Bab 12
Jangan Lupa Mandi.Muka Hodoh Macam Pontianak Sesat!!
Zara membuka matanya perlahan-lahan.Dua lampu tidur yang menyala di tepi katil menerangi biliknya yang kelihatan gelap.Dia terkejut seketika.Dia jarang tidur dalam kegelapan.Dia memang jenis penakut hantu sedikit.Dia memang akan tidur dengan lampu terpasang.Dia memegang kepalanya yang terasa berat.Entah berapa lama dia terlelap,dia pun tidak tahu.Dia memalingkan badannya mengadap lampu meja untuk memandang ke arah jam locengnya.Pukul 1.Patutlah masih gelap.Zara cuba bangun tetapi badannya terasa lemah.Dia rebah ke katil semula.Tiba-tiba matanya terbuka luas.Satu?Kenapa aku rasa aku tidur terlalu lama ni?Matanya menangkap tudung kepalanya dan kasut bootnya yang terletak di atas katil betul-betul di sebelah bantal peluknya.Zara merenung pelik.Apahal kasut ni buat atas katil aku?Ewah,kotor-kotor macam ni nak tidur atas katil juga?Banyak cantik!Terus diambil dan dicampak ke lantai tanpa sebarang perasaan.Zara mengumpul kekuatan untuk duduk.Dia cuba mengingati bila masa dia menanggalkan tudungnya dan bootnya itu tetapi tidak berjaya.Dia mengusik kepalanya lalu dikusutkan rambutnya.Apa yang berlaku semalam?Otak oh otak.Bangun oii!Tuan kau dah bangun ni ha!
Dia menyelak comforter dan menyarung selipar comelnya dengan gambar hello kitty besar berwarna pink di hadapan lalu berjalan ke meja soleknya di sebelah kanan katil berdekatan dengan ward drobenya.Dia terpandang akan begnya yang terletak dalam sofa yang terdapat di atas sofa berdekatan pintu.Apa hal pula beg tu buat dekat situ?Aku tak pernah letak khazanah alam aku dekat situ?Beg tangannya,beg kerjanya,kot labuhnya dan juga telefon bimbitnya.Dia menghampiri telefon bimbitnya dan cuba menyalakannya.Namun tidak berjaya.Mungkin kehabisan bateri.Lalu dia menyambungkan iphonenya ke kabel pengecas.Kemudian kembali ke depan meja soleknya.Ya Allah!Dia sendiri terkejut melihat refleksi dirinya yang kusut masai dengan rambut tidak terurus,maskara yang jatuh menyebabkan keliling matanya hitam.Juga matanya yang merah membengkak,sakit dan kelihatan terlalu sembab.Dia menghidupkan lampu bilik sebelum berdiri di depan meja solek semula.Dia merenung matanya.Dia masih memakai kanta pelekap?Dia pelik.Namun cepat-cepat tangannya mencapai bekas dan meletakkan air ke dalam bekas sebelum menanggalkan kanta pelekapnya.
"Apa aku buat sebelum terlelap tadi sampai contact lens pun aku tak tanggalkan?,"bebel Zara sendirian sambil sibuk menilik matanya.Patutlah matanya sakit.Janganlah ada jangkitan kuman pula.Dia memang kerap mendapat jangkitan kuman apabila tidak mengikut cara pemakaian kanta pelekap yang betul.Mana tidaknya,kanta pelekap yang hanya boleh dipakai sebulan dipakai sampai setahun.Memang sah-sah kuman membiak.Bukan setakat bapa kuman,moyang kuman pun hidup sama.Matanya kelihatan terlalu sembab dan bengkak.Ishh..tak boleh jadi ni.Kenapalah bengkak macam ni.Dengan mata hitam macam ni sememeh disebabkan maskara yang sudah comot.
Zara perasan kerlipan lampu pada telefon bimbitnya menandakan handphonenya sudah berjaya dihidupkan.Dimasukkan kata laluan handphone dan kata laluan simkadnya sebelum berlalu keluar bilik untuk menegur segelas air.Dia hairan melihat ruang tamunya yang terang benderang bagaikan tengah hari.Siang ke?Dia berjalan laju menuju ke pintu balkoni dan menyelak langsir dan membuka pintu balkoni membiarkan angin masuk.Siang?Zara memandang jam gergasinya.Pukul satu??Zara terkejut.Satu tengahari??Lamanya dia tidur!Dengan sembahyang subuhnya entah ke mana,jam locengnya tidak berbunyi juga handphonenya yang tidak berbunyi membuatkan dia memang hanyut dalam dunianya sendiri.
Dia tiba di hadapan peti ais dan termangu seketika.Dia merenung nota yang terlekat di pintu peti sejuk berkenaan menggunakan magnet yang dibeli dari Kota London beberapa tahun dulu.Memang peti ais si Zara ni penuh dengan pelbagai khazanah magnet.Memang hobinya mengumpul cenderamata dalam bentuk magnet daripada setiap negara yang dilawatinya atas urusan perniagaan atau melancong semata-mata.
JANGAN LUPA MANDI.MUKA HODOH MACAM PONTIANAK SESAT!!
Zara menarik nota itu daripada terlekat di peti ais.Pontianak?Ini mesti kerja si mangkuk tu.Tak ada orang lain dalam dunia ni yang kurang siuman melainkan lelaki itu.Namun Zara pelik.Bagaimana lelaki itu masuk ke rumahnya dan meninggalkan nota tersebut?Takkan dia pecah masuk rumah aku pula?Zara malas mahu memeningkan otaknya yang terasa berat.Dia mengeronyokkan kertas itu sebelum mencampaknya ke dalam tong sampah berdekatan.Dibawa gelas minumannya yang sudah berisi air ke dalam bilik.
YOU ARE READING
Lelaki itu...
RomanceLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...