AIDAN: BELONGING 12

52 19 1
                                    

Semoga anda semua terhibur dengan bab ini! Happy reading semua!

Semoga anda semua terhibur dengan bab ini! Happy reading semua!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"𝗜 miss you so much Medina. Now you're here." Dahlia memeluk lembut tubuh Medina yang sedikit kedinginan. Mungkin atas faktor cuaca yang agak sejuk. Medina meletakkan wajahnya pada bahu Dahlia. Ini yang dia perlukan ketika ini.

Sokongan daripada rakan baiknya yang beberapa tahun lamanya mereka terpisah. Dan kini, dia dipertemukan semula dengan Dahlia. Gadis itu tampak lebih matang dan kelihatan lebih cantik daripada sebelum ini.

"So, tell me. Apa cerita kau dekat sana?" Tanya Dahlia sekali lagi lalu menolak beg empat roda milik Medina. Medina tersenyum kelat sahaja. Rasanya, dia tidak perlu bercerita secara berlebihan kerana dia sudahpun memberitahu cerita penting itu kepada Dahlia.

"Life aku macam Scooby Doo sekarang. Aku tak boleh fikir lagi macam mana aku nak hadap semua ni." Tubuh yang lemah longlai itu terpaksa duduk di sebuah kerusi memandangkan keadaan Medina sedikit lemau. Dahlia yang faham akan tindakan itu lantas turut membuat perkara sedemikian.

"Everything changes to fast Dahlia. Aku tak tahu apa salah aku pada Bella sampaikan dia sanggup fitnah aku sebegitu. Kalau dia ingat aku cuba rampas Aidan daripada dia, dia silap sebab aku memang tak nak kan Aidan." Medina mengurut pelipisnya cuba menghilangkan rasa pening yang semakin mencengkam dirinya.

Ah, dia tidak sepatutnya mula membangkitkan isu ini memandangkan dirinya masih lagi dalam keadaan trauma. Sebab itu dia datang ke sini dengan bantuan Dahlia dan tanpa bantuan daripada sesiapa. Dia mahukan masa. Masa untuk mengumpulkan kembali kekuatan yang hilang suatu ketika dahulu.

Dapat Medina rasakan Dahlia mengusap lembut bahunya cuba menyalurkan kekuatan sedikit demi sedikit. "Aku tahu ini pasti kerja si nenek kebayan tu. Berani dia cari fasal dengan kau. Aku kalau ada di sana, memang pecah juga muka plastik dia tu!" Kutuk Dahlia lalu mengepal penumbuk di bawah meja.

Chill Dahlia, dekat tempat public ni. Kalau nak mengamuk sampai berguling pun boleh, tapi tunggu sehingga sampai di rumah. Desis kecil hati Dahlia. Menahan geram la katanya!

"Aku tak perlukan kau untuk belasah dia. Aku cuma nak kau ada bila aku down that's it. Can you? Kau je harapan aku sekarang Dahlia. Aku tak ada sesiapa lagi." Medina menggenggam erat tangan Dahlia. Dahlia mengangguk sahaja.

"I'm here kalau kau nak luahkan apa-apa je. Aku dah anggap kau macam adik aku Medina." Ujar Dahlia sedikit sebak. Mungkin terlalu rindu akan keadaan mereka sebegini.

"Eh, lepas la! Nanti orang ingat kita ni lesbian pula!" Kata Dahlia lalu mula mengesat perlahan air matanya yang menitis sebentar tadi. Dapat Dahlia mendengar gelak tawa kecil daripada Medina. Sudah lama rasanya dia tidak mendengar gelak tawa Medina.

"So, jom kita balik rumah aku terus.Then, aku akan bawa kau round satu London okay?" Cadang Dahlia lalu tersenyum mengherot. Medina mengangguk sahaja tanpa banyak kata. Dah gadis itu yang menawarkan diri, buat apa pula mahu tolak? Dirinya juga yang untung kerana dapat melihat keindahan alam bumi London ini.

MedinaWhere stories live. Discover now