33 "It hurts like hell..."

26.3K 846 512
                                    

Bab 33

"It hurts like hell..."

2 jam sebelum waktu kejadian

"Betul ke ini rumah Imran? Besar betul ,Nal," Zara menutup perlahan pintu kereta Zainal sambil memandang ke arah rumah banglo tiga tingkat yang tersergam indah di hadapannya. Zainal mencapai songkok yang dibawa bersama di tempat duduk belakang dan disarungkan di kepalanya.

"Aah. Inilah rumahnya. I pun pelik sebab last minute dia call I petang tadi beritahu. Nasib baik tak ada business dinner malam ini. I think last minute planning juga sebab dia tak inform I melalui you," Zainal mengunci pintu kereta dan turut memandang keadaan rumah besar itu yang disirami limpahan cahaya lampu yang terang-benderang menandakan bahawa terdapat majlis istimewa yang sedang berlangsung di dalam rumah tersebut. Pertama kali Zara tiba di rumah agam Alam Bina Group. Memang besar. Bagaikan istana. Malah lebih besar daripada rumahnya. Sebagai seorang yang pandai mereka, dia ternyata kagum dengan seni bina rumah tersebut. Ini belum tengok lagi hiasan dalamannya.

"Yup. Nasib baik kebetulan I pakai baju kurung hari ini. Dahlah dekat office itu kerja berlambak. Kalau ikutkan hati I ni, malas nak ikut. Tapi sebab yout tazkirah I cakap berdosa tak pergi kalau orang dah jemput, so I ikut ajelah. Lagipun dia kenduri doa selamat dengan bacaan Yasin kan. Elok juga tu malam-malam jumaat ini. Tambah pahala I yang tak berapa nak banyak ini. Asyik buat dosa aje kan." Zara membetulkan sedikit tudung bawalnya yang berwarna krim yang dirasakan senget sebelah. Dan perbuatannya berjaya mencuri perhatian Zainal yang sedari tadi leka memerhatikan dirinya.

"Kenapa you pandang I macam tu? Baju I terkoyak ke?," soal Zara sambil berjalan meninggalkan Zainal. Mereka mula melangkah menuju ke rumah besar tersebut. Zara kebetulan sedondon dengan Zainal yang juga memakai baju kemeja kerja berwarna hijau lembut. Zara mengenakan sepasang baju kurung biasa dengan base putih disertakan dengan daun-daun dan bunga kecil berwarna hijau. Ditambah pula dengan kasut tinggi yang dikenakan pada hari ni, tampak dia berdiri sedondon dengan Zainal.

"Tak. Just, you nampak luar biasa manis hari ini. Sumpah..manis. Just bibir aje cacat sikit" puji Zainal ikhlas sambil tersenyum. Namun, pujian tersebut hanya dibalas dengan gelengan kepala oleh Zara. Siapa tak kenal Zainal. Seorang lelaki yang memang murah dengan senyuman. Satu hari, berpuluh-puluh orang dipujinya. Kucing montel kat kedai bawah bangunan itu pun dipujinya comel walaupun ekor kucing itu kontot pada pandangan Zara.

Sempat mata Zara menangkap deretan kereta-kereta mewah yang terletak kemas di sepanjang jalan. Itu belum lagi yang di dalam kawasan rumah lagi. Fuh.. Majlis kenduri-kendara aje pun. Bukan majlis kahwin kan? Ish,merepek kau Zara. Ini Alam Bina Group, bukan syarikat kecil macam Kuasa Arkitek itu. Takkan buat majlis doa selamat panggil sepuluh orang aje. Dah nama pun orang kenamaan, takkanlah buat kecil-kecilan. Perancangan saat-akhir pun meletup! Zara memerhatikan sahaja kereta yang tersadai dalam kawasan rumah tersebut. Di sebelah kiri halaman rumah, terdapat deretan kereta mewah seperti Ferrari, Mustang, BMW, Mercedes, Range Rover dan juga Bentley. Namun, yang paling menarik perhatian Zara ialah Lamborghini keluaran terbaru yang terpakir kemas berwarna merah hitam. Cantik,puji hati kecilnya. Kalau dapat dipandu, memang tak lepas stereng!!!

Dalam dia bermonolog, matanya sempat menangkap motor besar berkuasa tinggi yang biasa dilihat, terpakir kemas di satu sudut di halaman rumah. Eh,macam motor Ameer Reza. Tapi apa yang hendak dihairankan. Kalau dah nama majlis Imran, jadi pelik kalau tak jumpa si mangkuk itu. Sayup-sayup kedengaran suara orang ramai mengalunkan surah Yasin. Zainal menoleh ke arah jam tangannya. Tepat jam 8.40 malam. Katanya selepas Isyak Memang patutlah dah start pun.

"Eh, cepat sikit. Dah start dah pun," gesa Zainal lantas berjalan mendahului Zara.

Zara melangkah masuk bergandingan bersama Zainal lantas memilih untuk duduk di satu sudut di belakang sekumpulan wanita berumur dalam lingkungan 40 an. Mereka berpecah di situ. Zainal menuju ke arah kawasan berdekatan dengan Pak Imam. Ha, eloklah itu. Takkan Zainal nak duduk sebelah makcik janda itu pula. Mahu tak tidur malam mak cik itu. Hahaha! Kebanyakan mata-mata wanita di situ memerhatikan Zara. Zara yang sudah kepenatan bekerja hanya mampu tersenyum separa ikhlas. Itu nasib baik tengah penat. Kalau tak penat mahu dijelingnya sahaja. Kelihatan Zainal yang bersalaman dengan beberapa orang lelaki yang menghulurkan tangan. Zara pula terpaksa menyambut huluran tangan beberapa orang wanita yang ingin bersalaman dengannya. Orang berbudi,kita berbahasalah ya tak? Nak tak nak sahaja disambutnya. Malas.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now