Tengku Aidan Haiqarl | Tengku Medina Dilaila
[𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠]
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Kata orang, senyumannya manis bak madu dan aku akui akan semua itu."- Tengku Aidan Haiqarl.
"Dia berkata aku sempurn...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝗟𝗔𝗡𝗚𝗦𝗜𝗥 yang menutupi jendela kamarnya diselakkan sehingga cahaya memenuhi ruangan biliknya. Medina tersenyum puas apabila melihat keadaan ibu kota yang sibuk dengan kereta dan juga orang ramai.
Pintu bilik dipulas lalu dia mengikat rambut ikal mayangnya setinggi yang boleh. Katanya, lebih selesa sekiranya berbuat sebegitu. Senang mahu melakukan kerja-kerja.
Medina mencapai gelas kaca yang terdapat di dalam laci lalu dituangnya susu segar yang sejuk. Pagi ini seindah hatinya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Tengku Muiz. Apa agaknya khabar lelaki itu ya? Tengku Maira pun sama juga. Rasa rindu ini membuatkan Medina mahu menjerit sahaja melepaskan semuanya.
Tetapi dia tahu, pasti akan ada masalah yang muncul sekiranya dia bertemu dengan Tengku Muiz. Amaran yang diberikan beberapa tahun dahulu masih terpahat di dalam sanubarinya. Tidak mungkin dia akan melupakan semua itu.
Cadangnya, dia mahu pergi ke kubur sebentar dan melihat keadaan cafe yang papanya berikan dahulu.
Oh, lupa pula mahu cerita. Cafe Medina akan dibuka dalam beberapa hari sahaja lagi dan dia berharap akan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Sibuk termenung memikirkan perihal dirinya, loceng rumah berbunyi beberapa kali. Medina mengerutkan dahi lalu matanya dijeling ke arah jam yang elok terletak di dinding.
Baru pukul 8 pagi dan ada seseorang yang menekan loceng rumah beria-ria? Medina mencapai tudung hitamnya yang berada di kerusi lalu dipakaikan dengan segera.
Pintu dibuka lalu matanya terbuntang luas. Nafasnya semakin rancak dan laju apabila dia melihat gerangan yang sudah lama dia rindukan. Dadanya sudah naik turun menahan rasa gementar dan takut.
Tetapi, semua itu hanya untuk sementara sahaja apabila wajah Tengku Maira menyapa kornea matanya.
"Medina, ingat mama lagi tak sayang?''
Tengku Maira sudah terhinjut-hinjut bahu menahan tangisan. Lega hatinya apabila melihat Medina dalam keadaan baik-baik sahaja. Hasratnya untuk bertemu dengan Medina akhirnya tercapai. Dan semuanya, kerana Aidan...
"Mesti la, mama jemput masuk dulu." Kunci pagar diambil lalu dibukanya dengan pantas. Sebaik sahaja halangan itu dibebaskan, terus kedua-dua wanita itu berpelukan dan melepaskan rasa rindu yang membuak-buak.
Habis basah lencun tudung Medina akibat perbuatan Tengku Maira yang menangis. Medina tersenyum manis sahaja. Senyumannya mati apabila dia melihat Aidan yang berada betul-betul di hadapannya. Aidan memberikan pandangan yang sukar untuk Medina tafsirkan.
"Mari la kita masuk mama, banyak benda Medina nak borak dengan mama tau." Medina berkata ceria cuba untuk menghidupkan suasana gembira apabila mereka tidak bertemu setelah bertahun lamanya.