28 "Bagi tahu papa kalau air mata Min jatuh kerana seorang lelaki."

26.6K 607 137
                                    


Bab 28

"Bagi tahu papa kalau air mata Min jatuh kerana seorang lelaki."

"Nah.Sejuk ini.Suruh mandi,tak nak.Suruh masuk dalam rumah pun tak nak.Degil mengalahkan kerbau,"bebel Zahrul Azim sambil menyelimuti tuala ke tubuh adik perempuannya yang sedang duduk tegak di atas kerusi di hadapan halaman rumahnya sambil berpeluk-tubuh dan bersilang kaki.Jelas mempertahankan keegoannya.Kerbau degil ke?Azim ini main belasah ajekan.Kalau cakap degil macam monyet ke iyalah kan.Kalaulah Azim tahu bahawa kedegilan adik perempuannya bertambah sekali ganda sejak Azim meninggalkannya,pasti Azim lebih rela memutarkan masa ke belakang daripada berhadapan dengan Zara sekarang.Berdepan dengan Zara bagaikan berhadapan dengan Hitler version kedua tahu!Susah nak menang!Mereka baru sahaja tiba di kediaman barunya yang dibeli beberapa bulan yang lepas.Masih nampak paip rumahnya yang masih berkilat.Memang baru sangat-sangat.Tak adalah besar dan mewah seperti milik orang tua mereka tapi memadai untuk menempatkan dirinya dan tiga lagi ahli keluarganya.Hasil perkahwinannya dengan sang isteri membuahkan dua cahaya mata yang comel-comel belaka.Seorang lelaki.Seorang lagi perempuan.Semua ikut muka Azim.Ceh,propa aje lebih.Entah-entah muka Azim tak ada langsung.Apa-apa pun syukur Alhamdulillah.Ternyata pilihan Azim dulu tidak silap.Kebahagiaan yang dicari,kebahagiaan juga yang dia dapat.Cuma sekarang,hidupnya dirasakan tidak lengkap tanpa keluarga besarnya.Itulah yang bakal dikejarnya sekarang.

Eh,bukan Azim ejek Zara kerbau tadi ke?Takkan tak ada tindak balas dari Zara?

Diam.

Senyap.

Mak Aii.Zara langsung tidak memberi sebarang reaksi.Langsung tidak bergerak.Hatta satu jari pun.Hanya bernafas.Jeling pun tak mahu walaupun digelar kerbau.Dia hanya diam berpeluk tubuh,cuba menahan haba daripada menghilang daripada tubuhnya yang kesejukan.Dalam tidak sedar,dia bersyukur kerana abangnya masih prihatin untuk membaluti tubuhnya dengan tuala tebal itu.Kalau dibiarkan,memang sah dia bakal mati kesejukan di situ.Sama seperti dulu.Dia ditinggalkan dan tengoklah perubahannya sekarang.Zara yang baru.Yang tiada perasaan.

Ya,dia memang sedang menggigil bagaikan dia berada di dalam peti ais.Dirapatkan bibirnya serapat-rapatnya.Jika terbuka sedikit memang kedengaran bunyi giginya yang berlaga,kesejukan.Ya Allah.Orang gila aje sanggup tahan kesejukan tahap macam ini.Kau ini kenapa keras kepala sangatlah Zara?Demam nanti baru tahu!Rasanya bibirnya bagaikan sudah bertukar warna dari merah ke ungu.Sejuk punya pasal.Memang Zara ini spesis manusia bertuhankan ego.Padahal orang yang berdiri di sebelahnya kini ialah darah dagingnya sendiri.Tidak!Dia tidak akan lupa apa yang abangnya lakukan padanya.. Ha,ego lagi Zara.Ego tu tak bawa ke mati.Cuba ikut cakap Azim itu.Ini tak.Ikutkan sangat perasaan dan perangai keras kepala itu!.

Namun,dia sedaya-upaya tidak menunjukkan itu semua di hadapan seorang lelaki yang suatu masa dulu tunjang dalam hidupnya.Pembakar semangatnya.Penyokong setianya.Tapi dululah.Sebelum umurnya mempunyai angka dua di hadapan.Sekarang,abangnya itu bagaikan orang asing yang baru sahaja dikenalinya.Bukan kerana ego.Tapi memang benar dia berasa janggal.Tidak tahu hendak memberi tindak balas apa terhadap kata-kata dan perbuatan seorang abang.Sungguh hampir sepuluh tahun tidak bertemu,dia janggal.Ketika dipeluk dan dikucup dahinya,memang tidak dinafikan seram sejuk tubuhnya.Dahlah memang sejuk ditambah dengan bulu romanya yang naik turun semula akibat terkena air hujan,boleh layu bulu romanya.Tak apa Zara.Nanti letak losyen vitamin kasi tumbuh semula!Jangan terlebih tumbuh sudahlah!Nanti tak dapat beza kera dengan kau pula!

Zahrul Azim mengeluh kecil sambil membetulkan lilitan tuala di bahu adiknya.Susahnya mengendalikan seorang perempuan.Namun,sesusah dirinya mengendali sang isteri,lebih parah lagi mengendalikan hati adiknya.Nampak kuat di luar namun rapuh di dalam.Azim tahu adiknya sudah berkali-kali disakiti.Ironinya,dia juga termasuk dalam senarai si bedebah yang patut digantung atas tiang elektrik dan direnjat sehingga mati.Yelah,sesuka hati meninggalkan keluarga tanpa langsung menghubungi gadis itu.Tanpa surat.Tanpa emel.Tanpa panggilan telefon.Begitu sahaja.Siapa boleh terima?Jika dirinya diperlakukan sedemikian rupa pun rasanya,dia tidak sanggup!Beruk pun marah kalau tuan dia tak kenal dia tahu.Eh,mana tahu?Haha..tapi benar.Itu bukan niatnya.Keadaan memaksa dirinya membuat keputusan sebegitu.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now