Bab 34
'I am so dead'
Keesokan harinya, cuaca mendung disebabkan hujan lebat awal pagi itu. Walaupun cuaca sejuk, Zara tetap bangun awal kerana jalan menuju ke pejabat dari rumahnya memakan masa lebih lama berbanding jika dari Paysage. Awal pagi sebegini, suasana rumahnya memang sunyi namun selalunya dia tahu orang tuanya sudah pun mencelikkan mata. Silap hari bulan, mamanya juga sudah selesai ke pasar pagi bersama pembantu rumahnya, Mak Lijah.Papa dan mama Zara memang tidur awal. Kadang-kala, tepat pukul 10 malam pun mereka berdua sudah masuk ke bilik tidur jika tidak ada sebarang majlis. Orang tua kan. Sentiasa memerlukan rehat yang cukup.
Namun pagi ini, walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, Tan Sri Yazid dan Puan Sri Zuliani masih juga belum kelihatan di meja sarapan. Zara melangkah menuruni tangga dengan perlahan dengan penuh perasaan pelik. Lebih mengejutkan apabila Mak Lijah masih lagi bertungkus-lumus menyiapkan sarapan pagi. Dah macam robot tangannya. Laju semacam menyusun makanan di atas meja makan.Zara pelik. Dia memandang jam besar yang kelihatan di ruang tamu rumahnya. Tepat jam 9 pagi. Pelik! Selalunya 7.30 pagi lagi makanan dah siap! Apa yang lambat sangat pagi ini. Bangun lambat ke? Takkanlah!Ke jam itu yang rosak? Sepanjang hampir 30 tahun dia hidup, tak pernah-pernah jam itu rosak.
"Selamat pagi Dewi. Pamela. Mak Lijah. Lambat sarapan siap hari ini," ketiga-tiga pembantu rumahnya memandang Zara dan pergerakan kerja mereka terhenti. Mereka memandang Zara dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Mak oii. Serba hitam. Kalah watak lembaga hitam dalam filem yang ditonton oleh Pamela, Dewi dan Mak Lijah ketika melipat kain petang semalam.Lagi mengerikan apabila Zara mengenakan sepasang cermin mata hitam ketika berada di dalam rumah. Dah macam body guard wanita pun ada. Lebih-lebih lagi apabila dia kelihatan sophisticated dengan kemeja kerja yang di tuck-in ke dalam seluar slacknya.
"Neng Min nampak cantik sekali,"puji Dewi, takut-takut. Eh, dah tahu takut berani lagi nak puji pula itu. Namun, dia disiku Pamela kerana pujiannya dan Pamela menggelengkan kepala, kurang bersetuju dengan tindakan Dewi memuji Zara. Mak Lijah juga sempat menepuk punggung Dewi kerana bersuara sebegitu. Ada-ada aje dia orang bertiga ini. Masing-masing tahu sejak kejadian Zara meraung malam tadi, rasanya mood gadis itu pasti tidak seindah mentari pagi. Eh,Dewi ini. Rasanya pagi tadi Mak Lijah dah warning jangan cakap bukan-bukan.
"Oh, terima kasih Dewi,"pendek sahaja balasan Zara menyebabkan Dewi dan Pamela tercengang memandangnya. Jari telunjuk Dewi dihalakan ke arah dirinya sendiri. Neng Yazmin bilang sama aku kok. Pelik sekali. Waduhh..selalunya ku dimaki saja kok. Terus lepas menangis, baik terus.Ada yang aneh banget ni, bisik hati kecil Dewi. Mak Lijah pun pelik.Sejak bila Zara menjadi sebaik itu? Selalunya, mahu kena jerkah apabila dipuji sebegitu. Paling tidak pun mereka pasti dijeling.
"Kami terbangun lambat Min. Duduklah. Dah nak siap dah pun. Kejap lagi Puan Sri dan Tan Sri turun. Mereka pun bangun lambat juga. Duduk Min," Mak Lijah menarik kerusi untuk Zara duduk. Sekali lagi Zara mengucapkan terima kasih membuatkan Pamela dan Dewi tercengang lagi. Ini dah kena rasuk hantu pagi ke apa ini? Mak Lijah terpaksa mengheret dua pembantunya itu ke dapur setelah puas dia memanggil Pamela dan Dewi yang kelihatan berdiri tegak di situ. Kaku.
Zara pelik. Dia memandang tangga. Sejak bila pula orang tuanya bangun lewat? Kemudian dia memandang tiga pembantu rumahnya yang sedang berlalu semula ke dapur. Orang gaji pun boleh bangun lambat juga ke? Moden sungguh orang gaji pada alaf ini. Rasanya, tak adalah lambat sangat mereka masuk tidur semalam. Rasanya pukul 1 pagi semalam, rumahnya telah gelap kerana dia orang terakhir yang menutup lampu ruang tamu tersebut..Bukankah dia berjaga hingga lewat pagi? Apa yang terjadi semalam? Ada sebarang konsert atau show yang dia terlepas ke?
"Morning Min," Puan Sri memeluk dirinya. Lama dipeluknya Zara sambil dicium kepala anaknya dan diusap perlahan. Pelik benar perangai Puan Sri. Namun Zara membiarkan sahaja. Puan Sri mengambil tempat di sisi kanan Zara, berdekatan dengan penghujung meja supaya sentiasa dekat dengan Tan Sri Yazid yang sentiasa duduk di kerusi paling hujung selaku ketua keluarga Memang sejak Zara lahir lagi, kedudukan tempat duduk orang tuanya di kerusi makan tidak pernah berubah.
YOU ARE READING
Lelaki itu...
RomanceLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...