Bab 21
'Mana kau tahu nombor aku ini?'
"Ups.Im sorry on behalf of my s/u.Ada missed communication sedikit pagi ini.Actually I ada banyak meeting nak kena attend pagi ni.So,pagi tadi sebab I ada hal peribadi sikit,I ingat I tak sempat nak attend this important meeting.So,I ingat nak wakilkan my staffs.Eventually,I masuk kerja lambat and my COO yang handle meeting itu.So meeting habis cepat and I adalah peluang ke sini.God,such a long explanation.I hate giving explanations to people,"Dua ayat terakhirnya disebut perlahan seolah-olah berkata kepada dirinya sendiri.Zara menjelaskan perkara sebenar sambil memandang Imran yang sedang tercegat berdiri memandangnya.Sempat dikerling kepada Ameer Reza apabila menyebut perkataan 'hal peribadi' kerana sudah tentu lelaki itu lebih daripada tahu tentang kelam-kabut yang terjadi dalam hidupnya pagi tadi.Yelah,saksi kan.
"Itulah.Saya nak cakap tadi.Saya sebenarnya nak cakap yang saya dari firm saya dan Cik Yazmin dari Menara Kuasa.Itu yang saya sampai terlebih dahulu.Cik Yazmin menyusul kemudian sebab ada meeting lain,"sempat Razif menyampuk untuk menerangkan hal sebenar kepada pihak Alam Bina sambil bangun untuk memberi kerusi yang didudukinya di sebelah kiri Imran kepada Zara yang lebih berhak duduk di kerusi berkenaan supaya lebih menyenangkan sesi perbincangan mereka.Dahlah susah nak jumpa.Sekali jumpa,mesti banyak yang harus dibincangkan.
Ameer Reza bersikap antara dengar tak dengar sahaja.Dia tiada mood untuk mendengar penjelasan mahupun perbualan kosong mereka yang langsung tidak mendatangkan sebarang faedah kepada mereka.Baginya,ada atau tiadanya Zara di situ tidak membawa sebarang kebaikan kepadanya.Melihat Zara berdiri di situ langsung tidak membawa sebarang kejutan kepada dirinya.Hanya kemarahan.Hanya dia yang tahu apa sebenarnya yang berlaku pada pagi itu.Namun,dia malas mahu mengenang cerita pagi tadi yang menyakitkan hati.
Imran terkedu seketika mendengar penjelasan panjang lebar daripada gadis itu ditambah dengan apa yang baru sahaja ditambah oleh Razif.Itulah,tanya lagi.Kan jawapannya dah panjang melebar.Tapi sebab Zara cantik punya pasal,sibuk pula Imran memerhatikan wajah Zara yang tadi sedang petah berbicara.Bagaikan bernyanyi pula Zara ni di situ lagaknya.Namun,apabila Zara selesai bersuara,cepat-cepat dihulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Zara.
"It's okey..It's okey.Biasalah.Kita manusia biasa.Banyak urusan lain kan.By the way,I'm Imran,CEO Alam Bina.Nice to meet you,"Imran cuba bersuara sebagai seorang lelaki budiman sebaik mungkin.Sebagai seorang lelaki normal,sudah tentu dia tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan seorang gadis menawan.Padan muka bos!Terlepas peluang dengan gadis ini,sempat dia bermonolog sendirian.Tak ada maknyanya.Bos kau tu lagi kenal siapa dia Zara Harnina Yazmin ini.
Huluran tangan Imran disambut dengan kejap oleh Zara sambil tersenyum tipis sebelum menyambung percakapannya,"Yazmin.And sorry gentlemen for my routine wardrobe malfunction but I think I'm fashionably late today.Sorry again for the blackish style but I real had a rough morning,"Zara melepaskan tangan Imran yang digenggam dan menunjukkan ke arah pakaiannya yang serba hitam daripada hujung kepala ke hujung kaki.
Dia tahu pemakaiannya tidak sesuai tetapi Kak Risya telah menjadikan hari ini lebih malang dengan mengatakan bahawa suit dan baju yang sering disimpan di pejabatnya itu telah digunakan beberapa bulan lepas masih di dobi tidak berambil.Apa lagi..Semakin mengamuklah Zara.Mana mungkin bajunya ditinggalkan begitu lama di dobi dengan alasan terlupa untuk diambil?Memang menggelupur Risya terkena das-das tembakan daripada Zara pagi ini.Itupun nasib baik dalam meeting tadi, dia tidak fokus sangat kerana ada perkara lain yang mengganggu fikirannya.Kalau tak,staf yang lain pun pasti terkena tempias kemarahannya juga.Memang moodnya mood naga hari ini.Nasib baik tak ada machine gun.Kalau tak,memang habis semuanya berlumuran darah.
"It's okey.You nampak..err..hot,"Imran sedikit malu-malu sambil tertunduk mengusap belakang tengkuknya.Bulat mata Ameer Reza yang memerhatikan.Aduh!!Baru jumpa perempuan sikit,dah mengenyam macam ini.Siap malu-malu kucing pula itu.Amboiii..sempat mengatal kau ya.Siap kau lepas ini.Biar aku yang menggatal dengan kau,Imran!Lain aku suruh,lain kau buat.Macam ini ke nak jadi CEO?Hampeh betul!Geram je aku dengan kau ni!!Sesuka hati nak panggil dia hot?Panas?Dia bukan barang tahu nak panggil hot.Dia perempuan.Cakap cantik sudahlah!Bahasa Melayu fail!
YOU ARE READING
Lelaki itu...
RomanceLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...