Tengku Aidan Haiqarl | Tengku Medina Dilaila
[𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠]
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Kata orang, senyumannya manis bak madu dan aku akui akan semua itu."- Tengku Aidan Haiqarl.
"Dia berkata aku sempurn...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝗕𝗨𝗞𝗨 itu lantas ditutup oleh Medina. Fikirannya laju sahaja mengingati seseorang yang sering bermain di mindanya sepanjang dirinya berada di sini. Entah kenapa Medina berasa seolah-olah ada sesuatu yang tertinggal di sana.
Tetapi, apakah ia?
Adakah hatinya yang separuh lagi Aidan telah bawa? Sudah! Merepek sahaja kau Medina. Aidan tak akan pandang dan sedar akan kewujudan kau ke sini. Dia lebih pentingkan tentang keluarganya.
Oh, lupa pula berkenaan dengan Bella. Si gadis cantik itu. Mana mungkin Medina akan melupakan gadis itu. Begitu cantik sehingga sanggup memberikan segala-galanya kepada Aidan. Termasuk la mahkota yang wajib kaum hawa menjaga sepanjang mereka masih belum berkahwin.
Benar la apa yang orang kata, cinta itu buta.
"Jauh termenung." Bahu Medina ditolak sedkit oleh Puan Diana. Terkejut bukan main lagi gadis itu apabila disergah sebegitu. Seingatnya, Puan Diana sibuk mengemas di tingkat atas.Tetapi kini...
Ah kau ni Medina, dah lama kut kau mengelamun seorang diri di sini. Pasti la Puan Diana telah lama menyiapkan tugasannya yang itu. Desis hati Medina kecil.
"Medina ni, ada masalah ya? Umi tengok masa makan tadi Medina macam tak happy aje. Kenapa? Tak sedap ya umi masak?" soal Puan Diana sedikit berjauh hati. Mungkin dia merindui tingkah laku dan perangai Medina.
"Hm, Medina kurang sihat sikit la Umi. Pening." Alasan lapuk itu Medina berikan. Asal Puan Diana sudah percaya pun sudah cukul bagi dirinya.
Dia masih tidak boleh menerima akan keadaan yang berlalu dan merebak dengan terlalu pantas. Allah itu menduga hambanya untuk melihat sejauh mana kita dapat bertahan.
"Umi tahu umi tak layak nak masuk campur urusan dan hal peribadi Medina but if you don't mind, boleh umi beri pendapat?" Cadang Puan Diana lalu tersenyum manis. Tangan Medina yang berada di riba diambil lalu dicengkam lama tetapi dengan nada kelembutan
Sungguh dia sayang akan Medina. Walaupun gadis itu hanya la kawan baik kepada anak gadisnya. Baginya, Medina adalah anaknya dahulu, kini dan selamanya.
"Umi, Medina penat Umi. Medina rasa macam nak mati je sekarang. Medina tak sekuat arwah mama. Mampu dengar cacian orang ramai. I wish I can be like mom. She's such an amazing person." liah Medina lalu menekup wajahnya dengan kedua-dua tangan.
"Great. Okay, but wait. Tadi Medina cakap yang Medina macam nak mati? Medina, we're here for you . Kalau Medina nak cerita apa-apa atau anything just tell meor Dahlia. Medina pernah tak baca satu quotesIslamic ni?" soal Puan Diana lalu memeluk bahu Medina laju.
Medina menggeleng sahaja. Entah kenapa terasa berat sahaja mulutnya mahu berkata-kata. Seolah-olah mulutnya itu akan mengeluarkan sebutir emas atau permata sekiranya dia bercakap.