Bab 16
"Sekali dengan tuan baju,RM50,000"
Ameer Reza berjalan masuk ke Putra World Trade centre(PWTC) di mana berlangsungnya malam kemuncak KL Fashion Week bagi tahun ini.Turun sahaja daripada kapal terbang pagi tadi,terus dia mendapat panggilan sebaik sahaja menghidupkan telefon bimbitnya.Semuanya daripada teman-teman wanitanya yang mengatakan dia wajib hadir ke malam pertunjukan fesyen tersebut.Bukan sahaja Natalie,malah Sherry,Cheryl juga turut serta.Boleh tahan juga stok perempuan si Ameer Reza ni.Tak padan dengan sibuk.Urus niaganya di Amerika Syarikat berjalan dengan baik membuatkan dia berasa senang hati untuk keluar bersosial dengan teman-teman wanitanya.Perasaan malas dan jetlagnya diletak ke tepi demi keseronokan.Dia suka keluar berseronok begini.Jika sempat,ada juga peluangnya untuk berkunjung ke kelab malam di Bukit Bintang setelah sebulan tidak pergi ke sana berjumpa rakan dan teman-teman wanitanya.
Jam menunjukkan pukul 8.30 malam.Dia berjalan melepasi kaunter pendaftaran di mana pemeriksaan kad jemputan ataupun tiket dilakukan.Untungnya mempunyai teman wanita yang kebanyakkannya model ialah dia siang-siang lagi sudah mendapat kad jemputan ke acara gilang-gemilang yang menjadi acara tahunan setiap tahun tanpa perlu mengeluarkan sedikit pun wang daripada poketnya untuk duduk di meja VIP.Ameer Reza memerhatikan dirinya yang hadir dengan gaya kasual bert-shirt disebalik kot berwarna hitamnya dan seluar jeans birunya berjenama LEVI'S.Bukan acara yang terlalu formal pun untuk dia bergaya sakan.Nak cari teman wanita pun tidak perlu di majlis-majlis sebegini kerana sememangnya dia mempunyai ramai teman wanita.Senyum sahaja pasti ada yang mendekat.
Ketika pihak urus setia sedang sibuk memeriksa kad jemputan yang diterimanya,matanya jatuh ke arah setiausahanya,Imran yang turut berada di situ.Kecil besar kecil besar sahaja matanya apabila melihat Imran di situ keseorangan sambil sedang bercakap di telefon.Atas urusan apakah lelaki itu disini?Tak pernah pula dia teserempak dengan lelaki tersebut di acara ini sebelum ini.Setelah selesai,cepat sahaja sahaja dikejarnya Imran yang kelihatan ingin masuk juga ke dewan utama yang menjadi tempat berlangsungnya acara berprestij itu.Terus disentuh bahu lelaki itu lantas membuatkan setiausahanya berpaling ke belakang.
"Eh bos"riak terkejut jelas terpancar di wajah setiausahanya itu.Mungkin tidak menyangka akan bertemu empat mata dengan ketuanya yang disangkakan masih berada di Amerika Syarikat.Nampak gayanya mungkin bos nya itu pulang lima hari lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan.
"Yes Imran.Apa kau buat dekat sini?"soal Ameer Reza sambil memaut erat bahu Imran sambil beriringan masuk.Rindu juga mendengar bebelan Imran yang merupakan satu-satunya anak buahnya yang berani membebel dan berlawan cakap dengannya.Kerja yang dilakukan juga pantas dan efisien membuatkan dia meletakkan Imran satu darjat lebih tinggi daripada pekerjanya yang lain.
"Eleh,bos ingat bos seorang sahaja ada awek yang kerja sebagai supermodel.Saya ada jugalah.Awek saya perform juga malam ini.Baju sut wanita ke pejabat bos,"terang Imran panjang lebar sambil terselit senyuman bangga di bibirnya apabila berkata tentang teman wanitanya,Erina walaupun tanpa dipinta oleh Ameer Reza.Erina merupakan model pakaian-pakaian tempatan dan sering memperagakan pakaian seperti baju kebangsaan dan tradisional yang lain.Malam ini,Erina bakal mencipta kelainan dengan memperagakan pakaian moden dan Imran selaku teman lelaki datang untuk memberikan sokongan.Ameer Reza tidak berapa mengenali Erina.Namun,dia masih mengingati wajah gadis yang menjadi pujaan hati Imran apabila pernah diperkenalkan oleh Imran ketika terserempak di luar pejabat satu ketika dahulu.
Ameer Reza menganggukkan kepala tanda faham lalu dia mencari satu tempat duduk di antara meja-meja bulat yang ada di dalam dewan itu yang berhadapan dengan pentas dan runway untuk model-model memperagakan pakaian masing-masing.Imran secara tidak langsung mengikuti sahaja langkah bosnya memandangkan bosnya yang sedang memaut bahunya itu bagaikan menarik dirinya untuk turut duduk bersamanya.Dia tidak kisah kerana tiket yang berada di tangannya juga tiket VIP untuk ahli keluarga model yang hadir.
YOU ARE READING
Lelaki itu...
RomanceLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...