32 "I ok"

26.4K 739 256
                                    


Bab 32

"I ok"

Ameer Reza merenggangkan tali leher yang tergantung kemas di lehernya dan disengetkan tali leher tersebut. Hujung tali leher tersebut disematkan ke dalam poket kemeja kerjanya. Begitu juga dengan lengan kemejanya. Ditanggalkan butang daripada lubang butang dan dilipat kemas lengan tersebut hingga ke sikunya. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam namun dia masih di pejabatnya. Huwaa! Dia terpaksa overtime hari ini.Terdapat beberapa projek yang bakal menghampiri tarikh tamat tempoh pembinaan dalam masa beberapa bulan. Namun,projek-projek berkenaan belum siap sepenuhnya. Maka sebagai salah satu langkah menyedarkan dirinya yang banyak bermain-main, dia memilih untuk mengurung dirinya di dalam pejabatnya sendiri dan menghadap segala fail syarikat. Inilah pengajaran untuk hari ini. Janganlah menangguh-nangguhkan kerja yang sememangnya dah bertangguh-tangguh.

Ameer Reza menghela nafas berat.Diteguk juga kopi sejuk yang disediakan Imran pada petang tadi yang ternyata masih berbaki. Dihabiskan saki-baki kopi yang ada untuk membasahkan tekaknya. Sambil matanya leka memandang isi kandungan fail berwarma biru itu. Nasibnya baik kerana matanya tidak mengantuk lagi. Mungkin penangan kopi pekat yang disediakan oleh Imran. Masha Allah.Kopi yang dibancuh Imran memang sepahit-pahitnya dan selegam-legamnya. Balas dendam dekat bos agaknya sebab banyak menyusahkan hidup dia. Cuma kepala Ameer Reza sedikit pening mennghadap fail projek yang tinggi menggunung di hadapan matanya. Sampai naik juling matanya menghadap kertas-kertas formal tersebut. Alah, tak payah nak juling sangat. Baru mengadap fail sikit dah liatlah tu. Cuba suruh menghadap perempuan..bukan main terjojol matanya macam nak terkeluar dari soket. Inilah lelaki.

Apabila terasa kepenatan melanda otak dan fizikalnya, Ameer Reza mencampakkan sahaja fail itu ke atas meja di hadapannya. Dia duduk bersandar di kerusi kerjanya sambil memejamkan matanya. Rasanya badannya sudah memberi isyarat untuk pulang. Ameer Reza membuang pandangan ke bahagian luar tingkap gergasinya. Melayan perasaan penat dan mencuri waktu untuk mengelamun seketika. Mengelamun..satu perkara yang sudah jarang dilakukan akhir-akhir ini.Mungkin kerana kesibukan yang melanda membuatkan dia terlupa sedikit untuk melayan perasaan. Selalunya bila kepenatan begini orang gemar melayan perasaan kan? Masa penatlah nak teringat masalah, buah hati,keluarga juga makanan yang diingini. Semua orang begitu. Begitu juga Ameer Reza.

Namun kini,dia memilih untuk memikirkan tentang kerjanya.Ameer Reza sendiri bukan jenis yang rajin menghabiskan masa di dalam pejabatnya selepas tamat waktu bekerja. Cuma sekali-sekala bila kerja sudah lama ditangguhkan barulah dia dipaksa berkerja hingga lewat malam di dalam pejabatnya. Dia bukan jenis yang tidak tahu membahagikan masa antara kerjaya, keluarga dan masa untuk dirinya sendiri. Cuma akhir-akhir ini, dirasakan dirinya terlalu sibuk dengan urusan personal. Peribadi. Zara.

Serta-merta mata Ameer Reza yang terpejam tadi terbuka luas. Terbayang raut wajah gadis itu di hadapan matanya.Acap kali apabila kepenatan begini ingatannya akan terarah kepada seraut wajah bersih yang mengganggu ketenteram siang,malam malah jiwanya sendiri.

"Zara...,"sebutnya tanpa disengajakan.

Secara automatik tangannya mencapai satu objek berdekatan dengannya di atas meja dan ditekan alat kawalan jauh berwarna putih itu .Kedengaran bunyi layar gergasi diturunkan secara automatik. Lantas Ameer Reza memusingkan kerusi kerjanya ke arah layar gergasi yang menunjukkan jelas riak wajah Zara yang terkejut satu ketika ketika mereka berdua berada di dalam bilik mandinya. Terasa dirinya kerdil di hadapan gambar yang besar itu.

"Zara...Zara...Zara...What are we?"

Ameer Reza bermonolog sendirian memikirkan dirinya dan gadis itu.Memikirkan gadis itu membuatkan kadang kala dia tersenyum sendirian dan kadang kala dia mengetap gigi menahan amarah.Apa hubungan mereka berdua sebenarnya.Rakan?Jiran?Musuh?Business partner?Partner in crime? Bingung dia memikirkannya.Namun terbit jua senyuman kecil di bibirnya. Dia sendiri tidak punya jawapan kepada status hubungan mereka. Sedar-sedar, gadis itu menjadi sebahagian daripada hidupnya kini. Walaupun mereka jarang bersua muka namun dia tahu Zara Harnina Yazmin adalah salah seorang yang rapat dengan dirinya dalam masa beberapa bulan ini. Buktinya? Dapat dirasakan kejanggalan apabila sudah lama tidak bersua muka dengan gadis itu. Dia akui ada rindu yang bersarang di hatinya. Namun, rindu tidak bermakna dia harus mengakui hakikat tersebut dan menonong sahaja terpacak di hadapan rumah gadis itu.

Lelaki itu...Where stories live. Discover now