29 '3-2'

32.3K 754 286
                                    

Bab 29

'3-2'

Pendingin hawa memuntahkan angin dingin,menjalankan tugas seharian menyejukkan penghuni yang sedang lena dengan khusyuknya di dalam bilik utama kediaman itu.Suasana sunyi seperti selalu mengiringi tidur Zara bertemankan lampu tidur berbentuk bunga ros yang menyala kelam di kiri katilnya.Dia kelihatan begitu nyenyak tidur sambil memeluk bantal panjang yang menjadi peneman setianya sambil mengiring ke kanan.Ditambah pula dengan comforter tebal berwarna merah hati yang menutupi tubuhnya hingga ke leher.Dia kelihatan tenang dan begitu bahagia. Matanya juga tidak menampakkan kesan-kesan seperti orang yang baru sahaja selesai menangis.Tidak seperti di dalam kereta tadi mahupun ketika bersama Zahrul Azim tadi.Dah tidur,nak ingat apa lagi kan?Berdengkur ajelah.Jangan fikir apa-apa.Nanti mimpi ngeri pula!Tidurlah Zara.Cas balik tenaga yang hilang kerana kepenatan hari ini.

Sesekali kedengaran bunyi air menitis yang datang dari paip yang tidak ditutup rapat.Selang beberapa saat terdengar satu titisan air yang jatuh ke sinki.Zara mandi dalam keadaaan mengantuk tadi.Mungkin dia tidak menutup paip tersebut dengan ketat.

Tik.

Kali ini lena Zara terganggu.Dia kelihatan tergerak-gerak sedikit sambil memusingkan badannya dari posisi mengiring ke posisi menelentang mengadap siling rumahnya yang dipenuhi ukiran berbunga.Tubuh itu kaku seketika sambil tangan kanan Zara masih kejap memeluk bantal panjangnya.Namun,tiba-tiba matanya terbuka luas sambil tersenyum lebar.Mak aii.Ini tidur ayam ke apa ini?Errr...ke ini bukan Zara?Dah nyenyak-nyeyak tidur,boleh pula terbangun.Roh terkeluar dari badan ke apa ini?Ke..ke ini jelmaan Zara?Zara..Zara kau okey ke?

"Bahagianya,"Zara menggeliat,kepuasan.Wajahnya jelas memancarkan sinar kebahagiaan.Dibiarkan jari telunjuk kirinya bergulung-gulung dalam rambutnya sambil tersenyum senang.Amboi,senang hati betul.Apa kes?Menang loteri ke?Rasanya Zara dah cukup kaya kan nak beli nombor loteri kan?Lagipun..kan haram.Tak baik....

Ke kepala Zara terhantuk dekat stereng kereta ketika melanggar kereta Ameer Reza tadi?Yelah sampai jadi tak betul macam ini.Sekali terhantuk,terus jadi tak betul.Tersengih-sengih macam kerang busuk.Padahal tadi dalam kereta beriya-iya sedih mengalahkan primadona yang berlakon di kaca tv.

Zara memang aneh.Tiba-tiba sahaja bertukar karakter.Daripada seseorang yang sedang tidur dengan nyenyaknya kepada seseorang yang bagaikan diserang penyakit anjing gila.Dipeluk-peluk bantal panjangnya itu erat-erat sebelum berguling ke kiri dan ke kanan katilnya.Eh,eh Zara.Kau nak buat filem Hindustan pula ke dekat sini?Terguling-guling sampai hampir jatuh ke bawah katil!Tak sedar diri betul!Itu nasib baik Zara sempat menahan tubuhnya daripada tergolek ke bawah dengan tangannya.Kalau tak,benjol pula kepala itu.Ish.Ish.Itupun Zara tidak kisah.Malah wajahnya masih mengekalkan senyuman yang baru sahaja terukir.Itu baru sedikit.Kemudian,dia naik syeikh,dia pergi berdiri di atas katil dan membuat tarian 'happy dance' nya.Sampai tercampak-campak bantal-bantal yang ada di atas katil itu.Tak kiralah bantal tidur ke bantal hiasan ke bantal panjangnya sekalipun.Semua sudah selamat mendarat ke bumi.Termasuklah comforter tebal yang sudah bergumpal di birai katilnya.Argh,pedulikan,bisik hatinya!Hebat kau menari Zara?Nak tunjuk skill ke?Kalau nak tunjuk skill,menarilah yang profesional sikit.Tarian kotemporari ke.Ini happy dance?

"Peduli apa aku.Aku happy sudahlah,"menjawab kau Zara ya!

Malah keadaaan dirinya juga tidak dihiraukan.Dia sibuk menari tarian peliknya walaupun sedar dirinya hanya berpakaian gaun tidur berwarna biru laut yang nipis.Hai,pernah pasang impian nak jadi penari ke dia ini?Macam mana boleh beralih arah ke bidang seni-bina ini?Budak ini memang peliklah.Rileklah.Bukan siapa-siapa tengok pun,hatinya menjawab dalam diam.Jam pun dah menunjukkan lebih dari pukul 3 pagi.Siapa pula yang nak menjenguk waktu macam ini?Kalau ada pun hantu-hantu yang sibuk berkeliaran di malam hari.Kalau hantu nak menonton pertunjukan Zara,silakan.Duduk diam-diam.Kalau tak,sila berambus.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now