Bab 35
"Are you that desperate honey?"
Ameer Reza menggaru lehernya. Dirasakan dirinya sedang berpeluh yang teramat sangat. Suasana sejuk dan dingin di dalam biliknya tadi serta-merta bertukar menjadi oven panas. Entah mengapa dirasanya tidurnya terganggu. Eh, bukan hujan lebat ke tadi? Sepatutnya cuaca sejuk. Ditambah pula dengan aircond yang telah direndahkan ke paras 16 darjah Celcius. Rasanya itu sudah cukup untuk buat semua orang menggigil. Jadi apahal pula panas macam dekat padang pasir ini? Ameer Reza cuba untuk mengubah posisi tidurnya. Mana tahu mungkin badannya semakin selesa. Namun, tindakannya itu tidak membuahkan hasil. Malah, dirasakan badannya semakin melekit kerana peluh. Dapat dirasakan bantalnya basah kerana berpeluh.
"Ee.. apa yang panas macam neraka ini?," sungut Ameer Reza terlentang sambil kaki kirinya dibawa keluar dari comforter tebalnya yang berwarna biru gelap itu. Selepas tiba di rumah pada pukul 11 malam tadi, dia memilih untuk mandi dan terus tidur. Sudah sehari dia bekerja. Rasanya, elok sahaja malam ini dia berehat. Ajakan beberapa rakan karibnya yang lain untuk turut menonton perlawanan bola sepak di antara Manchester United menentang Chelsea di kedai mamak berdekatan rumahnya terpaksa ditolak mentah-mentah. Setelah menghadirkan diri ke mesyuarat lembaga pengarah di Menara Kuasa, dia merajinkan diri pula melawat tapak projek yang mengalami masalah di Genting Highland. Dia tidak mahu sebarang syarikat di bawah pimpinannya mengalami masalah seperti itu. Dia lega masalah di Genting tidaklah seteruk mana. Cuma dia terkesima kerana tidak dapat menjejakkan kaki ke Alam Bina harinya. Banyak appointment yang sepatutnya dia hadiri hari ini. Namun, semuanya ditunda kerana dia melawat tapak projek di Genting tadi.
Dalam dia merungut kepanasan itu, satu senyuman terakam di bibirnya. Dia bahagia. No. Perkataan puas lebih tepat lagi menggambarkan perasaannya dikala ini. Ya. Dia puas dapat mengenakan Zara. Pasti saat ini gadis itu sudah tahu bahawa dialah sebenarnya yang berkuasa di Alam Bina dan dialah yang membeli saham Zara. Itulah, tolak lagi cinta aku! Rasakan. Puas kau maki aku dulukan cakap aku ni bodohlah, miskinlah. Sekarang, hadaplah!
Ameer Reza ketawa. Mula-mula kecil sahaja gelaknya. Lama-kelamaan menjadi besar. Bagaikan mengilai pula. Seram pula kedengarannya pada jam 1 pagi itu. Amboi seronok sangat itu Ameer. Apa yang seronok sangat itu? Siap dihentak-hentak kakinya sambil berbaring di atas katil king size itu. Siap ditendang-tendang comforternya yang tebal itu sampai jatuh ke bawah katil. Lantas, mendedahkan dirinya yang hanya berseluar pendek ketika tidur.
"Yesssssssssss," tangan Ameer Reza bergerak-gerak bagaikan senang menari tradisional. Ini kena sampuk ulik mayang ke apa ini. Seronok semacam. Sampai terbatuk-batuk Ameer Reza ketawa. Ini memang level ketawa tak ingat dunia ini. Bila dah terbatuk pun, dia masih tak reti-reti nak berhenti ketawa. Siap sambung lagi ketawa selepas itu!
"Padan muka kau, sweetcheek!," Ameer Reza bersuara dalam ketawa yang masih bersisa. Sedang dia cuba untuk mengawal dirinya, barulah dia perasan yang pendingin hawa telah pun dimatinya. Terus tawanya mati. Eh, bukan selepas mandi tadi aku dah hidupkan ke. Bila masa aku matikan? Takkan mummy matikan pula? Ameer Reza melemparkan pandangan ke arah pintu biliknya di rumah keluarganya di Damansara. Dari katil lagi dia sudah boleh nampak yang pintu biliknya itu jelas-jelas di kunci. Jadi, siapa yang matikan?
"Seronok sangat itu, Ameer Reza bin Dato' Razman," satu suara bersuara lembut menyebabkan Ameer Reza terduduk tegak. Kelihatan satu susuk sedang duduk di sebelah meja Mahagoninya sambil membelek sebuah buku tebal. Kesuraman pencahayaan di bilik menyebabkan Ameer Reza tidak dapat menangkap siapa gerangan yang bersuara. Tapi, sudah tentu dari suaranya, Ameer Reza dapat mengecam siapa gerangannya. Ameer Reza pantas memusing tombol kawalan lampu bilik tidurnya supaya dapat merenung seraut wajah mulus itu.
YOU ARE READING
Lelaki itu...
RomanceLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...