Tengku Aidan Haiqarl | Tengku Medina Dilaila
[𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠]
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Kata orang, senyumannya manis bak madu dan aku akui akan semua itu."- Tengku Aidan Haiqarl.
"Dia berkata aku sempurn...
This chapter is too short, don't expect anything from me yaa. Happy reading!
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝗣𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚 rokok yang masih menyala itu dikepit dengan menggunakan bibir merahnya. Meskipun dia merokok hanya la untuk bersuka-ria, bibirnya masih lagi mempunyai warna yang mampu membuatkan gadis di luar sana bergetar.
Matanya tajam memerhatikan keadaan sekeliling. Suasana yang sunyi dan sepi menggamit dirinya untuk melepaskan keluhan. Rokok yang disedutnya sebentar tadi mengeluarkan kepulan asap yang berwarna putih.
Memang keadaan dirinya apabila dilihat ketika ini sangat serabut. Dengan peperiksaan besar yang akan berlangsung dalam beberapa bulan sahaja lagi, mencari Medina lagi. Semua itu cukup membuatkan lelaki itu berasa letih dan hampir berputus asa di dalam hidup.
Sekumpulan junior yang berlegar di kawasan sunyi itu berbisik sesama sendiri apabila melihat pembuli tegar di sekolah itu sedang termenung sendirian. Aidan yang sedar akan renungan dan bisikan itu pantas memberikan jelingan maut yang mampu membuatkan budak-budak lelaki itu berasa gerun dan kecut perut.
"Kau apahal pandang-pandang orang? Tak pernah nampak orang ke budak?" Tanya Aidan kasar. Tidak ada perkataan sopan yang terlintas di fikirannya ketika ini. Aidan cukup pantang akan orang yang suka menyibuk dengan kehidupannya.
Bak kata seseorang, my life my rules.
"Ma...maaf bang. Jom la weh." Tangan rakannya ditarik untuk berlalu daripada situ. Tidak sanggup dia mahu berhadapan dengan lelaki seram itu. Mahu terkencing dirinya di situ.
Aidan hanya memandang sahaja pemergian budak-budak tersebut. Senyuman sinis dia kuntumkan.
"Silly boys."
Aidan membuang rokok yang dihisapnya sebentar tadi di dalam longkang lalu dipijak beberapa kali dengan menggunakan kakinya. Baru selangkah dia mahu melangkah, dapat dia melihat wajah seseorang yang cukup tidak asing bagi dirinya.
"Aidan, wait!" Tangan Aidan cuba diraih tetapi Aidan lebih pantas menepis laju. Tidak suka dirinya apabila disentuh tanpa sebarang amaran. Dahulu memang la suka sampai menggeletis tetapi itu semua hanya la kenangan sahaja. Kenangan yang harus dia lupuskan buat selama-lamanya.
"Sayang, I tried to call you. Kenapa you tak angkat? I message you tak reply.What's your problem huh?" Bella menunggu jawapan yang akan dikeluarkan oleh Aidan. Matanya menilik penampilan lelaki itu. Agak kusut tetapi masih lagi kelihatan kacak. Ah, beri la lelaki itu memakai pakaian buruk sekalipun, tetapi Aidan tetap tampak kacak. Lelagi dengan wajah yang berkacukan itu.
"Ada masalah ke kalau I tak reply and jawab call you? Buang masa tahu tak? I ni hidup bukan asyik nak melayan you aje. Banyak benda berfaedah yang I boleh buat."
"Cepat betul you berubah hati kan? Apa kuat sangat ke ilmu Medina ni? Entah bomoh mana yang dia jumpa sampai you boleh berpaling tadah daripada I!" Tubuh dipeluknya lalu rengusan diberikan sebagai tanda geram yang memuncak.