25 "Aku tak tahu pun kau ada tahi lalat kecil atas dada kiri kau.So cute"

27.2K 561 47
                                    

BAB 25

"Aku tak tahu pun kau ada tahi lalat kecil atas dada kiri kau.So cute"

Zainal melangkah masuk ke pejabat seperti biasa.Pakaiannya kemas namun bukan seperti kepalanya yang bagaikan sawang labah-labah.Uish,dasyat sangat bunyinya itu.Sejak menerima panggilan telefon daripada Tan Sri Yazid lewat malam semalam sebelum tidur,terus dirasakan tidur malamnya tidak lena.Kata-kata Tan Sri yang panjang lebar serta terperinci sentiasa berlegar-legar dalam ruang kepalanya.Banyak persoalan yang timbul dan sudah hampir seratus panggilan telefon yang dilakukan terhadap Zara untuk menuntut penjelasan.Namun,satu pun tidak berjawab.Hampeh betul!Dia perlukan penjelasan dan hanya Zara yang boleh menjelaskan apa yang diperkatakan Tan Sri Yazid secara terperinci.Namun lain pula kerenah si Zara yang enggan menerima panggilan telefonnya.Walhal,sebenarnya dia sedia maklum dengan perangai Zara yang suka menyendiri jika kepalanya sedang dilanda ribut taufan.Tapi sengaja dia berterusan mengganggu gadis itu sepanjang malam kerana dia benar-benar keliru dengan apa yang sedang berlaku dalam keluarga sepupunya itu.Namun,dia pasti Zara pasti akan membalas panggilan telefonnya apabila gadis itu sudah mempunyai segala jawapan yang dikehendakinya.Tapi,sakit sikitlah nak menunggu dapat bersemuka dengan Zara.

Zainal melangkah masuk ke pintu utama Menara Kuasa dengan perlahan.Kata-kata Tan Sri tergiang-giang di telinganya.Eh,Zainal ni.Nanti ada yang masuk longkang pula sebab asyik berangan sahaja.

"Mulai esok,Yazmin digugurkan daripada senarai lembaga pengarah dan jawatan CEO akan disandang oleh kau buat sementara waktu.Pada mulanya,uncle ingat Uncle nak kekalkan jawatan Min namun jika sudah tiada saham,rasanya tak layak pula Min duduk di kerusi itu.Uncle percayakan Nal untuk mentadbir Menara Kuasa dan Kuasa Arkitek sementara waktu"tegas suara Tan Sri Yazid.

"Hah?Kenapa tiba-tiba ini uncle?Eh tapi uncle, Yazmin macam mana?"

"Yazmin hanya pegawai biasa dalam syarikatlah.Terpulang pada Nal nak bagi jawatan apa.Dah turun pangkatkan.Kenapa?Kau nak bagi jawatan tea lady dekat anak aku ke?Pun bolehlah Zainal.Asalkan ada jawatan,"santai pula kedengaran suara Tan Sri.Eh orang tua ini.Kita serius,dia boleh bergurau pula.Zainal pula yang pening kepala sendiri.
Aku apa tahu?Akauntan nak mentadbir syarikat besar macam ini?Rasanya memang Min lebih berpengalaman daripada dirinya,bisik hati kecilnya.Tapi apa dah jadi ini?

Itu belum masuk bab Tan Sri suruh pikat anak ketiganya itu dan menyuruh orang tuanya masuk meminang secepat mungkin!Eh..eh!Apa semua ini?Nonsense tahu!Apa dah jadi sebenarnya?Mahu terkena serangan jantung Zainal semasa menerima arahan Tan Sri tersebut.Tak pernah-pernah Tan Sri menunjukkan minat terhadap aku lagi-lagi nak beri aku peluang untuk menjadi menantu dalam rumah besarnya itu.Walaupun rasanya Tan Sri Yazid tahu akan perasaannya yang memang sukakan Yazmin sejak kecil lagi.Dia memang menunjukkan minatnya terhadap Yazmin terang-terangan.Rasanya Tan Sri dapat menyingkap isi hatinya.Namun,yang peliknya tuan punya badan yang buat tak tahu.Hai Zainal,itu tanda kau direject awal-awallah itu.Buat buat tak faham pula.

Lamunan Zainal masih lagi berterusan.Kenapa dia disuruh memikat dan meminang Zara secara tiba-tiba?Kenapa Zara diturunkan pangkat?Kenapa dia pula yang diberi kuasa mentadbir Menara Kuasa dan Kuasa Arkitek sedangkan Zara jauh lebih bijak dan berkelayakan daripadanya.Logik akallah kalau akauntan sepertinya tidak reti mentadbir sebuah syarikat gergasi.Kalau Zara yang hebat itu turun kuasa,rasanya tiada masalah untuk Zara mengambil alih kerja-kerja bawahan yang jauh lebih mudah.

"Selamat pagi,Encik Zainal,"ucap Kak Risya,PA merangkap setiausaha Zara yang kebetulan baru keluar daripada kawasan pantry sambil membawa dua mug berisi air milo.Milik siapakah milo ini?Nampak sedap pula itu dengan kesan khas asap-asap yang berterbangan keluar daripada dua mug yang tertulis perkataan Nescafe itu.

Tersentaklah Zainal yang sedang leka mengelamun, "Eh,Kak Risya.Terkejut saya.Selamat pagi."

Kak Risya geli hati sambil menggelengkan kepala perlahan,"Encik Zainal mengelamunlah itu.Belum kahwin ni orang kata kalau mengelamun ni sama ada masalah perempuan atau masalah kewangan.Yang mana satu Encik Zainal oii?,"seloroh Kak Risya dengan kedua belah tangan yang masih lagi memegang mug berisi milo itu.Eh,ada juga yang tumpah nanti air milo tu Risya oii.Apa kata letak dahulu ke atas meja?Kot ya pun nak berbual,jangan sampai membazir pula milo tu!

Lelaki itu...Where stories live. Discover now