11"Aku nak pinjam Ameer Reza sekejap."

23.4K 681 22
                                    

Bab 11

"Aku nak pinjam Ameer Reza sekejap."

Suasana di dalam kereta BMW 5 Series 523i berwarna putih milik Zara sunyi sepi.Zara duduk di kerusi pemandu dan lelaki yang baru sahaja ditemui selepas hampir lima tahun menyepi daripada hidupnya duduk di kerusi penumpang di sebelah kirinya.Zara hanya memandang ke hadapan di mana terletaknya pintu utama hotel melihat kereta lalu lalang serta berhenti untuk menurunkan penumpang.Zara tidak langsung mengutarakan sebarang perkataan mahupun ucapan hai kepada Muiz walaupun setelah lebih sepuluh minit mereka masuk ke dalam kereta.Sebaik sahaja mereka bertemu tadi,terus sahaja dia menarik tangan Muiz untuk mengajak lelaki itu berbicara di dalam kereta.Zara kalau boleh tidak mahu bertemu dengan lelaki itu selepas kejadian lima tahun yang lepas masih menghantui dirinya.Dia tidak mahu luka lamanya berdarah dengan hanya melihat lelaki itu.Luka lama yang masih sukar untuk sembuh.Luka lama yang membuatkan dia benci dengan spesis bernama lelaki.Dia tahu lambat laun dia pasti bertemu lelaki itu memandangkan epal yang diterima pagi tadi di pejabatnya merupakan tanda pemberian agung lelaki itu sejak dahulu lagi memandangkan Muiz tahu Zara memang menyukai epal dan tiada siapa yang mengetahui hal berkenaan kalau bukan Muiz yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya Cuma Zara tidak menjangkakan secepat ini pertemuan mereka

Zara memejamkan matanya seketika.Ameer Reza yang sebentar tadi menolongnya terbayang di ruang ingatannya.Lelaki itu telah diminta untuk meninggalkan dirinya dan Muiz sendirian.Ameer Reza menurut tanpa banyak soal,mungkin menyedari situasi yang berlaku.Dalam diam,Zara terpaksa mengakui lelaki itu telah menyelamatkan dirinya untuk kali ke berapa.Memang Zara rasa cukup terhutang budi namun Zara tidak sempat mengucapkan terima kasih.Entah mana lelaki itu,dia pun tidak tahu.Mungkin masih di majlis makan malam tersebut. Namun hal itu tidak sepenting situasi yang sedang dihadapinya ini.Isu hidupnya yang tidak pernah selesai sejak dahulu.

"Just shoot anything you wanna say,Muiz,"Zara berkata perlahan sambil membuka matanya semula,lebih bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu.Lima tahun lamanya dia mengumpul kekuatan untuk menghadapi situasi ini dan dia tidak mahu lari daripada masalah yang pada pendapatnya telah lama selesai pada hari dia menangkap lelaki itu tidur dengan perempuan lain.Mungkin bagi dirinya isu itu sudah lama selesai tetapi untuk memahamkan Muiz,sungguh payah sekali.Muiz seolah-olah pekak dan tidak faham dengan situasi yang berlaku.Zara masih ingat Muiz masih lagi tercari-cari dirinya walaupun ketika dia sudah bertukar universiti ketika di Amerika dahulu.

Muiz menghembuskan nafas berat, "Akhirnya I jumpa you Min.Selepas lima tahun.."

"Just shoot!Jangan meleweh-leweh cerita you.I malas nak dengar.Semua itu cerita lama,"bentak Zara sambil mengepal penumbuk,geram.Nak buat drama di sini tatkala hatinya tengah panas.Memang tak.Kemarahan kerana insiden yang lepas masih bersisa.Jangan dijolok sarang tebuan,Muiz.

Muiz terdiam.Dia memandang Zara dengan pandangan sayu,"I miss you Min.I do.Really do."

Zara ketawa sinis, "Rindu?Sayang?Semua tu kisah lama Muiz.Kalau you tahu makna sebenar perkataan-perkataan itu,you takkan tidur dengan perempuan lain.You takkan belikan I cincin dari pasar malam.Dan you takkan tipu I dengan mengatakan yang you anak orang kaya.Dan you takkan terima duit papa I.Ups..lupa nak bagi tahu.Yang last tu paling menyakitkan hati I."

Satu-persatu peristiwa yang berlaku dalam kisah cinta mereka terlayar di ruang matanya.Saat mereka berkenalan.Saat mereka jatuh cinta ketika menunutut di Amerika Syarikat.Saat mereka belajar bersama-sama di perpustakaan di New York.Saat mereka berdating hampir setiap petang.Saat lelaki itu melamarnya untuk menjadi kekasih hati.Saat itu semua indah belaka pada pandangan matanya.Zara cuba menahan air matanya daripada tumpah di hadapan lelaki itu.Dia sudah puas menangis menangisi nasib diri yang sentiasa malang.Malang dari segi keluarga dan kini percintaan pula.Dia sudah berjanji dengan dirinya tiada air mata lagi untuk lelaki bernama Muiz.Walaupun kenangan pahit yang menjadi titik hitam dalam hidupnya sering bermain di otaknya secara terperinci.Sering datang saat dia bersendirian.Mengingati bagaimana hubungan mereka yang sering sahaja tenang tanpa badai menjadi karam sekelip mata apabila dia menangkap lelaki itu tidur dengan teman sekelasnya,Koko di apartment lelaki itu.Hari keramat itu juga menyebabkan dia mengetahui rahsia lelaki itu bahawa Muiz bukanlah anak orang berada seperti yang dipamerkan dan diceritakan.Walaupun pada hakikatnya dia tidak kisah langsung lelaki itu bukan anak orang berada sekalipun namun apabila lelaki itu menipunya,dia tidak boleh menerima.Dia sangat pantang apabila dirinya ditipu.Tambahan pula,lelaki itu menerima sejumlah wang daripada papanya untuk menjaganya di luar negara.Bayangkan orang yang paling disayangi menerima sejumlah wang yang besar daripad papanya untuk menjaga dirinya di perantauan.Sungguh hina dirasakan dirinya.Bagaikan anak kecil yang masih bertatih.Dan MUiz anak patung papa yang paling sempurna.Tanpa menunjukkan belang,Muiz menjalankan tugas dengan dedikasi.Memastikan semuanya cukup untuk seorang yang bernama Zara.Semua itu diketahui secara tidak sengaja apabila Zara membantu Muiz menguruskan hal kewangan lelaki itu pada hari yang sama dia menangkap Muiz dan Koko.Muiz meminta tolongnya kerana Muiz mempunyai kerja kursus di luar kawasan kampus.Bukan sedikit jumlah yang Muiz terima.RM100,000!Terus dari bank papanya di Malaysia ke akaun lelaki itu.Begitukah nilai dirinya di mata lelaki yang mendapat cinta pertamanya.Sungguh dia terhina.Kerana hal seratus ribu itulah,dia bergegas mencari Muiz dan akhirnya Muiz tertangkap tanpa seurat benang!

Lelaki itu...Where stories live. Discover now