TANGAN Medina lincah berbalas message bersama Dahlia. Gadis muda itu seronok bercerita bahawa cintanya buat jejaka bermata biru disambut baik. Medina juga tumpang gembira akan kejayaan Dahlia itu. Bibirnya mengukir senyuman manis.
Dahlia sudah menemui soulmatenya. Dia bila lagi akan menemui cinta sejati?
Mungkin ketika kerja? Mengarut Medina, ada ke orang yang nakkan kau?
Medina tersentak tatkala bunyi berdenting di telefonnya terhasil. Sebentar tadi Dahlia berkata dia harus ke tandas untuk melangsaikan hajatnya. Tetapi, lain pula yang jadi.
Berkerut dahi Medina apabila satu nombor yang tidak dia kenali muncul di notifikasinya. Lama dia memandang nombor itu. Teragak-agak dia mahu membuka lalu akhirnya dia membuat keputusan untuk membacanya sahaja.
6012457885:
Ada rahsia yang perlu kau tahuMedina mencampakkan telefonnya di atas katil dengan begitu sahaja. Meremang pula apabila dia membaca pesanan itu. Lelagi nombor itu tidak la dia kenali.
Medina terus menekan block agar gerangan tersebut tidak boleh lagi menghantar pesanan yang mengarut. Medina melepaskan keluhan berat. Apa maksud semua itu?
Adakah ada seseorang yang cuba mempermainkan dirinya? Ataupun orang itu tersilap nombor?
Malas lagi mahu memikirkan semua itu, Medina menutup telefonnya lalu badannya direbahkan. Matanya cuba ditutup cuba untuk melupakan semua masalah yang dia alami.
SUASANA lengang membuatkan Medina mengemam bibirnya seketika. Seluruh kawasan di hadapannya dipandang bagaikan tidak mahu lepas. Pertama, dia berasa kagum kerana kedai ini tampak cantik dan sangat kemas. Kedua, rekaannya sangat unik.
Dapat Medina lihat sebuah lukisan besar yang tergantung di dinding berwarna putih ini. Perlahan kakinya dibawa menuju ke situ lalu senyuman dia ukirkan sehabis yang boleh.
Lukisan tersebut menggambarkan tentang sekuntum bunga ros yang berwarna putih. Terdapat juga duri yang dilukis tajam bahkan, terdapat satu tangan yang memegang erat bunga ros tersebut bagaikan tidak mahu lepas.
Sungguh Medina kagum. Berbakat. Itu la ayat yang terlintas di lubuk fikirannya ketika ini. Rasa ingin tahu siapakah gerangan yang melukis ini semakin membuak-buak.
"Medina, come here." Sapa Tengku Muiz lalu dia melabuhkan punggung di kerusi empuk ini. Medina akhirnya tiba bersama dengan wajah yang ceria. Jarang sekali Tengku Muiz mahu mengajaknya keluar bersama-sama.
Alhamdulillah, hari ini dapat juga dia meluangkan masa bersama dengan lelaki tua ini. Kebiasaannya, Tengku Muiz akan menghabiskan masa bersama dengan Aidan sahaja memandangkan Aidan itu anak kesayangannya.
Naik meluat Medina. Kerana apa? Kerana setiap kali perbalahan berlaku di antaranya dengan Tengku Muiz berlaku, pasti nama Aidan terselit. Aidan itu la, Aidan ini la.
YOU ARE READING
Medina
RomanceTengku Aidan Haiqarl | Tengku Medina Dilaila [𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠] بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم "Kata orang, senyumannya manis bak madu dan aku akui akan semua itu."- Tengku Aidan Haiqarl. "Dia berkata aku sempurn...