37 Forever

17.3K 688 142
                                    

Bab 37

Forever

Zara mengibar-ngibarkan bendera berwarna merah yang berada di tangannya. Gembira sungguh dia berada di perlawanan kereta lasak GT yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang itu. Sejak pukul 8 pagi lagi, dia dan Zahrul Azim sudah berada di situ. Kepenatan akibat majlis pertunangan semalam ternyata tidak menghalang Zara dan abangnya untuk menghadirkan diri pada majlis yang julung-julung kali diadakan itu. Ternyata minat mereka berdua terhadap sukan lasak tidak menghalang mereka untuk memandu seawal jam 7.30 pagi untuk berada di litar tersebut.

"Min, aku punya company take part kau tahu," Jim bersuara sambil menghalakan kamera DSLRnya ke arah beberapa kereta termasuklah satu kereta Ford Mustang berwarna silver yang terletak tidak jauh dari mereka yang berada di bawah khemah VVIP berdekatan dengan garis titik permulaan.

Zara terkejut, " Lah, ya ke? Min tak tahu pun yang perlumbaan ini terbuka kepada orang persorangan"

"Aah. Tahun dia memang dia orang buka untuk memperbanyakkan penyertaan. Barulah best kan?,"

Zara hanya mampu menganggukkan kepala, malas mahu bersuara. Tumpuannya jatuh pada puluhan kenderaan yang memenuhi litar tersebut. Banyak kereta-kereta taraf GT atau Grand Tourer yang menarik perhatiannya. Rambang mata Zara dibuatnya. Kalau dia punya duit lebih, sudah lama dibeli satu seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan tetamu-tetamu VVIP yang lain yang berpangkat datuk dan golongan diraja. Aku nak beli apa? Nak beli saham sendiri pun kena jual satu badan agaknya.

Zara yang sedang meneguk air mineralnya dapat merasakan telefon bimbitnya yang bergetar hebat di dalam poket seluar jeansnya. Tanpa perlu melihat, dia tahu siapa. Siapa lagi kalau bukan encik tunang yang sudah rasmi bergeler tunangnya sejak semalam. Bukan main lagi Zainal. Gembiralah katakan. Siapa tak gembira apabila baru bertunang.Zainal seronok sampai nak terputus mulut akibat senyum terlalu lebar. Zara pun senyum juga tapi tak adalah over macam Zainal.

Zara hanya membiarkan. Malas dia mahu melayan. Sudah puas diajak Zainal datang menghadirkan diri. Namun, ajakannya ditolak mentah-mentah oleh Zainal dengan alasan lelaki itu penat. Padahal, bukan Zara tak kenal Zainal. Zainal memang kurang berminat dengan sukan lasak sebegini. Dia lebih minat pada sukan-sukan yang lebih bersifat indoor seperti memanah, dart, bowling dan juga golf. Itulah sebabnya Zara di sini bersama Jim.

Itulah! Orang ajak jual mahal. Sekarang sibuk nak call-call kita, bisik hati kecilnya. Zara sempat menjeling cincin pertunangan yang tersarung di jari manis kirinya. Perbuatannya bagaikan menjeling ke arah Zainal kerana geram dengan perbuatan sepupunya itu yang mentah-mentah menolak ajakannya.

Zara teringat peristiwa pertunangannya semalam. Semuanya berjalan lancar. Dia berjaya memastikan dirinya tersenyum sepanjang majlis walaupun dirinya hampir rebah saat melihat emak Zainal menyarungkan cincin di jari manisnya. Ya, kini dia mempunyai ikatan rasmi dengan Zainal walaupun belum lagi berkahwin. Pertunangan mereka telah diputuskan selama setahun atas permintaan Zara sendiri. Rasanya, setahun cukup. Tak terlalu lama dan tak terlalu kejap. Biarlah dia melepaskan kakaknya berkahwin dahulu.

"Muiz bertanding sekali tahu tak?," Jim membersihkans sedikit cermin mata hitamnya yang dirasakan bagaikan berminyak. Kenyataannya mengejutkan Zara yang mengelamun teringatkan majlisnya semalam.

"Muiz? Muiz...you mean .."

Jim menjawab selamba, "Yes..Your ex,dik,"

Zara mencebik. Eleh, ex konon. Aku dah bertunanglah. Boleh blahlah!

"Oh, minat pula dia GT car race ini?," soal Zara , acuh tak acuh. Sejak dahulu, tajuk berkaitan Muiz ini sentiasa membuatkan dirinya allergik! Sungguh aku tak berkenan cara budak seorang itu. Tapi setahu Zara, Muiz memang tidak pernah menunjukkan minat terhadap sukan tersebut. Rasanya sepanjang mereka bercinta dahulu, tidak pernah pula dia menonton perlawanan tersebut bersama Muiz.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now