Bab 31
"PLATINUM'
"Sorry,I susahkan you pula Muiz," Zara tersengih sambil membetulkan sedikit kedudukan selendang yang akibat ditiup angin. Sedap pula apabila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa walaupun cuaca panas terik dan Zara dapat merasakan peluh yang mengalir bagaikan air terjun dari dahinya.Cairlah make-up aku!Penat-penat aku touch-up cantik-cantik.Akhirnya jadi pontianak juga!Kena catwalk atas jalan merah ini lagi.Bukan selalu okey boleh make up-make up macam ini. Eee...
"Tak apa.Macam tak biasa pula.Dulu pun you selalu apa susahkan I.Kan?Kesian you panas.You nak payung ke?," soal Muiz tanpa menyedari soalannya itu bagaikan menempah maut! Wah, boleh tahan gentleman juga Muiz ini. Prihatin juga kau ya. Orang masih sayang katakan.
Berdesing telinga Zara mendengar kata-kata Muiz yang cuba untuk membawa mereka berdua kembali kepada kenangan yang pernah dicipta bersama.Kau ni Muiz. Kau jangan silap timing!Nanti tak pasal-pasal,kau kena pelangkung nanti. Cuaca tengah panas.Hati pun tengah panas tu. Hah?Hati?Iyalah.Mana tidaknya,selepas bersalaman dan berlagak biasa di hadapan Muiz, Ameer Reza dengan bersahaja menyerahkan sahaja kotak hadiah yang berbalut kemas itu kepada Muiz dan meminta izin untuk berlalu kerana katanya dia sudah terlambat.Lantas, Zara dibiarkan sahaja terkontang-kanting di situ bersama Muiz. Habis aku ini tak terlambat ke?Dahlah majlis orang yang tidak berapa dia kenali.Dengan Muiz pula itu.Kena menyeberang jambatan gantung yang masih wujud dalam dunia yang serba-moden ini. Kenapalah tak buat jambatan emas ke jambatan perak ke macam permintaan Puteri Gunung Ledang itu?
Nak tak nak, Zara terpaksa berlagak biasa dan melayan Muiz seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku di antara mereka. Tak guna punya Ameer Reza. Dia ingat dia siapa nak tinggalkan aku seorang-seorang dengan ex-mangkuk aku ini!Eh, awkward tahu tak?Dahlah aku tak berapa nak suka dia ini?Eeee....stress!Panas tahap maksima ni! Dia ingat aku sangap sangat nak berduaan dengan mamat ni?Tak ingin okey, tak ingin!
"Tak payah kot.Payung pun tak dapat nak melindungi I daripada panas api terik ni.,"Zara mengelap dahinya dengan tisu.Matahari yang terlalu memancar membuatkan matanya seakan tidak mahu terbuka.Terpaksa dia mengeluarkan cermin mata hitamnya dan menyarungkan di wajahnya. Berair-air matanya bagaikan sedang menghadiri majlis pengebumian.Sedangkan dia sedang menghadiri majlis perkahwinan! Nanti orang ingat dia menangis pula Imran menikahi perempuan lain. Terjadi epilog cinta tragis dalam hidupnya!Wek,muntah aku!
Muiz hanya menganggukkan kepala tanda menerima kata-kata Zara tanpa banyak soal.
"Bukan api tapi matahari,sayang" lembut Muiz membetulkan kata-kata Zara.Zara terkedu. Hekeleh dia ini. Samalah itu. Api ke matahari ke.Zara sekadar membalas dengan satu jelingan tajam. Sama juga panasnya. Panas yang membunuh. Boleh bunuh kau! Tak payah tersengih-sengih Muiz. Handsome macam mana pun,aku dah tak ada nafsu serakah terhadap kau!
Namun,rasanya Muiz menafsirkan jelingan tersebut sebagai jelingan manja kerana dia hanya sekadar tersenyum. Zara pula yang terpaksa mengipas-ngipas dirinya kerana bahangnya api semakin terasa!Bukan api tapi matahari,Zara!
Argh!!
"Hari ini you tak pakai contact lens? You look nice today with those blue orbs,"soalan Muiz ternyata bagaikan batu besar yang menghempap Zara!
Pap!Zara terus tersedar. Dia memandang Muiz, kosong. My god!Nasib baiklah dia mengenakan cermin mata hitamnya sebelum dia tiba di rumah pengantin. Dan nasib baik Muiz menegur tentang matanya.Kalau tak,mesti orang akan memandang dia bagaikan dia cacat. Tak sanggup dia berhadapan dengan pandangan orang ramai yang seolah-olah jijik dengan dirinya. Mata biru itu umpama bala dalam hidupnya. Zara berdehem kecil sambil membetulkan kedudukan bingkai cermin matanya.
YOU ARE READING
Lelaki itu...
RomanceLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...