat kerja. Jadi, dia tak pernah beri peluang kepada orang sebegini. Sebetulnya, Zara sudah berbincang isu kos dan perihal projek itu bersamanya. Malah, idea menyahut cabaran menjalankan projek hijau itu juga ideanya. Cuma bajet RM100 juta ditu dicadangkan oleh Zara sendiri. Namun, Ameer Reza sudah menilai baik buruknya. Malah, Zara terpaksa berhadapan dengan ratusan soalannya sebelum dia meluluskan bajet RM100 juta itu. Beberapa kali mereka bertekak di  telefon.Dia seorang yang objektif. Tak mungkin kerana cinta sekalipun, dia akan bankrapkan syarikatnya. Ameer Reza pasti, kalau dia sendiri yang membentangkan proposal itu, tiada orang pun yang akan bersuara. Semua hanya nak tunjuk pandai bila yang membentangkan itu bukan dari pekerja Alam Bina sendiri. Lagi-lagi, Zara ialah ruthless bitch yang terkenal dalam  bidang pekerjaan mereka. Sudah tentu peluang tidak akan dilepaskan untuk mengenakan Zara tambahan pula dalam situasi Zara yang tidak memegang apa-apa saham dalam mana-mana syarikat.
“So,ada ke tak Encik Badli, apa-apa kesalahan? Atau mungkin Datuk Dahlan dan Datuk Rahmad atau Puan Suria sendiri nak jawabkan?,” Ameer Reza beralih kepada dua orang datuk lagi.
“Macam tak ada,” jawab Datuk Dahlan dengan muka sedikit kelat. Sakit hati apabila dirinya sendiri terkena.
“Bukan macam lagi. Memang tak ada. Unless you guys tak lepas SPM.Ok. Issue settle. Next. Don’t waste my time for issues like this. Dari dah sembuh, boleh sakit saya semula” padu dari Ameer Reza membuatkan yang lain menikus. Senyap seketika bilik mesyuarat itu. Hanya kedengaran bunyi pendingin hawa yang mengeluarkan udara sejuk demi kesejahteraan orang-orang di dalam bilik mesyuarat tersebut.
Zara tercengang dan menghadiahkan pandangan tidak percaya kepada Ameer Reza. Begitu sekali Ameer Reza menyelesaikan masalah di dalam bilik mesyuarat. Kalau macam inilah gayanya, rasanya Zara Harnina Yazmin tak layak memegang jawatan Ruthless Bitch itu. Sebab jelas lagi bersuluh, siapa yang lagi ganas di bilik mesyuarat.
Ameer Reza tersenyum senang kepada Zara lantas dihadiahkans satu kenyitan mata buat Zara.
Zara menggelengkan kepala perlahan.
Langsung tak percaya!
***
“Nal, kenapa you jalan rapat sangat dengan I ni,” soal Zara sambil ketawa kecil. Dia yang sedang membawa minuman di tangan kiri dan makanan di tangan kanan, terpaksa melangkah berhati-hati apabila Zainal berjalan sedikit rapat ke arah tubuhnya, seolah-olah menghimpitnya.
“You kenapa tak cakap you pakai baju kurung? Habis semua orang nak tackle you dekat sini. I tengok banyak mata pandang you tak berkelip-kelip. You stunning sangat hari ini. Cik Betty yang pakai dress paras peha itu pun tak boleh beat you,” bebel Zainal sambil menarikkan kerusi untuk Zara duduk.
“Habis, you nak I pakai dress sendat juga ke?,”ujar Zara sambil memulakan suapannya. Mereka kini berada di majlis pelancaran produk keluaran Alam Beauty, salah satu anak syarikat Alam Group.Zainal tersenyum.
“Tak apa. Yang itu you save untuk malam pertama kita,” usik Zainal menyebabkan Zara tersedak. Pantas Zainal menghulurkan air kepada Zara. Zara pantas mencubit lengan Zainal. Dah kenapa Zainal ini. Tiba-tiba menggatal tak tentu hala.
“Apa benda you cakap benda tak senonoh ini Nal! Eee.. choiii,” namun hanya dibalas dengan ketawa besar dari Zainal. Ternyata gelak ketawa Zainal membuatkan beberapa mata turut memandang mereka. Bahagia sangat itu Zainal. Zara hanya diam. Malam pertama? Zainal? Alamak..macam aku tak sudi aje. Aduhhh…. Itulah Zara. Kau yang gatal sangat nak bertunang dengan Zainal. Kau memang dah bagi harapan pada dia. Aduhhh…haruskah ikatan ini diteruskan? Haruskah? Haruskah?
Zara memerhatikan Zainal yang makan di sisinya. Terus hilang seleranya. Dia cuba tidak membayangkan. Namun, otaknya menolak dan dia hilang selera. Aku tak nak Zainal!!!! Lebih baik aku kahwin dengan ulat bulu dari Zainal!! Eeee… macam mana nak lepaskan diri dari bahana ini.
Selepas makan, jemputan dibawa menghadiri beberapa pameran kosmetik oleh Alam Beauty. Terdapat banyak produk kesihatan dan kecantikan yang dikeluarkan oleh Alam Beauty yang ditonjolkan dalam majlis itu.Zara dan Zainal yang merupakan antara jemputan VVIP diberi keistimewaan untuk mencuba secara produk dan minuman kesihatan yang ada. Malah ada beberapa produk kecantikan yang turut diberikan secara percuma untuk dibawa pulang. Sudah tentu, Zara sebagai seorang wanita tidak akan melepaskan peluang yang ada untuk mencuba produk mahal secara percuma.
“You trylah Nal. Sebagai lelaki pun, you kena nampak handsome, “usik Zara apabila terdapat seorang urus setia booth menjemput Zara dan Zainal mengenakan solekan secara percuma.
“Boleh juga. Nanti kalau kita dah kahwin, kalau you nak solekkan I pun.. I langsung tak kisah,” ayat Zainal membuatkan Zara terkedu. Usikan Zara ternoktah di situ.Zara terus duduk di atas kerusi yang disediakan, menanti untuk disolek tanpa menunggu sesaat pun Nanti kalau Zainal yang disolek, mampu mimpi ngeri tetamu dekat sini. Namun, yang semakin menawarkan hatinya ialah kata-kata Zainal. Dia seram kalau otaknya sudah mula membayangkan alam rumah tangganya bersama Zainal. Macam tak masuk akal. Zara cuba untuk memupuk cinta untuk Zainal. Namun, semakin lama, dia rasakan perkara yang dia cuba lakukan itu semakin mengarut. Perasaan yang dia rasakan bersama Zainal sama sahaja ketika bersama Jim. Sayang seorang abang. Sudah terlambatkah untuk dia menyesal sekarang? Kenapa akhir-akhir ini, Zara semakin dapat merasakan yang peluang untuk diri Zainal sentiasa tertutup dan tak pernah terbuka sekalipun?
“Encik boleh duduk di sebelah kawan encik sementara dia disolekkan ya,” kata gadis itu sambil mempersilakan Zainal duduk di sisi Zara.
“Tunang. Dia tunang saya,” kata Zainal, sedikit tegas. Zara tersentak. Kata-kata Zainal seolah-olah sengaja ditujukan kepadanya. Sebagai peringatan bahawa dirinya tunang orang. Gadis tadi sempat pula memuji Zainal kerana mempunyai tunang yang cantik. 
“Mestilah. Saya pun handsome kan, “ Zainal cuba berseloroh sambil menggenggam erat tangan kanan Zara. Cuba menunjukkan kemesraan. Zara terkejut. Zara perlahan-lahan menarik tangannya. Dia berasa sedikit janggal untuk berpegangan tangan dengan Zainal. Zara tersenyum sambil berpura-pura bergurau. Cuba untuk menjaga hati Zainal walaupun hakikatnya hati Zainal remuk dengan perbuatannya itu.
“Ish. Tengok itu. Depan orang pun dia nak menggatal,” Zara seolah-olah bergurau. Namun, dia cuba menyampaikan amaran supaya tidak sesenang hati menyentuh dirinya sebegitu rupa di khalayak ramai. Dia tidak selesa sebenarnya. Lebih kepada janggal. Dan diharap matanya yang dibundarkan itu mampu menyampaikan amarannya kepada Zainal. Selalunya Zainal tidak begini. Zainal sangat menghormatinya. Namun, entah mengapa sejak balik dari Tokyo dulu, suka pula nak bermanja dengan dirinya. Rimas Zara dibuatnya.
Ternyata Zainal ketawa pula. Menganggap Zara bergurau dengannya dan berpuas hati apabila Zara seolah-olah cuba bermesra dengannya. Zara mengabaikan Zainal setelah pasti tunangnya itu tidak terasa dengannya. Cepat-cepat dia menutup matanya apabila jurusolek memohon untuk menyolekkan matanya. Tak sabar pula dia untuk didandankan. Ini belum kahwin lagi ini. Kalau kahwin esok, entah macam manalah solekan Zara.
“Min, you cantik sangat. Mata you biru. Oh ya, you sekarang I tengok jarang pakai lens. Kenapa? Dulu bukan you sibuk cakap mata you cacat ke?,” duga Zainal sambil memerhatikan dua orang jurusolek yang sedang menyolek Zara.
“Sahaja. Berubah angin” jawab Zara pendek seakan-akan malas melayan.
“Sahaja? Pelik. Perkataan sahaja itu tak mudah keluar dari mulut wanita bercareer macam you,” kata Zainal sambil matanya tiba-tiba menangkap kelibat Yura dan Ameer Reza berdekatan. Mereka berdua sedang mengunjungi satu booth Sauna yang sedang giat menjalankan promosi akhir tahun. Walaupun dari jauh, namun Zainal dapat merasakan ada mata yang memerhatikan mereka. Namun,dia tidak dapat menangkap siapa. Cuma apabila terpandang bakal kakak ipar dan birasnya, hatinya terdetik sesuatu.
Sudah lama dia ingin bertanya. Apa hubungan sebenar Zara dan Ameer Reza? Kerana dia dapat merasakan satu aura yang pelik setiap kali dia berada di antara mereka berdua.
Zainal hanya membiarkan. Dia memandang wajah Zara semula seketika. Cuba mencari ilham di situ. Kemudian, dia memandang pasangan yang jauh di nun di sana. Ameer Reza tertangkap! Kelihatan lelaki itu sedang leka memerhatikan buah hatinya yang sedang disolekkan. Zainal tidak sukakan pandangan Ameer Reza ke atas Zara. Ameer Reza memandang Zara sambil mengalirkan satu signal. Apakah itu? Ada sesuatukah yang dia tidak tahu? Banyak tanda tanya yang lahir tiba-tiba di kepalanya apabila menyaksikan kejadian itu. Ameer Reza sukakan Zara? Tak mungkin!
“Min...Apa pendapat you tentang Ameer Reza?,” lembut sahaja pertanyaan Zainal namun tidak selembut penerimaan Zara. Zainal cuba menduga.
Terus mata Zara terbuka luas. Refleks tiba-tiba.
“Cik Yazmin, comot dah eye-shadow saya,” bebel K, jurusolek lelaki yang dari tadi menyolekkan Zara. Mata Zara tajam menikam Zainal sebelum dia memohon maaf kepada jurusolek berkenaan.
“Soalan apa you tanya ini? Tiba-tiba aje,” bidas Zara.
“Sahaja,” ujar Zainal, memulangkan semula ayat Zara sebelum ini sambil matanya masih lagi memerhatikan gerak-geri Ameer Reza. Sesekali Ameer Reza masih memerhatikan Zara namun apabila pandangan mata Zainal dan Ameer Reza bertemu, cepat sahaja Ameer Reza mengalihkan perhatiannya kepada Yusra.
“A good and smart colleague to work with,” jawapan selamat yang mampu difikirkan Zara. Takkan nak cakap, seseornag yang istimewa pula kan?
“Smart as in intelligent atau smart dari segi penampilan?,”soalan Zainal meyakinkan Zara jawapan yang diberikan tadi masih lagi belum dalam kategori selamat.
“As in both. I admit he is an attractive man, Nal. Butalah I kalau I cakap dia tak menarik. I perempuan kan?Anyway, he’s taken. So what else I can say about him? Puji pun tak guna. Kakak I punya,” Zara ketawa kecil, cuba menyembunyikan resah hatinya. Padahal, pedih menusuk kalbu apabila menzahirkan lelaki itu kepunyaan perempuan lain.
“Min,you tak rasa berdebar-debar ke bila pandang I?,” soalan Zainal memang dalam kategori pelik. Namun, Zara layankan sahaja. Tidak suspek apa-apa pun.Zara hanya menggelengkan kepala.
“La,kenapa nak kena berdebar-debar pula? Kita kan dah lama kawan. I rasa selamat dan selesa dengan you,” jawab Zara,  ikhlas. Memang itu perasaaanya selama ini apabila bersama Zainal. Zainal seorang sahabat dan sepupu yang baik.
Zainal memberi isyarat tangan supaya jurusolek itu menghentikan kerjanya seketika. Zainal memusingkan kerusi Zara menghala ke arah Yusra dan Ameer Reza. Zainal memandang Zara seketika. Ada sesuatu yang dia harus pastikan.
“Min, buka mata kejap,” pinta Zainal dan dipatuhi Zara dengan pantas.
Apabila membuka matanya, dia didihadiahkan pandangan yang menyesakkan jiwa. Kelihatan Yusra sedang berjalan sambil berpimpinan tangan dengan Ameer Reza. Yusra kelihatan riuh bercerita itu dan ini. Ameer Reza sekadar mendengar sambil memerhatikan sekeliling. Lelaki itu kelihatan bosan dan pandangan mereka bertemu.  Pandangan mereka bertemu namun Yusra mematikan realiti dengan mencium pipi Ameer Reza sepantas kilat yang tidak dilihat oleh sesiapa pun kecuali Zara. Zara cepat-cepat mengalihkan pandangannya sambil memegang dadanya. Dia memusingkan kerusinya memandang Zainal. Sakit.
Zainal memandangnya tajam sambil melayangkan satu soalan sinis “Kenapa Min? You rasa berdebar-debar?”
Zara menelan air liurnya. Namun, belum sempat dia menjawab soalan tersebut, mereka dikejutkan dengan bunyi bising dari pentas. Suara jurucakap majlis yang sibuk menceceh dari tadi. Mempromosikan segala produk Alam Beauty.
“Okay. Bersempena dengan majlis wedding of the year di antara Encik Ameer Reza dari Alam Bina dan juga Cik Yusra dari Forever More Boutique, Alam Cosmetics ingin memberikan sedikit cenderahati kepada bakal pengantin. Dipersilakan merpati dua sejoli untuk naik ke pentas bagi menerima sedikit tajaan daripada pihak Alam Beauty dan Cosmetics.Nak kahwin ini, kenalah jaga kulit semua kan. Tak boleh kusam-kusam. Kena berkilat dan berseri-seri.Jadi pihak kami berbesar hati untuk menaja dari segi set penjagaan diri dan kosmetik untuk bakal pengantin pada hari berkenaan!Sila berikan tepukan gemuruh kepada bakal pengantin kita, Encik Ameer Reza dan Cik Zarin Harlina Yusra,”
Gamat ballroom hotel itu dengan tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir. Kelihatan Yusra tersipu-sipu malu dengan tepukan yang diterima. Kelihatan Ameer Reza membantu Yusra yang memakai gaun sedikit ketat di bahagian kaki untuk naik ke pentas. Wajah Yusra dipenuh kegembiraan. Sekali-sekala juruacara menyakat Yusra dan Ameer Reza dengan menyuruh Yusra memakaikan sedikit krim pelembap muka dan lotion kepada Ameer Reza.
Pedih.Memang pedih. Zara menggenggamkan penumbuknya. Dan apabila penonton berwuuuu dan berwahhhhhhh apabila Yusra memaparkan adegan romantik mereka ketika mereka saling menyapukan losyen di atas tangan antara satu sama lain, Zara tertunduk. Tak sanggup rasanya dia terus berada situ. Hatinya bagaikan diblender dan dikisar halus. Dapat dirasakan air matanya menitis satu persatu ke atas tangannya.
“I will shield you, Min. Always…,”
Zara memandang Zainal.
Zainal! Zara terlupa kewujudan Zainal apabila dia terleka dalam dunianya sendiri. Lantas, kerusi Zara dipusingkan menghadap Zainal. Zara terkesima. Tak tahu alasan apa yang harus diberikan kepada Zainal. Alasan atas tujuan apa dia mengalirkan air mata dan bersedih. Dia gagal untuk menyembunyikan rahsia hatinya.
“Shuhhh….I faham,” Zainal memeluk Zara, mematikan segala percakapan mereka. Zara tanpa segan-silu menangis di situ. Zara tak tahu sama ada dia patut bersyukur dengan adanya kehadiran Zainal ataupun tidak. Namun, yang pasti. Rahsia hatinya pecah lagi.
Zainal pula tak tahu hakikat mana yang lebih menggores hatinya. Saat dia ketahui hati gadis yang dipuja sebenarnya dimiliki orang lain atau saat Zara menangis teresak-esak begini, tidak berdaya.
Yang mana satu?
***
Kolam renang di CDY kelihatan tenang di bawah cahaya bulan. Zara merendamkan dirinya di dalam kolam renang sambil bersandar di dinding kolam. Dia sedang cuba memulihkan kembali semangatnya. Entah sejak bila dia jadi lemah sebegini. Asyik-asyik menangis aje kerjanya. Dulu, tidak pernah pula dia selembik ini. Sejak diserang penyakit jiwa ini, semakin melalut akal fikiran dan perbuatannya. Tak tahu nak marah hati kerana mempunyai perasaan atau akal yang cuba menidakkan segalanya.
Setelah dia membuat drama sebabak secara tak sengaja dengan menangis depan Zainal tadi, dia terus mengajak Zainal pulang. Mereka langsung tidak berbual sepatah pun. Mungkin Zainal faham yang dia perlukan ruang. Dan Zara sendiri tidak tahu bagaimana pula hendak menerangkan situasinya kepada Zainal. Dia kantoi.Cuma Zara terfikir, ini belum majlis pernikahan dan perkahwinan lagi. Kalau majlis betul, tak tahulah dia mempunyai air mata lagi untuk menangis ataupun tidak. Bolehkan kalau dia tak mahu hadir pada hari majlis berkenaan?
“Menangis tak mampu menyelesaikan masalah, Yazmin oii, “ Zara bersuara perlahan sambil menumbuk air geram. Geram dengan diri sendiri, dengan hati dan dengan perasaan. Dia menyambung aktiviti renangnya semula yang tergendala selama setengah jam. Sudah sejam sebenarnya dia berada di dalam kolam renang itu. Seronok melepaskan tekanan kerja dan beban hati melalui aktiviti fizikal seperti itu. Lama juga dia tak berpeluang untuk melakukan aktiviti sebegitu. Kesibukan kerja membataskan segalanya.
Sesekali terdengar suara hilai ketawa yang datang dari dalam rumah. Di dalam rumah, keluarga Ameer Reza datang bertandang untuk berbincang tentang majlis. Zainal juga berada di dalam. Masih belum pulang sejak menghantarnya pulang tadi. Pasti dipinta oleh papanya untuk menemani lelaki itu. Zainal dan papanya kan memang rapat. Calon menantu pilihanlah katakan. Kalau memang betul Yusra jadi kahwin dengan Ameer Reza dan Zara berkahwin dengan Zainal. Ameer Reza terpaksa bersaing dengan Zainal untuk mengambil hati papanya.
Zara mengeluh. Teringat muka cemberut Puan Sri Zuliani ketika dia meminta diri untuk berundur dari majlis keluarga selepas makan malam tadi. Nasib baik tetamunya tidak banyak soal. Letih ialah alasan yang diberikan. Memang dia letih pun. Hampir 3 bulan berpenat-lelah. Dia lega kerana akhirnya Ameer Reza kembali sihat dan mengambil alih tugasnya semula. Kurang sedikit bebanan di kepalanya. Terasa juga ingin pergi bercuti untuk berehatkan otak seketika. Namun, pasti akan dibantah secara keras oleh Yusra dan madam besar dalam rumahnya kerana majlis Yusra tinggal sebulan sahaja lagi. Banyak perrsiapan yang harus dilakukan dan sudah pasti Puan Sri Zuliani akan mengerah tenaga semua orang untuk memastikan kejayaan majlis yang julung-julung kali diakan itu.
“Eii.. orang lain yang nak kahwin, aku pula yang sibuk menguruskan,” bebel Zara sambil kembali berenang dari hujung kolam ke hujung kolam sebanyak dua pusingan sebelum memutuskan untuk berhenti di tengah-tengah kolam dan termangu di situ. Termenung. Dia sendiri tidak tahu apa yang mengganggu fikirannya. Mungkin bukan fikiran tetapi emosi. Entahlah. Semakin hari,  emosinya semakin sukar dibendung. Dia bagaikan anak muda yang baru meningkat remaja yang tidak tahu bagaiman mahu mengawal Progesteron dan Estrogen diri sendiri. Perasaan sendiri pun dia tidak mampu kawal.
“Eee…serabut!,” Zara geram dengan dirinya sendiri. Dia menenggelamkan dirinya di dalam kolam renang. Berhasrat untuk menyelam dan menahan nafasnya seketika. Mungkin menahan nafas beberapa saat di bawah air boleh mengembalikan kewarasan akalnya. Dia memejamkan matanya dan menarik dirinya ke bawah air. Lantas, dia duduk bersila bagaikan membuat yoga di dasar kolam renang. Bermeditasi seketika.
Lima..
Enam..
Tujuh..
Lapan..
Sembilan..
Sepuluh..
Zara membuka matanya dan ingin kembali ke permukaan air. Namun, tiba-tiba dirasakan dirinya tidak berjaya. Dia terperangkap…
Sementara itu, di halaman rumah.
“Kau apa macam? Sihat? Lama tak berbual sejak kau kemalangan hari itu,” kata Jim sambil berjalan beriringan dengan Ameer Reza di halaman CDY. Mereka mengambil angin apabila kebanyakan perbincangan sudah hampir ke penghujungnya dan kebanyakkan yang tinggal ialah perihal berkaitan kenduri Ameer Reza dan Yusra. Bagi canlah pada orang lelaki untuk lepak pula. Dia ada ajak Zainal namun Zainal menolak. Pelik Jim dibuatnya. Jarang Zainal menolak. Zainal pun seperti mereka berdua. Cepas bosan dengan aktiviti wanita sebegitu.
“Itulah. Tak sangka. Family kita bakal disatukan macam ini. Dulu masa zaman kita main bola untuk sekolah dulu, tak rapat sangat wei. Last-last, bila kerja ini, macam ini jadinya.,” ada nada tidak percaya dalam intonasi percakapan Ameer Reza.
“Dunia ini tak besar sangat Ameer. Dulu kau pernah cakapkan dekat aku, kalau aku benci-benci kau, sekali jadi adik ipar memang betul. Sekarang, memang aku kena gulai kaw-kaw,” usik Jim.Cuba menceriakan Ameer Reza. Sebetulnya dia perasan Ameer Reza agak murung pada hari ini. Lelaki itu kurang bercakap dan ketawa.
Tergelak besar Ameer Reza dan Jim. Mengimbau kenangan mereka berdua sewaktu berada di dalam satu pasukan bola sepak, mewakili negeri mereka. Lama sebenarnya mereka sudah berkenalan. Cuma, jarang ada masa untuk berhubung tambahan pula masing-masing sibuk menguruskan syarikat sendiri.
“ Hahaha… Sorrylah kalau aku bukan calon adik ipar pilihan. Tapi confirm Zainal itu menantu pilihan” seloroh Ameer Reza sambil teringat bagaimana rapatnya Zainal dan Tan Sri Yazid ketika perbincangan tadi. Apa-apa hal, semua Tan Sri akan tanya pendapat Zainal. Kalau tak jadi kahwin Zara dengan Zainal ini, mahu menangis Tan Sri Yazid.
Jim tersengih, “ Itu aku tak kisah, Meer. Memang kau bukan pilihan. Tapi hebatnya kau aku tak boleh sangkal. Bukan setakat gergasi dalam bidang perniagaan, gergasi juga bila boleh tackle hati dua orang adik aku!”
Jim ketawa namun apa yang beru terlintas dari mulut Jim tidak langsung kedengaran kelakar pada Ameer Reza. Malah, benda itu bagaikan bencana pula kepadanya.
“Kalaulah hidup ini mudah, Jim,” Ameer Reza menggaru belakang kepalanya sambil mengeluh berat. Jim faham. Dia faham sangat situasi Ameer Reza yang tersepit. Jim memaut bahu Ameer Reza mesra sambil menepuk-nepuk bahu lelaki itu.
“Hidup memang complicated tapi kalau bercinta, bertambah-tambah complicatednya Ameer. Relax lah. Bukan esok pun ku kena gari kan. Kau kan playboy terkenal. Bab melibatkan perempuan tak pernah ada yang senang.” pujuk Jim.
Ameer Reza tersenyum tawar, “Rasanya bahasa aku terang lagi bersuluh Jim. Kau tahu apa aku maksudkan?,”
“Come on Ameer. Talk like a real man. From bro to bro. Biar lagi terang dari lampu rumah aku ini ha,”
Ameer Reza ketawa kecil.
“Kau tahukan. Aku bakal mendirikan rumah tangga dengan Yusra. Tapi sorry bro. Yusra….bukan pilihan aku,” lancar sahaja percakapan Ameer Reza. Namun, terasa seperti sebiji batu besar telah diangkat dari bahunya  dengan terlafaznya ayat itu.
“Dan Zara pilihan kau?,”
Tidak pula Ameer Reza megeyakan atau menidakkan.
“Kalaulah senang untuk aku cakap, dia pilihan aku. Our situation is so damn complicated,” keluh Ameer Reza.
Mereka berjalan perlahan menghampiri kolam renang yang terletak kemas di belakang rumah. Sambil menikmati pemandangan indah di langit dan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup lembut.
“ Meer, kau dah pun merentas lautan api. Kau ingat senang nak menangi hati adik aku setelah dia patah hati bagai nak rak dulu dengan Muiz.And I’m talking about Zara here.And trust me, you did well. She falls deep for you. Kalaulah kau sedar pada hari kau kemalangan itu, macam mana Zara menangis Meer. I was there and I witness everything. 99% hatinya telah kau tawan. Tinggal 1% aje Ameer. That 1% is your only last shot to have her. Tapi banyak benda yang perlu dikorbankan kerana 1% ini.Cinta perlukan pengorbanan kan?,”
“Tapi Yusra dengan Zainal…”
Jim menggelengkan kepala. “ Yusra is not the main concern right now. Your battle right now is to convince her that 1% is worth spending her entire life with you. Sikit lagi Ameer. Your battle is almost towards the end”
“Dan macam mana nak yakinkan dia lagi Jim? Dah macam-macam benda aku buat”
“Pergh, Ameer Reza…playboy terkenal minta nasihat cinta dari Jim,seorang suami orang. Patut buat liputan media tentang ini. Masuk Meletopz!,” usikan Jim ternyata membuatkan Ameer Reza tersenyum. Dia pun terkejut dengan apa yang sedang melanda dirinya. Hebat penangan cinta Zara ini.
“Buat dia jatuh cinta again and again dengan kau Ameer. Come on. Show her your last effort. Kaw-kaw punya effort. Biar sampai dia sendiri yang tak bagi kau kahwin dengan kakak dia. Perempuan macam adik aku itu perempuan  berprinsip. Kalau dia kata dia nak, maknanya dia nak. Kalau dia masih tak rasa kau ini satu keperluan dan lebih kepada kehendak, dia tak ada push factor dalam diri dia. Tapi once dia rasa she needs you, kau duduk diam aje. She will handle everything. Trust me. Walaupun Yusra kakak dia, kalau dia rasa kau ni worth to fight for, she doesn’t let you slipped her easily” pujukan Jim tiba-tiba bagaikan semangat baru untuk Ameer Reza.
“Kau cakap macam yakin sangat dengan adik kau,” sangakal Ameer Reza.
“Sebab dia adik akulah, aku berani cakap. Dia rapat dengan aku. So, basically, I know all her tricks, okay? Aku masih ingat. Dia masa remaja dulu nakkan motor Kawasaki itu. Kau tahu motor besar yang orang lelaki suka itu...”
Ameer Reza hanya mampu menganggukkan kepala.
“Aku nampak effort dia nak bagi bapa aku setuju denga dia. Dia pujuk gila-gila. Kumpul duit bagai. Sanggup jadi hamba bapa aku. Buat itu ini. Sampai sanggup taipkan proposal bapa aku walaupun masa itu dia baru habis SPM. Cuma aku tak nampak dia sujud aje dekat bapa aku. So, kalau kau boleh buat itu, kau memang hebat,” Jim terkenang kisah remaja adiknya yang ternyata memeningkan kepala. Memeningkan kepala tetapi indah untuk dikenang.
Mereka berdua tiba di tepi kolam yang sunyi sepi.  Jim dan Ameer Reza melabuhkan punggung di tepi kolam.
“Tak adalah sampai sujud dekat bapa kau. Kau ini…”
“Tapi kau buatkan masa adik aku nak bertunang hari itu?,” teka Jim. Walhal, dia sudah ada jawapan pada tekaannya itu. Sekadar mahu menguji.
Ameer Reza hanya menyepi. Malu pun ada. Egonya sudah direndahkan serendah mungkin. Tapi, ketika itu dia terpaksa. Namun, usahanya itu ternyata hanya sia-sia. Zara memilih Zainal tanpa sedikit pun rasa simpati terhadap dirinya.
“Aku nampak effort kau. Cuma kes kau sekarang ini. Kau tak nampak effort adik aku sebab situasi kau orang ini complicated. Itu aku cakap. Sikit lagi. And you are done. Doa banyak-banyak. Cuma aku nak tanya, kau ini betul ke nak dekat adik hingusan aku itu? Yusra is better dari pelbagai sudut,” duga Jim, tepat memandang Ameer Reza. Takut juga dia hendak menyerahkan Zara kepada Ameer Reza. Walaupun Ameer Reza rakannya, dia tetap kaki perempuan terkenal. Jadi, sebagai seorang abang, sifat melindungi memang tersemat dalam dirinya.
Ameer Reza menggelengkan kepala perlahan, “ Biar seribu Yusra pun datang, tak boleh lawan satu pun Zara Harnina Yazmin. Not even a dust. I know her beauty and I read her weakness. She is a beautiful soul inside out. Dia nyawa aku, Jim,”
Jim menganggukkan kepala sambil tersenyum. Cuma ada satu kemusykilan dibenaknya“Kenapa Zara?,”
Lama Ameer Reza terdiam.
“Entah. I don’t have any answers for that. Aku tersuka. Jadi terus tersuka tanpa sengaja”
“Fair enough. Cuma sebagai abang, aku nak pesan. Zara is more fragile. Sekali kau sakiti dia, I’ll mark you forever. Deal?,” Jim menunjukkan penumbuknya kepada Ameer Reza. Ameer Reza tanpa rasa takut mengepal penumbuk dan menumbuk perlahan penumbuk Jim. Tanda perjanjian dimenterai antara dua orang lelaki.
Jim menghalakan pandangan ke arah langit manakala Ameer Reza bersandar di kerusi malas di tepi kolam sambil memejamkan matanya. Cuba mencari gali sebutir ketenangan. Sedikit sebanyak, kepalanya serabut juga dengan persiapan perkahwinan yang dibincangkan oleh ibu bapa mereka di dalam. Pelamin. Majlis resepsilah. Kenduri. Dewan. Haish..Menyedari hakikat yang dia lemas, nasib baik Jim menawarkan peluang untuk bersiar-siar di luar. Kurang sikit kemurangannya hari ini terutamanya apabila dapat berbual dari hati ke hati dengan Jim.
‘Ameer’
Ameer Reza pantas mencelikkan matanya. Terasa nama dan semangatnya diseru. Dia memandang sekeliling. Kosong.
“Kau panggi aku ke Jim?,” soal Ameer Reza sambil memandang Jim.
“Teruk sangat penyakit hati kau ini bro. Sampai aku yang duduk senyap ini pun,kau cakap aku panggil kau. Merepek,” Jim ketawa, lucu.
Ameer Reza memandang sekeliling sekali lagi.Cuma kelihatan Yusra dan Zainal sedang berjalan ke arah mereka. Yusra melambai ke arahnya dari jauh. Ibu bapa mereka pula kelihatan sedang duduk di atas meja makan santai berdekatan dengan mereka. Namun, bukan itu yang merunsingkannya. Kelihatan Zainal turut memerhatikan keadaan sekeliling. Mungkin Zanal juga dapat merasakan apa yang dia rasa.
Ameer Reza mula berasa tidak sedap hati.
“Buat apa tu sayang dekat sini sejuk-sejuk ini? Mama ajak minum malam. Jom, kita pergi sana,” ajak Yusra sambil memaut lengan Ameer Reza, mesra. Ameer Reza hanya membisu tambahan pula apabila dia menangkap soalan Zainal kepada Jim.
“Nampak Min? Katanya tadi, nak berenang dekat kolam. Tak nampak batang hidung pun,” bebel Zainal.
Jim pelik. Dia memandang sekeliling mereka. Tiada pula nampak sebarang tuala atau pun tanda-tanda lain yang ada orang sedang berenang di kolam. Selalunya jika ada orang berenang, pasti ada tuala di tepi kolam.
“Tak ada pun. Mungkin dia terus masuk tidur kot,” Jim cuba bersangka baik. Namun, itu tidak mematikan perasaan tidak enak dalam diri Ameer Reza. Tiba-tiba, Mak Lijah datang membawa tuala dan segelas jus oren.
“Maaf semua. Mak Lijah hantar air dan tuala untuk Min,” lembut sahaja suara wanita yang dimamah usia tersebut. Ameer Reza memandang Mak Lijah tajam.
“Min mana, Mak Lijah?,” soal Zainal. Ada kerisauan mula bertandang dalam suaranya.
“Ada tadi dekat kolam. Berenang. Dia yang pesan bawakan tuala dan jus oren sejam dari tadi. Takkan tak ada pula,” Mak Lijah turut meluaskan pandangannya memandang sekeliling kolam renang yang agak dalam itu. Jim memerhatikan kolam renang dengan teliti. Ternampak buih di di tengah kolam sebelah sana.
“Oh.. Min menyelamlah itu. Dia memang suka menyelam. Bajet-bajet snorkeling kat tepi pantai. Bukan kau orang tak kenal Min itu. Poyo aje kadang-kadang. Ataupun mungkin sebab dia tak pakai tudung kot, dia segan kot. Itu dia menyelam lama itu. Dia tak pakai swimming suit muslimah kan tadi Mak Lijah?,” soal Jim.
“Tak pun. T-shirt biasa dan  seluar aje,”
“Ha, tengok itu. Nampak buih-buih itu ha. Itu mesti dia. Dah jom blah. Aurat adik saya ya tuan-tuan dan puan-puan wajib saya jaga. Janganlah risau. Gadis yang bernama Yazmin itu expert dalam aktiviti renang” Jim serta-merta menghalau semua yang berada di situ ke arah ibu bapa mereka yang sedang menanti di sebelah sana.
Aurat? Rasanya Ameer Reza dah tengok lebih dari itu. Tiada apa yang perlu disegankan. Dengan Zainal mungkinlah. Ameer Reza kenal sangat Zara. Aurat belum cukup untuk buatkan dia mennyelam sebegitu lama. Walau bagaimanpun, Ameer Reza turut melangkah apabila Jim turut melangkah pergi, mengajak semua orang beredar dari lokasi tersebut. Zainal yang kelihatan teragak-agak juga turut berlalu.
Baru setapak Ameer Reza melangkah, langkah kakinya mati. Dia teringat sesuatu.
“RM100 juta ini merepeklah. Kecil sangat amount ini,” Ameer Reza membebel sambil memerhatikan wajah Zara melalui Skype beberapa hari yang lalu. Dia meneliti dokumen yang baru sahaja dihantar oleh Zara.
Kelihatan Zara sedang duduk di dalam biliknya sambil dikeliling oleh satu bulatan kertas dengan dirinya dan laptop di tengah-tengah. Macam aktiviti pemujaan kertas pun ada! Kelihatan gadis itu sedang membaca satu kertas sambil mengurut betisnya dengan minyak panas.
“Kenapa itu?,”
“Biasalah cramp. Dah tua-tua ini. RM100 juta itu tak merepeklah,” Zara balas bersahaja tanpa sedikit pun memandang Ameeer Reza.
“Kerap ke kena?,”
“Lately ini keraplah. Banyak pakai heels kot. Kurang rehat”
“Cramp.Cramp. Cramp.No.No.No.” secara automatik, perkataan tersebut keluar dari mulut Ameer Reza. Terus dia menoleh ke belakang dan berlari. Nyawa aku!
“Sweetcheek!,”jerit Ameer Reza membuatkan semua orang menoleh kerana terkejut. Buntang mata masing-masing apabila melihat Ameer Reza terjun masuk ke dalam kolam renang tanpa sebarang ragu-ragu.
Bushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Suasana hening seketika. Ameer Reza hilang disebalik warna biru air. Namun, tidak sampai seminit, dia muncul semula. Membawa tubuh Zara yang terkulai layu. Dibawanya Zara perlahan ke tepi kolam. Mak Lijah sudah menjerit panik. Jim cepat-cepat berlari ke arah Ameer Reza. Yusra dan Zainal berdiri kaku. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Masing-masing terkejut beruk. Begitu juga dengan ibu bapa masing-masing.
“Apa jadi ini?,” Jim menyoal sambil menyambut tubuh Zara yang dihulurkan Ameer Reza di tepi kolam. Jim menyambut kepala Zara dan menampar-nampar pipi adiknya. Cuba menyedarkan Zara yang kaku.
Ameer Reza memanjat naik dari air ke tepi kolam,  “ Cramp. Mak Lijah, hulurkan tuala. Cepat-cepat”
“Jim, massage now!Kau tepuk-tepuk muka dia pun, tak guna,” marah Ameer Reza apabila kelihatan semua orang lambat bertindak. Nyawa buah hati kesayangannya di hujung tanduk tapi manusia manusia ni lembab mengalahkan siput. Mak Lijah menghulurkan tuala dan Ameer Reza terus menutup bahagian tubuh Zara yang agak terdedah akibat baju yang basah dan melekat pada tubuh gadis itu.
“Sorry bro, I’m a possessive man,” sempata Ameer Reza berceloteh.
Jim yang panik terus tidak kisah dengan hal tersebut.Sebaliknya, dia bertanya seakan-akan sedikit berteriak, “What massage? Urut apa? Kaki ke ?”
Ameer Reza terasa mahu membunuh Jim sekarang juga. Stress dirinya dengan Jim yang langsung tidak membantu dalam saat-saat genting sebegini, “Arghhh.”
Terus Ameer Reza menolak Jim menjauhi Zara dan  membaringkan Zara dan mula menekan dada Zara. CPR pun tak tahu. Aduh. Kesian Zara. Entah berapa lama dia lemas di dalam air. Ameer Reza menekan sebanyak 30 kali dan masih tidak sebarang pergerakan turun naik dari dada Zara.
“Come on, sweetcheek. Wake up for me,baby.Please Allah” Ameer Reza menekan dada Zara sebelum selamba badak sahaja memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut kepada Zara. Buntang mata semua orang yang berada di situ. Masing-masing membisu. Jim pun tergamam. Langsung tak boleh buat apa. Semuanya berlaku terlalu pantas. Ameer Reza kembali menekan-nekan dada Zara untuk mengeluarkan air. Masih lagi tiada pernafasan. Sekali lagi bantuan pernafasan diberikan sebelum Ameer Reza kembali menekan dada  kiri Zara.
“Kau better keluar date dengan aku sweetcheek kalau kau selamat,” sempat Ameer Reza berbicara sambil memberi tekanan kepada dada Zara. Lagi dan lagi. Zero gerak balas.
Ameer Reza kecewa. Ditumbuk dada kiri Zara kuat untuk melampiaskan geramnya “Zara!”
Kedengaran bunyi jam besar dari dalam rumah berdetik sebanyak 12 kali menandakan jam sudah menunjukkan jam 12 tengah malam. Tengah malam yang mencemaskan dan mendebarkan. Sesaat kemudian, kelihatan Zara terbatuk-batuk mengeluarkan air yang memenuhi paru-parunya. Ameer Reza menarik nafas lega sambil merenung Zara dalam. Jim lekas-lekas menepuk-nepuk belakang adiknya itu. Cuba memberikan bantuan  dengan mendudukkan adiknya itu supaya lebih banyak air keluar dari mulut adiknya itu.
“Thank bro.Macam mana kau perasan? Aku tak perasan langsung ,” kesal Jim sambil menyeka anak rambut adiknya yang menutupi mata. Sedikit kekesalan kerana tidak dapat menyedari keadaan itu lebih awal.
Ameer Reza sempat tersengih, “ Sebab dia nyawa aku. Tak guna aku sayang kalau aku tak boleh lindungi dia,”
Zara memeluk erat leher jim sambil menangis“Bang, kaki Min cramp. Sakit tadi. Sorry susahkan”
“Apa pula sorrynya. Tak apa. Nasib baik Ameer perasan. Kalau tak…,” Jim memandang Ameer Reza sambil menyampaikan ucapan terima kasihnya melalui pandangan matanya.
Zara perlahan-lahan memandang Ameer Reza. Hanya air mata yang berbicara. Sumpah dia takut sangat tadi. Takut tiada siapa yang menjumpainya. Takut jadi hantu air dalam rumahnya sendiri. Namun belum sempat Zara megucapkan terima kasihnya, Ameer Reza terlebih dahulu bersuara.
“Kau hutang nyawa dengan aku. Balasannya, you owe me a date. Be my girlfriend for one day and aku kira hutang ni langsai!”
Tegas kata-kata Ameer Reza sebelum meninggalkan Zara dan Jim di situ. Yusra yang kecewa dengan apa yang berlaku terus berlalu masuk ke dalam bilik.Dan Zainal yang menjadi saksi segala-galanya sudah mendapat jawapan yang diinginkan. Dialah pihak ketiga dalam hubungan tersebut.
Ibu bapa Zara dan Ameer?
Masing-masing diam seribu bahasa. Kecuali Tan Sri Yazid yang mengeluh perlahan. Rahsia hati anaknya nyata telah diketahui oleh semua orang.
Dan Ameer Reza? Dia mulai sedar dia masih belum bersedia kehilangan gadis itu.
Dan dia belum bersedia untuk mengalah.
Dia akan sahut cabaran Jim.
Dia akan buat Zara jatuh, jatuh dan terus jatuh cinta dengan dirinya.
Tunggulah.





Lelaki itu...Where stories live. Discover now