24"Suami pun suamilah.Janji kau selamatsweetcheek"

26.3K 652 49
                                    

Bab 24

"Suami  pun suamilah.Janji kau selamat,sweetcheek,"

Kotak misteri itu direnung Ameer Reza dengan  penuh ketelitian.Sekejap-sekejap dipusingnya kotak itu  ke arah kanan.Kejap-kejap dipusingnya ke kiri.Kejap-kejap dibiarkan sahaja lalu dia bersandar lemah di sofa empuk yang terdapat di ruang tamunya.Entah apa yang dibeleknya.Entahlah.Sama aje dari segala sudut,Ameer oii.Lainlah kalau dilihat pada isi di dalamnya.Ataupun kotak itu boleh bertukar emas.Haa..kalau yang itu seribu kali tilik pun boleh.Sudah hampir satu jam dia berada dalam keadaan begini namun kotak yang tertulis jenama kertas A4 'Double A' sebesar dua hasta itu tetap menarik perhatiannya.Digaru dahinya yang berpeluh.Panas pula malam ini.Ataupun badannya masih lagi belengas kesan aktiviti kelab malamnya tadi.Alah,bukan dia menari pun.Sibuk memikirkan kata-kata yang diucapkan Tan Sri tadi sambil melayan segelas jus oren.Itu sahaja.Hendak menari pun dia malas.Tak ada mood!

Ameer Reza duduk bersandar sambil berpeluk tubuh.Kotak itu masih lagi menjadi objek tumpuannya.Mungkin terdapat sesuatu yang menarik pada kotak tersebut.Kita manalah tahukan.Tapi dari mana pula datang kotak ini?Takkan Ameer Reza menang cabutan bertuah ke gores dan menang ke?Tak mungkin.Tak mungkin.Ameer Reza menang cabutan gores dan menang?Memang mimpilah.Tak cukup bertuah lagi si Ameer ini sebenarnya.Ameer Reza mengeluh.Dia mengalas kepalanya dengan bantal segi empat kecil yang berada di sebelahnya tadi lantas bersandar kembali ke sofa yang cukup selesa itu.Terasa relax sedikit otaknya yang dirasakan bagaikan hendak terputus neuron memikirkan pasal kotak tersebut.

Tadi selepas keadaan huru-hara di rumah Tan Sri Yazid akibat Yusra yang gedik nak memengsankan diri  dan permintaan Tan Sri yang tak masuk akal,Zara terus naik  ke biliknya tanpa sedikit pun bersuara.Jelas riak marah terpapar di wajah manisnya.Sempat dijeling Tan Sri 360 darjah.Ambil kau.Sedikit lagi boleh juling dah mata Zara itu.Walaupun tidak memberi sebarang kesan kepada Tan Sri namun sedikit sebanyak tempias percikan api kemarahannya tetap terkena orang tuanya itu.Mak Lijah dan Puan Srilah yang sibuk menyedarkan Yusra kembali.Siap direnjis-renjis air yang sudah dibacakan ayat-ayat Al-Quran ke wajah Yusra.Mungkin terpercik sekali kot air liur Puan Sri dan Mak Lijah yang tak habis-habis memanggil nama Yusra diselangi dengan bebelan-bebelan pendek.Tidak lama pun.Rasanya adalah dalam 4 minit kakak kepada Zara itu pengsan.Ameer Reza malas pula mahu menolong.Tambahan pula,melihat Tan Sri Yazid sendiri yang tidak panik.Malah kembali menyambung meminum kopi yang dibuat khas untuknya.Mungkin dah faham sangat kot keadaan anak daranya yang terlebih drama queen itu.Mimpilah Yusra kalau Ameer Reza nak turut sama menggelebah dalam keadaan yang memang sedang huru-hara itu.Dia lebih suka diam dan memerhatikan keadaan.Baik aku meratah puding roti yang lebih sedap ini!Hahaha...

Tidak sampai lima belas minit,Zara turun semula dengan pakaian yang berbeza yang lebih memukau mata Ameer Reza.Tidak seperti tadi di mana Zara kelihatan selekeh sahaja.Sebaliknya,dia jauh lebih cantik selepas menukar pakaiannya kepada gaun labuh cotton berwarna biru gelap berbelang garisan berwarna kelabu di bahagian leher,dada dan perut.Dikenakan selendang tanpa corak berwarna kelabu sedondon dengan dress kembangnya bagi menutup rambutnya.Wajahnya juga jelas dioles dengan sedikit bedak asas dan make-up ringan.Amboi,cik akak nak ke mana tu???

"Ameer,jom balik!"

Mak oii!Itu sahaja ayat yang didengar daripada mulut Zara sebelum gadis itu laju meninggalkan seluruh ahli keluarganya tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.Sempat dicapai kunci kereta di rak kunci berdekatan dengan pintu rumahnya.Puan Sri sempat memanggil Zara namun tidak dipedulikan.Bye-bye lah jawabnya Puan Sri.Memang pelik sedikit cara anak Puan Sri ini mengucapkan selamat tinggalnya.Ameer Reza menggelengkan kepala perlahan.Faham sangat dengan perangai Zara yang memang 100% dalam kepala dia tu bukan otak tapi angin.Zara mana ada otak.Ikut perasaan dan kepala dia sahaja.Ameer Reza sempat bersalaman dengan Tan Sri dan hanya berbalas senyuman kecil dengan Puan Sri yang sedang memangku kepala Yusra di pehanya.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now