38
Ya sayang
Satu jam sebelum waktu pertunangan.
Lokasi: CDY
"Ada apa kau nak jumpa aku ini?," soal Tan Sri Yazid sambil berdehem kecil. Langkah kaki tuanya perlahan berjalan menghampiri kerusi kerjanya. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di situ. Ameer Reza yang sedari tadi menurut sahaja langkah lelaki tua di hadapannya perlahan-lahan tunduk melutut di hadapan Tan Sri Yazid.
Tan Sri Yazid terkejut. Namun, dia mengawal riak mukanya. Sebagai seorang lelaki, Tan Sri Yazid tahu bukan senang untuk seorang lelaki melutut di hadapan lelaki lain. Dan dia sendiri tertanya-tanya apakah yang telah berlaku sehingga seorang anak muda hebat berlutut di hadapannya.
Dan bagi Ameer Reza pula, ini usaha terakhirnya untuk mencuba untuk mendapatkan gadis kesayangannya.
"Tan Sri, saya minta jasa baik Tan Sri untuk hentikan pertunangan ini. Please Tan Sri," sebak suara Ameer Reza. Wajah hibanya dipalingkan ke arah Tan Sri. Tanganya diangkat, memohon simpati Tan Sri untuk menghentikan majlis tersebut.
"Cerita bodoh apa yang kau bawa kepada aku ini, Ameer?," soal Tan Sri Yazid, tenang.
Ameer Reza merayu sambil menyentuh lutut lelaki tua itu, " Tan Sri. Demi Allah, saya benar-benar cintakan anak perempuan Tan Sri"
"Aku tahu kau suka pada Yusra," balas Tan Sri sambil memandang jauh ke hadapan.
"No !Not Yusra tapi Zara. Zara Harnina Yazmin yang bakal bertunang sekejap lagi"
Tan Sri menarik nafas dalam. Sesuatu yang sudah dia jangkakan sejak awal lagi. Salah seorang daripada mereka berdua pastinya bakal jatuh cinta dengan seorang yang lain.
"Jangan benarkan Zara bertunang dengan Zainal.Please Tan Sri. Saya sanggup buat apa sahaja demi Zara,"lirih suara Ameer Reza, cuba untuk meraih simpati Tan Sri Yazid.
"Walaupun itu bakal menghancurkan hati Yusra?," soalan Tan Sri Yazid membuatkan Ameer Reza terdiam lama. Cuba untuk menyusun kata-kata.
Ameer Reza menarik nafas dalam-dalam, " Saya tahu kata-kata saya bakal menyakitkan hati Tan Sri tapi pilihan saya tetap Zara. Sedikit pun tak pernah beralih kepada Yusra. Saya kenal Zara dahulu. Tak mungkin sesenang hati itu saya beralih arah. Saya akui Yusra seorang perempuan yang mempunyai keunikan yang tersendiri namun dengan Yusra, saya tak rasa apa yang saya rasa dengan Zara.Lain. Please faham saya Tan Sri," rayu Ameer Reza.
"Kau sedarkan kau sedang memujuk aku untuk melukakan hati anak aku sendiri? Dan macam mana dengan Min?,"
"Maksud Tan Sri?," Ameer Reza tidak mengerti dengan kenyataan Tan Sri Yazid.
"She wants this as requested by her own. I cannot deny what my daughter wants Ameer. Dia yang minta pertunangan ini. Sebagai seorang bapa, aku hanya menunaikan permintaan dia. Tak mungkin aku nak berpaling tadah. Zara anak aku. Tak mungkin aku membatalkan pertunangan ini. Melainkan dia sendiri yang memintanya. Aku tak mahu dipersalahkan dikemudian hari. Unless she says it by her own mouth, I can't take any action on my own. My daughter comes first. Itu prinsip aku,"panjang lebar ulasan Tan Sri Yazid membuatkan Ameer Reza tercengang.
"Tapi dia cintakan sa.."
Pantas Tan Sri Yazid memotong, "How sure are you?,"
Ameer Reza terdiam.
"Kalau dia cintakan kau dan memilih kau, dia tak buat macam ini kan?," duga Tan Sri Yazid.
Ameer Reza mengeluh.Semuanya kerana Yusra. Zara lebih memilih sahamnya dan juga hubungan kekeluargaan berbanding dirinya. Ya, dia bukan keutamaan dalam kehidupan Zara.
YOU ARE READING
Lelaki itu...
RomanceLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...