Bab 17
"I know you but I don't know you.Who are you?,"
Zara mendiamkan diri sambil memandang ke luar tingkap.Malas mahu memandang ke kanannya di mana Muiz sedang memandu pulang ke Apartmen Paysage.Dia tidak memandu hari ini memandangkan kakaknya datang menjemputnya pagi tadi di rumahnya.Tiada kudrat dia memandu dua tiga hari ini apabila setiap kali pulang daripada berlatih di butik kakaknya,dia bagaikan telah hilang sepuluh tahun daripada hayat hidupnya.Mana tidaknya dari pagi sampai ke petang dia dipaksa untuk berlatih berjalan dengan memakai kasut tinggi enam inci disamping memakai pakaian pengantin yang panas lagi merimaskan itu.Dan kini setelah keletihan ditambah dengan kehadiran Muiz yang semakin menyemakkan kepala,sungguh Zara berasa tidak selesa.Untuk mengelakkan sebarang pertumpahan darah,Zara memilih untuk memandang kiri jalan yang hanya berlatarkan rumah-rumah di taman perumahan.
Selepas tamat majlis tadi,Muiz yang entah dari mana munculnya menunggunya di depan pintu utama PWTC dengan kereta Toyota Hyundainya.Nak tak nak,Zara terpaksa menurut tambahan pula lelaki itu yang membida bajunya dengan harga lima puluh ribu. Yusra yang berdiri di sisinya ketika itu juga memaksanya untuk masuk ke dalam kereta berkenaan,kononnya untuk membalas jasa lelaki itu yang membeli bajunya Sejak mendengar suara Muiz membida bajunya tadi,memang Zara tiada mood langsung untuk berjumpa dengan lelaki itu.Dia pasti tujuan utama lelaki itu bukan untuk beramal jariah,tetapi untuk mencipta peluang untuk dekat dengan dirinya.Dia bukan sehari dua baru kenal Muiz.Dia sudah masak dengan perangai Muiz.Dengan muka masam Zara terpaksa menaiki kereta tersebut untuk pulang ke rumah.Sempat Yusra memberi amaran kepada Muiz supaya terus menghantar Zara pulang ke rumah kerana jam sudah menunjukkan pukul dua belas lima minit malam.Zara pasti sangat-sangat yang Yusra pun sudah tidak berapa sukakan Muiz sejak mengetahui hubungan sebenar antara dirinya dan Muiz.
Dan kini Zara di sini,berada di dalam kereta bersama Muiz.Dari tadi lelaki itu cuba mencipta perbualan dengan menanyakan khabarnya dan jika kakinya sakit ke tak serta memuji kecantikannya pada malam ini.Semuanya dibalas Zara acuh tak acuh membuatkan lelaki itu akhirnya mengaku kalah dan terdiam membisu.Lantas kedua-duanya senyap dan hanya ditemani dengan bunyi radio daripada Sinar fm.Namun tiba-tiba Zara merasakan terdapat sesuatu yang harus disampaikan kepada Muiz untuk membuatkan lelaki itu faham tentang situasi sebenar mereka.
"Err..Muiz.There is something that we need to discuss."
"Okey"
"I tak selesa kita berjumpa selalu,"Zara memandang ke hadapan,tidak langsung memandang Muiz sambil membuat muka kosong tanpa langsung perasaan serba salah.
Muiz hanya menanti Zara meneruskan percakapan tanpa niat untuk mencelah gadis itu berbicara.Dia tahu itu yang bakal diperkatakan.Dia juga bukan sehari dua baru mengenali Zara.Dia tahu Zara cuba mencipta alasan untuk menjarakkan hubungan mereka.Namun,dia juga tidak akan mudah patah semangat.Lantas,diberikan sahaja laluan kepada gadis itu untuk berkata-kata sebelum tiba gilirannya pula untuk bersuara.
"I tak nak kita jumpa selalu.I tak suka you datang cari I.Apa yang sudah tu sudahlah.."
Tersentap hati Muiz dengan kata-kata Zara.Terus dia memotong percakapan gadis itu.
"Memang apa yang sudah tu sudah.Tapi I nak mencuba sekali lagi.Takkan tak ada peluang kedua untuk I?"
Zara memandang Muiz,geram, "Peluang untuk you dah lama tertutup Muiz.Tertutup pada hari you curang pada I dengan perempuan jalang tepi jalan yang you kutip"
Pedas kedengaran ayat yang keluar daripada mulut Zara.Namun Muiz tahu,dia terpaksa menerima walaupun pahit kerana semua kesalahan berpunca daripada dirinya.Dia tidak dapat menahan dirinya daripada melakukan perbuatan tersebut kerana mengikutkan sangat darah mudanya.Salah dirinya juga kerana gagal menahan diri dan salah Koko itu juga kerana berjaya menggoda dirinya.
YOU ARE READING
Lelaki itu...
RomanceLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...