41 "Save the Last Dance for Me"

25.4K 878 317
                                    

Bab 41

"Save the Last Dance for Me"

"Zara Harnina Yazmin!!!!!"

Bergegar CDY seawal jam 6 pagi apabila sehari sebelum majlis Ameer Reza dan Yusra, Puan Sri Zuliani mengamuk sakan. Ayam pun rasa serba-salah nak berkokok pagi tersebut. Bunga Seri Pagi nak mengembang mekar pun takut-takut. Pendek kata, hampir terbalik CDY dikerjakan Puan Sri walaupun terdapat beberapa keluarga terdekat yang mula berkampung diteratak mereka bagi meraikan majlis Ameer dan Yusra. Yusra hanya mampu memekakkan telinga dan menarik kembali comforternya untuk menutup tubuhnya rapat yang kesejukkan. Malas sungguh dia mahu melayan drama mamanya di pagi yang ceria ini. Sehari lagi, sempat hati kecil Yusra berbisik. Yes! Esok aku nak kahwin dengan Ameer Reza! Ternyata buah fikirannya membuatkan satu senyuman kepuasan lahir mekar diwajahnya.

Berbeza pula dengan Tan Sri Yazid yang baru sahaja selesai solat Subuh. Dia yang baru sahaja ingin mula membaca tafsir Al-Quran di perpustakaannya, terus sahaja menyumbatkan beberapa gumpalan kapas kecil ke dalam lubang telinganya. Malas mahu mendengar bebelan isterinya di pagi hari. Dia sedia maklum tentang isu yang membuatkan isterinya naik hantu pada pagi itu. Namun, dia malas mahu masuk campur. Biarlah mereka anak-beranak yang selesaikan sendiri. Tambahan pula, sudah hampir seminggu mereka sekeluarga berpenat lelah untuk majlis Yusra. Pasti sesiapa sahaja yang berada di tempat isterinya akan naik darah. Dalam dia malas ambil tahu, dia cuba memahami hati dan perasaan isterinya.

'Asalkan bukan sebelah telinga aku sudah,' Tan Sri Yazid bermonolog sendirian.

Tiba-tiba, pintu bilik perpustakaannya dibuka dari luar tanpa diketuk. Kelihatan anak lelaki keduanya, Zahrul Fikri, melangkah masuk dengan rambut kusut masai, berbaju tidur berwarna biru dan muka masam. Ya, muka masam dan riak tidak puas hati.

"Papa! Apa ini, mama buat kecoh pagi-pagi ini? Orang nak tidur pun tak boleh!," Zahrul Fikri menghentak kakinya sedikit ke lantai, tanda tidak puas hati. Sebagai anak bongsu, dia memang terkenal dengan perangai merengek dan merungutnya. Sejak dahulu lagi. Anak bongsu Tan Sri tersebut baru sahaja tiba dari Amerika Syarikat selepas tamat peperiksaan akhirnya dua minggu lepas.

Tan Sri Yazid hanya mampu menjongketkan bahu,isyarat tidak ambil tahu. Tindakannya itu membuatkan Fikri mengeluh berat dan menggosok kepalanya. Cepat-cepat dia melangkah ke meja study papanya itu dan menarik keluar earphone dari laci teratas di bahagian kiri. Terus sahaja dia melangkah keluar dari perpustakaan tersebut, mengalah dengan kegilaan mamanya di pagi hari. Tindak-tanduk anaknya itu hanya dipandang dengan penuh minat. Tan Sri Yazid hanya mampu menggelengkan kepala. Macam-macam perangai orang di dalam rumahnya ini. Anaknya yang baru pulang pun belum lagi dapat menyesuaikan diri dengan kegilaan orang dalam rumahnya. Biarlah mereka gila. Asal aku tak gila, fikirnya. Tan Sri meneruskan perbuatannya menggumpal kapas kecil untuk ditambah ke dalam lubang telinganya bila dirasakan oktaf suara isterinya semakin meningkat. Hish, bini aku ini. Tak malu betul dengan saudara-mara yang ada. Kang viral, baru tahu!

"Min, mama perlukan penjelasan," Puan Sri Zuliani mengekori Zara yang sedang menuruni anak tangga menuju ke pintu rumah. Kelihatan Zara ada perjumpaan rasmi di luar pada hari ini. Dia manis mengenakan baju kurung tradisional berkain cotton dan berbunga kecil dan tudung bawal kosong berwarna pastel. Sangat simple. Dan digayakan sahaja dengan sepasang tumit tinggi 2 inci. Atau mungkin Zara dah taka da mood nak bersiap sebab tak tahan mendengar pekikan mamanya di pagi hari. Tapi di mata mamanya, Zara nampak sungguh manis hari ini. Namun, itu tidak bermakna dia harus memberi pujian. Tidak sekali-kali dalam keadaan rumah mereka sedang dilanda taufan kus-kus Zuliani.

" Nak explanation apa mamanya. Taka da benda nak explain," Zara bersuara perlahan sebelum menyisip sedikit air milo yang disediakan oleh orang gajinya di pagi hari. Namun, belum sempat ditelan, diluahkan semula.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now