42[FINALE] "He did but you didn't"

51.2K 1.5K 729
                                    

Finale

"He did but you didn't"

Inilah harinya. Hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh isi keluarga. Hari kedua-dua belah keluarga bakal menerima menantu baru di dalam keluarga. Meriah sungguh suasana di rumah Zara. Walaupun bukan di kampung tapi pagi-pagi lagi sudah boleh dengar Puan Sri Zuliani memetir, mengarah semua orang bangun dan bertindak mengikut arahan. Semangat betul Puan Sri Zuliani ini. Mengalahkan pengantin pula. Tapi, ini memang sindrom mak-mak sangat. Kalau anak yang yang kahwin, dia yang over. Zara yang tidur lambat pun telah dikejutkan oleh Pamela seawal 7 pagi untuk membantu dengan persiapan majlis. Rasa nak menangis Zara apabila dipaksa bangun kerana matanya tidak mampu dibuka. Dia terlalu letih akibat kejadian semalam. Pukul 1.30 pagi baru dia sampai rumah. Boleh murung dibuatnya kalau hari-hari kena tidur lambat dan bangun awal. Itu belum lagi menghadap soalan Puan Sri apabila melihat lebam dan luka di wajahnya. Semalam ketika pulang, hanya terdapat sepupu-sepupu lelakinya yang lepak di luar rumah. Orang tuanya telah tidur. Keletihan setelah hampir seminggu menguruskan perihal majlis kakaknya.

Aduh.. serabut kepala Zara. Sibuk memikirkan sampai dia terlanggar gusi ketika menggosok gigi. Sakit weii. Mana tidak serabutnya. Dua kali Namanya dilaung Puan Sri Zuliani dari tingkat bawah. Murung lagi. Tak menyempat-nyempat. Macam tiada orang lain hendak disuruh. Padahal berlambak sepupu-sepupunya itu di bawah melepak. Nak juga anak bertuahnya yang tolong. Sebenarnya, jiwa Puan Sri Zuliani yang tidak tenang melihat anak-anak terbongkang dan tidak turut serta dalam majlis.

"Ya Allah. Ya, ma. Sabarlah kejap. Min nak turunlah ini," Zara cuba menutup kesan lebam tersebut dengan concealer. Namun tidak berjaya. Semakin capuk pula. Argh!! Dicampakkan saja concealer Mac itu ke bawah katil. Inilah bukti yang produk mahal tak menjanjikan kepuasan. Geram kerana tekniknya tidak berjaya. Nasib Diana yang beri concealer itu sebagai hadiah hari jadi. Itupun Diana ikat perut tiga bulan nak beli concealer original itu.. Dia pasrah. Inilah orang kata harapkan pagar, pagar makan padi. Eh, kena ke? Argh, belasah ajelah.

"Ini mahu dia bebel sebulan ini. Lagi nak majlis, lagi anaknya nak lebam sana sini. Ni kejap lagi, mahu dia jadi macam Tuan Inspektor Mazlan dalam cerita Gerak Khas itu.Soalan mengalahkan pendakwa raya. Matilah nak," bebel Zara sambil berlari turun menaiki tangga. Hampir nak terjatuh dia kerana terlalu laju hingga tersilap pijak anak tangga. Bukan rumahnya tiada lif. Tapi lif agak sesak dengan sepupunya yang turun naik membawa barang-barang ke tingkat bawah. Al-maklumlah majlis nikah akan diadakan diruang tamu di tingkat bawah. Pelamin mini semua akan didirikan di situ. Semalam ketika pulang, baru nampak rangka aje pelamin itu. Belum siap sepenuhnya. Confirm-confirm dari butik Forever More milik Yusra. Dah terang lagi bersuluh Yusrakan pemilik butik aka wedding planner. Ha, untunglah tak payah keluar duit sebab butik sendiri boleh sponsor. Kau orang ado?

"Min, kau ni kak. Aduh. Aku serabutlah sejak balik rumah ini. Mama ini memang jenis melolong pagi-pagi ke. Aku tiap-tiap pagi, cair tahi telinga dengar mama menjerit tau. Jimat duit beli cotton bud.Kau ni...Patutnya mama dah panggil sekali itu, teruslah menyahut. Ini tidak. Sampai berkali-kali dia panggil, tak turun-turun. Hamster aku yang tidur dalam bilik aku tu pun tidur dalam pallet dia tau. Siap kambus-kambus tutup telinga dia. Tak tahan dengan mama," bebel Fikri yang turut sama turun bersama Zara. Fikri taubat. Semalam dia dipiuh telinga kerana lambat menyahut panggilan mamanya.

Mamanya semenjak nak menerima menantu ni, macam Adolf Hilter...Tak,tak. Mengalahkan Hitler. Habis semua nak disemburnya. Tak cukup dengan Pamela dan Dewi, Tan Sri pun terbabit sama. Lagi-lagi kalau Tan Sri Yazid membaca buku ketika orang sedang sibuk membuat persiapan. Lagi naik hantu Puan Sri. Silap hari bulan, Tan Sri diarahkannya untuk membuang sampah ke luar. Uish, kau orang bayangkan Tan Sri Yazid kena buang sampah-sampah yang ada ke luar. Sekali panjang dah macam tukang kebun baru Puan Sri. Dengan buku-buku pun terhumban sama.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now