Bab 36
"I am sorry"
Zara terkesima apabila melihat Datin Ruhaina dan Dato' Razman merenung mereka berdua di hadapan pintu bilik Ameer Reza sebaik sahaja Ameer Reza membuka pintu bilik.. Dia orang dengar ke tadi?Zara menelan air liur. Mak oii. Ini bahana apa pula yang datang ini. Zara kaget. Kedua orang tua Ameer Reza merenung Zara dan Ameer Reza silih berganti. Cuba mencari logik yang sedang berlaku serta menanti salah seorang daripada mereka membuka mulut. Tiba-tiba seorang lelaki tua bert-shirt putih dan berkain pelikat dan berkopiah datang menghampiri mereka. Lelaki tua itu pun pelik dengan kehadiran Zara. Dia bertambah pelik dengan situasi hening yang berlaku.
"Err..maaf mengganggu. Dato', Samad bagi tahu yang dia ada jumpa bukti-bukti yang menunjukkan rumah kita diceroboh masuk," tenang kata-kata lelaki tua itu.
"Apa, Din...diceroboh?," Datin Ruhaina menyahut. Jelas nada terkejut dan takut bercampur dalam nada wanita berumur itu.
"Tak payah takut mak, Pak Din. Penyangak itu ada dekat sebelah Meer ini. Zara, pandai-pandailah kau explain dekat mak bapak aku. Aku nak turun, tengok bola," Ameer Reza melambai malas sebelum berlalu meninggalkan Zara yang terpinga-pinga dengan apa yang terjadi. Pak Din yang turut teragak-agak mengikut sahaja jejak langkah Ameer Reza meninggalkan lokasi kejadian.
"Ameer. Ameer. Janganlah tinggalkan aku, " panggil Zara, tanpa segan silu. Namun tidak dipedulikan Ameer Reza. Zara memandang semula ke arah dua orang tua yang berada di hadapannya. Mak oi. Macam kena diciplinary action. Mabuk aku kalau macam ini!
"Err...Zara," panggil Ameer Reza sekali lagi membuatkan Zara menoleh kepada lelaki itu yang sudahpun turun beberapa anak tangga.
"Good morning," Ameer Reza tersenyum sinis sebelum meneruskan perjalanannya. Muka Zara bertambah pucat. Kurang asam. Zara tahu dalam erti kata lain, lelaki itu menyampaikan ayat 'PADAN MUKA'. Tak guna punya lelaki.Kau boleh tinggalkan aku seorang-seorang untuk kawal situasi ini. Ameer Reza!!Kau ini memang dasar manusia yang tidak bertimbang rasa! Zara kembali melihat dua orang tua yang berada di hadapannya. Zara dapat merasakan denyutan jantungnya yang berdegup kencang. Ya Allah, tolonglah heart attack ke pengsan ke black out ke supaya aku boleh lari dari situasi kena penggal kepala ini.
"Aduh, macam mana nak explain ni," Zara bermonolog kepada dirinya sendiri namun cukup kuat untuk didengari oleh semua pihak yang berada di situ.
"Explainlah," lembut sahaja intonasi Dato' Razman. Nampak jauh perbezaan watak dirinya dan anak lelakinya.
"Em..errr....Wo! Wo.Okay. Let me explain. Sebelum auntie dan uncle buat assumption yang bukan-bukan tentang saya. Cakap saya nak merogol anak teruna auntie dan uncle ke, nak curi barang dalam rumah ke,sila keluarkan tanggapan itu dari kepala otak. Sebab,saya Zara bukan orang macam itu. Saya kawan Ameer Reza. Adik Yusra dan bakal adik ipar Ameer Reza.Kita bakal jadi family tak lama lagi.Saya juga orang yang pecah masuk rumah Auntie. Saya panjat naik ikut balkoni tapi niat saya bukan untuk merompak. Saya hanya nak dapatkan tanda tangan Ameer Reza untuk dokumen saya. Saya terdesak uncle," Zara cuba meraih simpati mereka dengan muka kesiannya.
"Okay. Pecah masuk? Interesting.Terdesak? Dokumen apa?," soal Dato' Razman lagi.
"Saya nak betunang esok tapi saya tak boleh bertunang sebab ada agreement antara Menara Kuasa dan Bina Group. Please auntie, uncle. Tolonglah jangan fikir bukan-bukan. Saya minta maaf sangat sebab mencuri masuk rumah Ini. Tapi saya betul-betul tak ada pilihan. Ameer Reza takkan nak jumpa saya. Dia betul-betul tak nak sign agreement ini," Zara merayu dan mengangkat tangannya memohon ampun dan meminta simpati.
YOU ARE READING
Lelaki itu...
RomanceLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...