23 "Ya,Tan Sri.Saya pernah tidur dengan anak Tan Sri.Dua kali"

30K 636 68
                                    

Bab 23

"Ya,Tan Sri.Saya pernah tidur dengan anak Tan Sri.Dua kali"

Suasana hening seketika.Tan Sri berdiri tegak di tengah di apit oleh Yusra dan Puan Sri Zuliani di kiri dan kanan beliau.Nasib baiklah orang tua tersebut hanya mempunyai penyakit darah tinggi sahaja.Kalau ada penyakit jantung,memang sah arwah ketika itu juga!Itupun dirasakan tengkuknya tegang menandakan darahnya memang sedang mendidih-didih mengisyaratkan larva yang bakal meletus pada bila-bila masa sahaja.Eh,silap!Dah meletus dah pun kan.Tinggal nak telan semua manusia yang ada ini.Puan Sri mengusap perlahan tangan Tan Sri untuk menenangkan hati suaminya namun sia-sia sahaja apabila ditepis kasar dan dijeling tajam oleh suaminya sendiri.Puan Sri Zuliani terkedu sendiri.Tapi sekejap aje.Apabila matanya melihat dua manusia yang berada dalam kolam air pancut kesayangannya,kau orang boleh bayangkan muka Puan Sri Zuliani itu..Semua jenis riak muka ada.Marah.Terkesima.Geram.Sakit hati.Yelah,kolam kesayangan orang itu.Nasib baik tak ada kehidupan liar dalam itu macam kolam ikan yang terletak tidak jauh dari situ.Kalau tak,bukan Tan Sri,Puan Sri yang jadi hulk dekat situ.Kalau Puan Sri sendiri pun nak tenangkan Tan Sri tak jalan,inikan pula anaknya Yusra.Yusra lagi tak berani.Dia hanya memandang kaget terhadap Zara dan silih berganti ke arah Ameer Reza.Aduh.Apa dah jadi ini?Bala apa lagi ni adik oiii?Kau baru menyalakan suis kemarahan papa tau.Eee..suka sangat cari pasal,bebel Yusra di dalam hati.Dia memandang Ameer Reza yang bersahaja bangun perlahan-lahan daripada duduknya di dalam kolam kegemaran mamanya.Lelaki itu bangun sambil tersenyum lebar.Jelar terpancar riak ceria,tenang dan gembira daripada wajahnya.Tiada unsur-unsur takut mahupun cemas.

Hebat,fikir hati perempuan Yusra.Selalu ada sahaja yang gentar dengan papanya.Malah,pembantu peribadi papanya sendiri masih lagi takut-takut dengan papanya walaupun papanya sudah lama tidak masuk pejabat.Encik Yaakob tu pun ambil masa nak tahan dengan papa,bisik hati kecilnya.Papanya yang cukup terkenal dengan perangai panas barannya memang sentiasa menggerunkan lawan malah ahli keluarganya terutama mereka yang bernama perempuan yang tinggal sebumbung dengan Tan Sri.Yusra pun pelik bagaimana mamanya boleh bernikah dengan papanya yang bagaikan singa kelaparan saat ini.Nak kata romantik,Yusra pun tak nampak mana romantiknya walaupun diakui sendiri oleh mamanya.Ala,cinta itu buta Yusra.Tak payah nak pelik sangat.Menggerunkan.Kontra sangat dengan Pak Lah yang merupakan pemandu peribadi keluarga mereka yang sentiasa sabar dan penuh senyuman.Ini nasib baik dah tua.Kurang sikit panas barannya.Kalau dahulu,nauzubillah.Boleh terbalik bangle tiga tingkat ini.Ishh..Tan Sri,Tan Sri.Rasanya runtuh aje tak pernah bangle ini.

Tan Sri memerhatikan tajam Zara dan juga lelaki yang kini sudah berdiri di sebelah anak gadisnya silih berganti.Ketajaman matanya lebih tajam menikam Ameer Reza yang hanya tersenyum,langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan cemas.Tindakan Ameer Reza itu seolah-olah mencabar keegoaan Tan Sri sendiri dengan mengatakan 'Hai,aku tak takut dengan kau Tan Sri'.Ingin sahaja dia melayangkan tongkatnya ini ke bahagian belakang Ameer Reza apabila lelaki itu dengan selamba memaut bahu kanan Zara erat sehingga membawa tubuh Zara dekat dengannya sambil bersuara penuh yakin.Zara yang sedang panik terasa badannya kaku lantas membiarkan sahaja sambil matanya buntang memadang Ameer Reza.Hebat lelaki ini!Langsung tidak ada perasaan bersalah selepas apa yang dipertontonkan ke hadapan muka orang tua aku ini.Tak apa.Malam masih muda.Masih banyak lagi percaturan antara kita,hati Tan Sri berbisik jahat.

"Hai semua.Saya Ameer Reza Bin Razman.Kenalkan cinta hati saya,Zara Harnina Yazmin Binti Tan Sri Yazid.Nice to meet you,my father-in-law and mother-in-law to be."suara Ameer Reza kedengaran penuh yakin.Siapa pula yang nak kenalkan siapa ni Ameer oiii?Patutnya Zara bukan kau!!!Adui..Apa ini Zara?Belum apa-apa lagi,perancangan kau dah tunggang-langgang dah ini.Tak payah tanya Zara sebab dia sendiri pun dah ke laut.Mulut ternganga memandang tindakan Ameer Reza.Apa dah jadi ini?Kelam kabut sungguh keadaaan ini!Zara terasa mahu pengsan!!

Lelaki itu...Where stories live. Discover now