Tengku Aidan Haiqarl | Tengku Medina Dilaila
[𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠]
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Kata orang, senyumannya manis bak madu dan aku akui akan semua itu."- Tengku Aidan Haiqarl.
"Dia berkata aku sempurn...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
27/3/2013
𝗔𝗡𝗔𝗞 tudung dibetulkan sebelum tudung sekolah dikenakan di atas kepalanya. Medina melepaskan keluhan. Matanya yang sedikit sembap dipandang lama sebelum dia mencapai foundation yang elok diletakkan di dalam laci make-upnya
Setelah selesai membuat sentuhan terakhir, Medina tergopoh-gopoh mengambil tudungnya yang tersangkut di wardrobe. Beg sekolah berjenama Adidas berwarna hitam diambil lalu digalas seperti kebiasaannya.
Tidak lupa juga, dia membawa airpod bersama dengan telefonnya. Usai menyiapkan diri selama beberapa jam, dia akhirnya membuat keputusan untuk turun ke bawah. Suis lampu dan kipas ditutup. Elakkan pembaziran la katakan.
Suasana di meja makan masih sunyi sepi. Apa yang kedengaran hanya la bunyi sudu dan garfu berlaga sesama sendiri. Masing-masing petah menguncikan mulut. Sudah menjadi adab keluarga itu untuk makan dengan suasana yang senyap dan tenang.
"So, Medina dah buat keputusan ke?" Tanya Tengku Maira bersama dengan senyuman kecil di bibir. Wajah cantik anak tirinya itu dipandang lama. Medina menjongket sedikit keningnya sebelum tersedar akan keterlanjurannya.
"Oh, Medina rasa tak nak la." Balas Medina takut-takut. Tengku Muiz berdehem seketika sebelum mengambil tisu untuk mengelap mulutnya yang sedikit comot.
"Kenapa pula tak nak? Bagus kan kalau kamu tu bergaul dengan orang ramai?" Tanya Tengku Muiz membuatkan Medina terkedu.
Tangannya diregangkan sesama sendiri cuba untuk mengusir rasa gerun yang bertandang di hati.
"Abang, anak nak makan ni kan?" Pujuk Tengku Maira lembut. Tengku Muiz menggeleng kepalanya sahaja. Isterinya itu, sibuk betul mahu membela sikap anti sosial Medina.
"Saya buat macam ni untuk kebaikan dia Maira. Sampai bila la agaknya Medina nak terus bersikap macam ni? Kawan tu, entah ada ke tidak. Lepas tu, sibuk berlagak macam diri tu ramai kawan!" Tegas lelaki tua itu lagi lalu memandang tajam wajah pucat lesi Medina. Medina pantas menekur ke lantai tanda takut.
"Give her space abang."Bahu suaminya itu diusap.
"Space? Berapa banyak lagi ruang yang abang perlu bagi? Dua tahun? Lima tahun? Oh come on Maira, this is stupid okay?"
"Who's stupid?"
Suara garau yang datangnya dari tingkat atas membuatkan Tengku Maira dan Tengku Muiz berpandangan sesama sendiri. Medina seakan-akan mahu meraung sekuat hati sahaja. Tangannya lincah mengambil senduk lalu mi goreng yang masih hangat dan panas itu diletakkan dengan berhati-hati ke dalam pinggan.
"Aidan, pergi mana semalam tak balik-balik? Hari ni baru ingat nak balik rumah?" Soal Tengku Maira. Aidan tersenyum senget sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Medina. Wajah Medina dipandang dari sisi sebelum dia berdecit.