AIDAN: BELONGING 10

67 18 3
                                    

𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 agam di hadapan dirinya tika ini dipandang lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 agam di hadapan dirinya tika ini dipandang lama. Tampak indah dan menawan tetapi hakikatnya, semua itu hanya la andaian semata-mata. Hidup Medina bagaikan mimpi ngeri semenjak dirinya memasuki ke dalam keluarga ini.

Sisi tali begnya digenggam kuat. Medina melepaskan keluhan berat lalu mula menapak ingin memasuki rumah itu. Baru sahaja dia mahu menjejakkan kaki, tubuhnya terlebih dahulu ditahan oleh penjaga yang duduk di situ.

"Awak ni siapa ya?"

Medina mengangkat keningnya sedikit. Di manakah Pak Mat? Pada kebiasaannya, lelaki tua itu yang akan menjaga pagar. Tetapi sekarang tidak. Bahkan, lelaki di hadapannya itu langsung dia tidak kenali.

''Tak penting untuk awak tahu. Biarkan saya masuk." Medina mahu memasuki ke rumah itu tetapi pengawal itu lebih tangkas menahan dengan mencengkam lengan Medina.

"Apa sentuh-sentuh ni?" Terus Medina menjarakkan kedudukan mereka.

"Saya terima arahan daripada Tengku Muiz, jangan benarkan awak masuk ke sini." Katanya tegas. Tetapi apa yang Medina peduli? Dia ingin masuk. Dia perlukan penjelasan mengapa Tengku Muiz menghalaunya keluar daripada rumah itu tanpa mempunyai sebarang bukti yang kukuh.

''Baik adik balik sebelum keadaan akan bertambah lagi teruk." Pujuk lelaki itu. Medina mendengus sahaja. Dia tidak peduli. Tidak kisah lagi akan tanggapan orang lain terhadap dirinya.

"Saya nak masuk!"

Medina terus memecut laju meninggalkan pengawal itu yang masih cuba mengejar dirinya. Nasib baik dia memakai baju casual hari ini, kalau tidak, mahu terjatuh macam nangka busuk.

"Papa! Papa!" Medina melaung kuat di hadapan pintu agam itu. Matanya mencari kelibat yang ingin dia jumpai. Tetapi, tiada sebarang tanda-tanda bahawa papanya itu akan hadir. Kelihatan pengawal itu baru sahaja tiba dengan nafas yang tercungap-cungap.

Dia menarik nafas lalu dihembuskan beberapa kali. "Keluar dik. Saya mohon sangat-sangat." Rayunya dengan riak wajah tolong. Medina masih tiada perasaan belas kasihan. Di mana pula Tengku Muiz ini? Tidur lagi kah?

"Awak boleh diam tak? Ini urusan saya dengan papa saya. Papa!" Sekali lagi Medina menjerit memanggil nama itu tetapi jawapannya masih sama, tiada yang keluar.

"Tak ada guna adik terus menjerit macam ni. Tengku tak akan keluar!" Katanya lagi membuatkan Medina mahu sahaja melayangkan sebuah sepakan. Kalau boleh, biar sampai ke planet marikh.

Baru sahaja Medina mahu membalas kata-kata itu, pintu itu terbuka dengan luas lalu tersembul la wajah ketat Tengku Muiz. Keadaan lelaki tua itu masih sama.Tua tetapi masih kelihatan kacak dan bergaya.

Entah kenapa rasa sedih dan sebak bertandang di dalam hatinya ketika ini. Lelagi apabila melihat keadaan lelaki itu yang agak tidak terurus.

"Papa."

MedinaWhere stories live. Discover now