Bab 14
"Nampak macam A tapi C rupanya."
"Eh,ada pencuri ke?Aku tutup semua suis sebelum aku keluar petang tadi,"Zara berkata perlahan cuba mengingati jika dia terlupa untuk menutup TVnya.Tapi macam mana pula nak terlupa kalau memang TV itu memang tidak pernah dihidupkan tengah hari tadi.Mana tidaknya jika dia sibuk membersihkan diri,makan serta bersiap untuk ke pejabat.Zara pantas sahaja mencapai kayu hoki yang baru dibelinya seminggu lepas untuk keselamatan diri lalu diletakkan berdekatan dengan rak kasutnya.Sekarang ni banyak kes pecah rumah.Walaupun sistem keselamatan Apartmen Paysage boleh dikatakan canggih dan dijamin,langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil.Keselamatankan tanggungjawab bersama.Dia melangkah perlahan-lahan ke arah ruang tamunya.Kelihatan seorang lelaki sedang duduk membelakangkannya di atas sofa sambil meratah maggie cawan berperisa karinya yang mungkin diambil daripada kabinet di dapur.Hebat betul!Tak ada perasaan malu atau takutkah pencuri ini?Dahlah masuk rumah aku,kebas maggie aku pula tu!Ee..dasar miskin betul!
Zara terus melangkah berani dan berdiri betul-betul belakang sofa di mana lelaki itu sedang duduk.Zara terus meninjau dengan menyuakan mukanya di sebelah lelaki itu namun kehadapan sedikit untuk melihat wajah pencuri itu.Lelaki itu memalingkan wajah ke arahnya sambil terkebil-kebil memandangnya.Mulut lelaki itu selamba sahaja menghirup sup maggie yang sedang diratahnya.
"Kau dah balik,"kata Ameer Reza sekadar berbasa basi sambil matanya kembali tertacap ke arah skrin TV plasma rumah gadis itu.Zara mencampakkan kayu hoki ke lantai apabila melihat wajah lelaki itu.Perasaannya bercampur baur.Lega kerana bukan pencuri seperti yang disangkakan dan geram kerana lelaki itu membuat rumahnya seperti motel,boleh keluar dan masuk sesuka hati.Semakin panjang muncungnya.Kehadiran lelaki itu benar-benar merupakan perkara terakhir yang diinginkan.Malu tentang insiden semalam masing belum hilang.Di tambah dengan masalah yang melanda diri,dia tidak ingin kehadiran lelaki itu membuatkannya bertukar jadi singa ganas sekali lagi.Namun begitu,lelaki itu bukan ancaman kepadanya dan dia pula sudah terlalu serabut untuk mencari gaduh dengan lelaki itu.Malas nak layan!Terus sahaja dicampakkan beg tangannya ke lantai dan berbaring di atas sofa tidak jauh daripada Ameer Reza.Tangannya pantas sahaja menanggalkan tudungnya dan ais yang masih berada di tangan kirinya dituamkan ke pipi kirinya yang dirasakan sudah membengkak.Zara memejamkan matanya,cuba untuk merehatkan diri.Dianggap sahaja lelaki itu tiada di situ.Untuk bercakap dengan lelaki itu juga,dia berasa malas yang teramat sangat.Kepalanya dibaringkan selesa di atas bahu sofa empuknya yang berwarna putih.
Ameer Reza memerhatikan sahaja perbuatan gadis itu yang kelihatan tidak kisah langsung dengan kehadirannya.Ameer Reza semakin pelik melihat tangan gadis itu yang sibuk menuam pipi kirinya yang kelihatan bengkak.Namun dia diam sahaja memerhati.Apabila dirasakan mata Zara melekat pada dirinya,dihalakan pandangan ke arah televisyen namun apabila gadis itu memejamkan mata,sibuk pula dia memerhati.Bagaikan main tarik tali dia orang ni!Ish,kalau nak tengok,tengok betul-betullah!
"Kau buat apa dalam rumah aku?,"kata Zara perlahan memecah kesunyian di antara mereka sambil membuka mata kirinya dan menoleh ke arah lelaki itu yang sedang sibuk memandang dirinya.Tertangkap juga lelaki itu apabila mata mereka bertembung.Lelaki itu hanya berpakaian santai dengan tshirt duduk rumahnya berwarna kelabu yang tertulis di atasnya Bad Boy dan seluar hitam paras lutut.
Belum sempat Ameer Reza menjawab,Zara sekali lagi menyerang Ameer Reza dengan soalan-soalannya , "Macam mana kau masuk rumah aku?Mana kau tahu password rumah aku?Mana kau ambil maggie aku?Bila kau masuk?Kau ni suka buat aku pening kepalalah.Janganlah kau buat rumah aku ni macam hotel,Ameer"
Ameer Reza menghirup kuah terakhir maggienya sebelum meletakkan cawan tersebut di atas meja.Dia langsung tidak ambil peduli akan kata-kata Zara yang menunjukkan tindakannya yang tidak berapa disukai gadis itu.Dia mengambil sesuatu yang diletakkan bersandar di tepi sofa lalu dicampakkan ke arah Zara.Zara tidak sempat menyambut menyebabkan bungkusan itu jatuh betul-betul di atas mukanya. Terlepas bungkusan ais di dalam genggaman tangannya lalu jatuh ke lantai.Zara mencapai bungkusan itu lalu merenung pelik bungkusan plastik jernih yang jelas menunjukkan baju kerjanya yang tertinggal di rumah lelaki itu beserta dengan baju dalam dan seluar dalamnya.Niatnya yang dari tadi mahu menjerit terbantut.Sebaliknya,direnung wajah Ameer Reza memohon penjelasan.
YOU ARE READING
Lelaki itu...
Roman d'amourLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...