Tengku Aidan Haiqarl | Tengku Medina Dilaila
[𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠]
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Kata orang, senyumannya manis bak madu dan aku akui akan semua itu."- Tengku Aidan Haiqarl.
"Dia berkata aku sempurn...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SUASANA di dalam cafe itu membuatkan hati Medina dihambat rasa gembira ya amat. Rasanya sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke sini. Beg tangan diletakkan di atas meja berbentuk bulat yang dihasilkan melalui kayu jati.
Warnanya pula dicat dengan warna putih dipadankan dengan kerusi berbentuk segi empat sama berwarna merah jambu cair. Cantik!
Daripada tadi dia tidak berhenti-henti menyuarakan pendapatnya. Nampaknya Tengku Muiz benar-benar mengotakan janjinya untuk mencantikkan cafe ini. Medina seharusnya berterima kasih kepada Tengku Muiz kerana tanpa lelaki itu, keadaan cafe ini tidak akan terurus dan secantik ini.
Matanya beralih pula pada satu lukisan yang penuh nostalgia. Entah kenapa dia dapat merasakan bahawa lukisan itu merupakan sebahagian perkara yang besar dalam hidupnya. Ataupun hanya perasaannya sahaja?
Mungkin dia cuma tertarik dengan lukisan itu. Malah, kedudukannya juga masih sama seperti dahulu. Cuma yang berubahnya hanya terdapat sedikit habuk-habuk.
Tidak mengapa.
Nanti ada masa dia boleh membersihkan kawasan sekitar di sini. Sudah tiba masanya dia menggalas tanggungjawab ini. Selama ini, Tengku Muiz yang tolong melihatkan keadaan cafe ini. Dan semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Jadi, giliran Medina pula akan mengambil alih untuk menjaganya. Dia akan memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
Di dalam hati tidak berhenti-henti dia mengucapkan tanda syukur ke hadrat Ilahi.
Cuma, ada perkara yang pelik. Bukankah Tengku Muiz pernah berkata bahawa dia membenci dirinya? Kenapa pula lelaki itu bersusah payah menyediakan semua kelengkapan di kafe ini?
Atau, hanya perkataan benci meniti di bibir Tengku Muiz walhal di dalam hati, masih ada rasa menyayangi.
Bunyi loceng daripada pintu cafe telah membuatkan lamunan Medina menghilang justeru menandakan seseorang masuk ke sini. Tetapi, pelik. Kedai ini belum lagi dibuka sepenuhnya. Jadi, siapa pula yang masuk ke sini tanpa sebarang keizinan?
"Hello? Ada sesiapa ke?" tanya Medina lalu dia berjalan menghampiri pintu kaca tersebut. Sunyi. Sepi. Langsung tiada sebarang sahutan.
Jantungnya berdegup kencang seakan-akan dia baru sahaja selesai membuat larian di padang. Berdebar-debar seolah-olah akan ada sesuatu perkara yang amat dia takuti.
"Kalau ada orang, jangan main-main. Tolong tunjukkan diri awak!" tegas Medina berkata. Kali ini Medina segera mengambil telefonnya cuba untuk mendail nombor seseorang. Tetapi siapa lagi yang dia ada?
Adakah Aidan? Sanggup kah lelaki itu membantu dirinya?
Bunyi geseran rantai pada lantai semakin membuatkan hati Medina tidak senang. Tanpa berfikir panjang, terus sahaja dia menekan contact Aidan.