40 '24 jam'

33K 978 551
                                    


BAB 40

24 jam

Pang!!!

Zara serta-merta membuka matanya lantas meraba pipi kirinya. Bengkak.Masih terasa pijarnya pipinya yang ditampar kakak kesayangannya pagi tadi. Zara juga tidak menyangka akan menerima serangan sebegitu pantas sebaik sahaja dia turun ke dapur pagi tadi untuk bersarapan.

"Ini! Hadiah untuk janji temu dengan Ameer Reza hari ini. Sakit telinga aku dengar dia minta 24 jam untuk bersama kau. Apa kau orang ingat aku ini tunggul? Orang ketiga dalam hubungan kau orang? Eh Min!Kau silap, sebenarnya kau yang merupakan orang ketiga dalam hubungan ini okay! This will be the first and last. Whatever you have between you guys, this will end today! Ingat. Aku pernah tanya kau. Apa maknanya hubungan kau orang dan kau menidakkan segalanya. So, kau tak boleh salahkan aku kalau perkahwinan antara aku dan Ameer Reza benar-benar terjadi!Ingat itu Min!," Yusra melampiaskan kemarahannya yang meluap-luap di dada. Zara pula yang terkebil-kebil sambil mengusap pipi kanannya. Cuba memaknakan setiap bait yang terucap dari mulut kakaknya itu. Ameer Reza minta kebenaran kakaknya

Yusra berpaling untuk melangkah. Mungkin sakit hati untuk meneruskan serangannya. Namun, sangkaan Zara sama sekali meleset. Tiba-tiba, gadis itu memusingkan badannya semula menghadap Zara untuk menampar Zara sekali lagi di pipi kirinya.Namun, kali ini Zara sempat menahan tangan kakaknya.

" Apa lagi ini Yus? Pleaselah. Jangan jadi budak-budak. Takkan sebab lelaki...," kemarahan mula terbit di hati Zara.

Panggggggg!!

Satu lagi tamparan padu oleh Yusra hinggap di pipi kiri Zara. Dua pelempang di pipi yang sama. Terasa bagaikan senget kepala Zara dibuatnya.Yusra tersenyum kemenangan. Ini yang Zara nak mengamuk ini. Sekali itu, Zara boleh terima lagi. Ini kali kedua kot. Tiada maaf bagimu.

"Ya, sebab lelaki, aku sanggup. Yang ini...bayaran yang harus kau bayar sebab kekasih kesayangan aku itu sanggup selamatkan kau malam tadi. Apa kau ingat kau Cinderella? Snow White? Rapunzel? Nak diselamatkan bagai? I don't buy that.Ingat Min. Untuk aku lepaskan Ameer Reza pada kau dengan sebegitu mudah itu, tidak sama sekali ya.Never! Jangan mimpi kau merayu air mata darah sekalipun, aku akan korbankan Ameer Reza kepada kau. Sekali sesuatu itu jadi hak milik aku, takkan pernah ada orang lain yang boleh mengusik. Even darah daging aku sendiri!,"

Zara mengeluh perlahan. Tergiang-giang kata-kata Yusra yang menusuk jiwanya. Kalau tak kerana ingin membalas jasa Ameer Reza, dia sendiri takkan sekali-kali menerima pelawaan lelaki itu untuk menemani lelaki itu ke Langkawi pada hari ini. Itupun atas urusan kerja. Tambahan pula, papanya sendiri yang memintanya memenuhi permintaan Ameer Reza yang sudah pun menggadai nyawa untuk menyelamatkannya.

Zara menuam pipinya dengan tuala yang diisi dengan ais ke pipi kanannya. Dua kali disepak di bahagian pipi yang sama. Tapi nak buat macam mana. Benda dah jadi.Tak larat pula membawa pipi yang bengkak ini. Zara menyandarkan kepalanya kepada dinding pesawat. Semuanya di luar kawalannya. Namun, dalam situasinya, Zara cuba rasional sebaik mungkin. Kalau dia di tempat kakaknya pun, sudah lama dia naik hantu. Apabila kekasih sendiri menyelamatkan gadis lain yang dianggap pesaing hebat. Perempuan mana saja yang boleh rasional? Kalau Zara jadi Yusra, rasanya hilang satu mata Ameer Reza. Silap hari bulan, digantung Ameer Reza di tiang tepi jalan. Perempuan bila cemburu kan? Jangan main-main.

Enak sungguh rasanya apabila kesejukan ais itu meresap jauh ke dalam kulit pipinya. Kalau macam inilah akibatnya, baik kau tak payah selamatkan aku Ameer Reza oii! Baik aku jadi hantu air dalam rumah sendiri dari makan penampar kakak aku berkali-kali. Sanggup aku menghantui warga-warga CDY tiap-tiap malam. Biar emak kesayangannya itu semput setiap kali nampak perempuan bertubuh biru berjalan dalam rumah sendiri. Zara tersenyum,geli hati. Tak dapat dibayangkan imej dirinya yang bagaikan ikan duyung berkeliaran di dalam rumah sendiri.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now