Bab 26
"And yes..thank you for the service"
Suasana sepi menghuni ruang bilik mandi yang kelam ketika itu.Bagaikan suasana hening yang bakal bermula sebelum perang terhebat bakal bermula.Pergh,hebat betul!Mencerlung mata Zara memandang Ameer Reza geram kerana privasinya sebagai tuan rumah dan seorang perempuan diganggu walaupun dalam keadaan samar-samar sebegitu.Rasa mahu di 'flying' kick lelaki itu.Sakit hati dan perasaan marahnya tidak tertahan.Ameer Reza pula dengan selambanya buat tidak tahu sahaja sambil sibuk membelek DSLR Nikonnya yang digunakan untuk mengambil gambar Zara tadi.Terangnya skrin kamera itu sedikit menghalang matanya daripada memandang kamera dengan jelas. Kebanyakan gambar yang diambil hanya dari paras kepala hingga ke leher.Semua ternyata bukan gambar ala-ala model.Kalau nakkan gambar yang tersenyum riang bagaikan model disinari mentari,jangan haraplah!Sebaliknya gambar seseorang yang sedang terkejut beruk makyei.Walaupun sedang leka,sesekali matanya dengan berani melawan pandangan mata Zara sambil menyampaikan mesej dalam diam 'KALAU BERANI,CUBALAH'.Apa masalah budak lelaki seorang ini?Nak cuba apa?Cuba mencabar egonya agaknya.Ish..dasar pembawakan angin kus-kus betul!Dahlah main redah masuk rumah orang!
"I'm listening.Shoot,Mr. Ameer Reza.Whatever it is.Because I don't have that much time for you.Dahlah menganggu ketenteraman jiran lain.You tahu,kalau I report.."Zara bercakap dengan penuh yakin dengan tangan-tangannya sekali bergerak pelbagai gaya dan aksi.Malangnya dia lupa,dia sedang bercakap dengan Ameer Reza yang sedikit kurang perasaan keperimanusiaan.Dia ingat Ameer Reza kisah agaknya.Kalau hendak dibandingkan Ameer Reza dengan tanah liat,rasanya lagi liat Ameer Reza.
Ameer Reza pantas memotong percakapan Zara , "Silakan.Aku tak larang..Report polis ke menteri ke anak raja sekalipun.Do I look like I care?"
Zara terdiam sambil menghadiahkan pandangan tidak percayanya.Ya Allah,berilah aku kekuatan dalam menguruskan budak terencat akal ini.Dasar langsung tak makan saman!Kenapalah wujud masalah macam ini dalam dunia ini.Kenapa aku yang harus berhadapan dengan dia?
"You better talk,now!"Zara mengalah sambil mencapai span mandi berwarna biru lembut yang berdekatan dengannya lantas digunakan untuk menyapu air sabun di lengannya sambil menggelengkan kepalanya perlahan.Tiada lagi nikmat berendam di dalam tab mandi kecil itu seperti yang diharapkan pada mulanya.Dasar mental!Orang hutan!Tak tahu adab!Elok buta aje.Ada ke perempuan tengah mandi dia main redah aje masuk??Buta betul-betul baru tahu.Melututlah kau minta maaf dekat aku.
Ameer Reza menghentikan tindakannya yang leka membelek gambar tadi lantas kini menjadikan Zara sebagai fokus utamanya.Dia memandang ruangan sederhana besar yang suram itu sebelum matanya jatuh ke arah telefon bimbit,gelas berisi air oren serta cincin yang dihadiahkan kepada Zara untuk props mereka malam tadi yang tersadai di sebelah Zara di atas jubin.Mungkin cincin itu ditanggalkan untuk mengelakkan daripada terkena air sabun.Nampaknya dia telah mengganggu satu parti besar di dalam bilik air.Ah,kisah pula aku!
"So how is your plan regarding our condition complicated by your father's desire last night?,"soalan yang memang sudah dijangkakan oleh Zara.Dasar tak menyempat langsung!Boleh sabar sekejap tak?Ni masa aku tengah mandi nilah kau sibuk nak tahu,bebel Zara di dalam hati!Patut benda boleh tunggu.Yang kena buat keputusan aku,bukan kau!Over betul!
"Why?,"ringkas sahaja soalan Zara,penuh lagak sambil menghadiahkan pandangan mencabar pendirian Ameer Reza.Sahaja tidak mahu menjawab,mahu bikin Ameer Reza marah!Dia tahu Ameer Reza perlukan penjelasan namun dia masih dalam niat mahu bergurau senda dengan lelaki itu.
Ameer Reza ketawa kecil penuh kesinisan sebelum wajahnya berubah serius, "You are not answering the question here,sweetcheek"
Zara tersenyum manis.
YOU ARE READING
Lelaki itu...
RomanceLELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,ber...