AIDAN: BELONGING 7

84 16 2
                                    

     SURAT yang berada di genggaman tangan Medina dipandang lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     SURAT yang berada di genggaman tangan Medina dipandang lama. Hatinya masih berbelah bahagi sama ada dia harus mengikuti kem ini ataupun tidak.

"Jauh betul termenung." Seteko teh diletakkan di atas meja kaca. Medina tersengih lantas terus melipat borang kem yang baru sahaja dilihat tadi. Mak Timah menuang air teh di dalam cawan kaca.

"Surat apa tu? Tak nak kongsi dengan mak ke?" Usik Mak Timah. Medina sembunyikan senyumannya yang manis. Dia dan Mak Timah memang rapat bahkan panggilan mereka juga bertukar menjadi mak. Katanya, dia lebih selesa sekiranya Medina menggelarkan dirinya sebagai 'mak'.

"Nanti aje la Medina beritahu. Mak masak apa ni? Wah, sedapnya!" Medina sudah bertepuk tangan tatkala melihat cucur udang yang masih panas. Baru sahaja selesai digoreng pasti la panas. Makan pada waktu cuaca sejuk macam ini, memang heaven!

"Makan la puas-puas. Mak tahu Medina dah lama nak makan, itu yang mak terus buat." Ujar Mak Timah lalu dia ketawa kecil melihat gelagat Medina yang sudah tidak menyabar mahu memulakan suapan dan gigitan pertamanya.

"Perlahan-lahan la Medina. Melecur lidah tu nanti." Tergeleng kepala Mak Timah dibuatnya. Gadis itu selalu sahaja membuat telatah yang bikin hatinya senang.

Medina memejamkan matanya seketika cuba menghayati rasa dan kesedapan cucur udang ini. Masakan Mak Timah memang sangat sedap sehingga boleh dihidangkan di restoran lima bintang!

Mak Timah melangkah ke dapur meninggalkan Medina yang sibuk menikmati sajian dan hidangan yang disediakan.

"Medina, Mak Timah mana?" Satu suara lunak itu bertanya. Medina menunjukkan ke arah dapur. Dalam pemikiran Medina sudah memikirkan tentang Tengku Maira yang sibuk mencari Mak Timah. Apa tujuannya?

Mungkin berkaitan dengan Tengku Muiz. Mungkin sahaja kerana dirinya sendiri tidak pasti. Tidak petah menunggu lama di meja kopi itu, Medina terus melenyapkan dirinya di sebalik sliding door.

Matanya tertarik untuk melihat kolam renang yang tampak seperti dingin ini. Hatinya berbisik seakan-akan mahu merasa dan menyentuh air yang dingin itu.

Tetapi dirinya terpaksa melarang memandangkan dia tidak mahu mengambil risiko. Sudah la Aidan berada di dalam rumah pada hari ini. Yang peliknya tidak pula si Aidan itu keluar bersiar-siar bersama dengan Bella.

Ya la, setiap kali lelaki itu mahu keluar, pasti Tengku Maira akan menyoal ke mana dia hendak pergi. Jawapannya, mahu keluar dengan Bella. Rindu la katakan. Walhal setiap hari mereka berjumpa di sekolah. Haih, macam-macam.

"Aku tak nak kau pergi kem tu faham?" Datar sekali suaranya berkata. Medina menoleh memandang wajah ketat Aidan yang tidak memberikan sebarang senyuman. Apahal pula dengan si Aidan ni? Kena sampuk dengan hantu?

Medina menjeling sahaja Aidan. Dia tahu Aidan berasa tercabar tetapi apa yang dia peduli?

"Kau dengar tak aku cakap ni Medina?" Sekali lagi suara itu bertandang di halwa telinganya. Medina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa masalah lelaki itu sebenarnya? Suka sangat nak menghalang apa yang dia suka lakukan.

MedinaWhere stories live. Discover now