AIDAN: BELONGING 11

57 12 2
                                    

𝗕𝗔𝗝𝗨 dilipat dengan kemas oleh Medina sebelum dia memberikan sebuah picitan di kepalanya yang sedikit berpinar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝗕𝗔𝗝𝗨 dilipat dengan kemas oleh Medina sebelum dia memberikan sebuah picitan di kepalanya yang sedikit berpinar. Naik pening dirinya apabila melihat t-shirt, skirt labuh, baju tidur, tudung dan blouse yang bersepah di atas katil.

Belum lagi termasuk dengan jubah dan baju kurung. Medina sendiri tidak tahu akan kewujudan baju yang begitu banyak sekali.

Ini la masalah perempuan. Setiap kali nak keluar, kata tak ada baju untuk dipakai. Tetapi lihat sahaja la pada masa ini, begitu banyak sekali baju elegant yang tersaji di hadapan matanya.

Tergelak kecil Medina dibuatnya. Dia sudah membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke London. Dia akan duduk di sana bersama dengan Dahlia dan keluarganya.

Bersyukur Medina apabila Dahlia dengan senang hatinya menghulurkan tangan untuk membantunya. Dia tidak sempat mahu berjumpa dengan rakan sekelasnya. Ah, pasti mereka sudah berasa jijik akan dirinya ketika ini.

Apatah lagi seluruh pelajar di situ. Lebih baik Medina mengambil langkah berjaga-jaga. Bimbang dirinya akan terkena perkara yang dia cuba elakkan daripada berlaku. Sedang asyik dia mengelamun, telefon bimbitnya berdering diminta untuk diangkat.

Medina hanya mengangkat keningnya sahaja. Siapa pula yang telefon ni? Salah nombor ke? Gumam Medina di dalam hati.

Unknown number.

Medina teragak-agak mahu menjawab panggilan tersebut lalu dia akhirnya membuat keputusan untuk menjawab sahaja. Mana tahu ini adalah perkara yang penting?

"Assalamualaikum hello, siapa ni?" Medina terus bertanyakan soalan itu tanpa banyak kata. Dia harus menyelesaikan perkara bersama dengan orang itu secepat yang boleh. Masih banyak barang yang belum dikemas.Ah, lenguh otot dan sendinya.

"Waalaikumussalam. Medina, ini saya Izz."

Terpana Medina dibuatnya. Serasanya dia seperti pernah mendengar nama itu tetapi dia tidak pasti di mana dan siapa. Otaknya cuba diperah.

"You forget about me?" Soal lelaki itu lagi. Medina semakin pelik. Dia jarang berhubung dengan lelaki lelebih lagi sekiranya dia tidak kenali. Sekarang? Siapa pula yang berani-berani berkata bahawa dia kenal akan dirinya?

"Maaf saya rasa saya tak pernah kenal dengan orang bernama Izz." Balas Medina lembut tidak mahu gerangan di sana terasa. Kedengaran Izz ketawa kecil.

"Saya abang Bella. Dah ingat?"

Medina mengangguk sahaja. Baru kini dia tahu. Izz yang datang ke rumah hari itu bukan? Eh kejap--

Macam mana lelaki itu boleh ada nombor dia? Dia minta pada Bella? Ataupun dari Aidan?

"Mana dapat nombor saya?" Tanya Medina sedikit bengang. Apa mereka fikir nombornya itu barang dagangan kah? Sesuka hati saja menjual nombor telefonnya kepada orang asing. Medina mencebik kegeraman.

MedinaWhere stories live. Discover now